Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Kawan, sapa tu?

Post ni dah lama dalam draft, hihi

Assalamualaikum. Hai..

Ada member aku cakap,  la ni bosan. Kawan tak dak. Aku dah lama rasa perasaan tu. Lepas semua kawan-kawan kawin. Tambah pulak, aku memang jenis tak ramai kawan. Tapi aku okey je ;)



Bagi aku, kawan ni datang dan pergi. Kalau kawan kawin, selalunya aku memang dah tak mesej. Kecuali komen kat fb, ig gitu ja. Tunggu ja depa ajak keluaq. hahaha..Malas nak kacau orang kawin, tanggungjawab banyak. And selalunya, husband depa is 1st priority. Aku pun tak kisah pun, bukan putus kawan, persahabatan tu tetap ada, cuma tak nampak la.



Bila hang dah sampai 30an ni, memang ramai yang dah hilang. Banyak benda hang kena buat sendiri. Kalau dulu, mungkin ada kawan temankan, tapi sekarang dah tak ada. Kalau dulu selalu keluar lepak, sekarang mungkin dah kurang. Kadang ada jugak rasa sampai satu masa fedap (fed up), hang malas nak cakap dengan orang, limit hang marah sampai malas nak ambik tau apa-apa, macam lantak la. Macam dah penat dengan keadaan sekeliling. Tapi satu yang aku rasa, perasaan lebih sensitif tu ada. Lebih ambil berat manusia sekeliling. Mean yang appreciate kita, yang sentiasa ada dengan kita. Bukan la sebelum ni tak hargai, tapi lebih hargai.



Kadang mungkin ada masa ada rasa bosan. Aku pun. Tapi, bosan atau tidak, kita yang tentukan. Buat sesuatu yang kita suka.

Ada kawan, insyaAllah time senang dia ada, tapi susah dia hilang. Ada kawan, time susah ja dia muncul, senang hilang. Kadang nak share jugak kesenangan tu, tapi tak jumpa sebab dia menghilang. Ada kawan yang kita baru kenal ja, terus jadi sangat baik. Kadang kita pun komfius, dia ni baik betul ka? Tapi berfikiran la positif. Ada kawan, jenis ambil kesempatan. Apa yang kita ada dia gunakan kita. Bila dia dah dapat apa yang dia nak, dia pun hilang. Yang ni nak pesan, berkawan biaq ikhlas.



Ada kawan, kita kenal berbelas tahun lamanya, belum tentu dia kenal kita. Sebabnya, mungkin kita dah berubah. Dan mungkin jugak dia yang berubah. Cuma dia tidak meyedarinya. Itu jugak salah satu sebab kenapa kadang kita tak kenal kawan kita. So kena belajar balik untuk mengenali kawan kita tu, macam baru kenal. Kadang kawan yang kita kenal 2 3 tahu tu la yang lebih kita kenal. Sebab, kita dah jadi orang yang baru, bukan yang dulu. Berubah itu bagus, tapi berubah kepada yang lebih baik.

Baru ni Ain mesej. Dah lama tak mesej hal-hal serius macam ni. Dia mengadu tentang kawan-kawan dia sekarang. Dia cakap, kita dulu, tak dak nak rasa dengki, dendam sama-sama kawan. Saling support kawan. Yup, indeed. Contohnya, dia nak sambung belajaq, so aku cakap, bagus, go on Ain. Support apa kawan-kawan suka. Tapi yang elok la. Tapi dia cakap sekarang kawan dia tak macam tu. Aku tanya sapa, dia tak habaq, Aku cakap sabaq la Ain. Tak semua apa yang kita nak Allah nak bagi. Mungkin ni ujian untuk hang untuk tambah pahala. Siapa tahukan..hihi..

Tapi tu la, hidup dalam kawan tikam kawan ni susah. Sebab dalam persahabatan tu tak ikhlas. Ain ni, nampak ja macam garang, suara pitching tinggi macam aku, tapi hati ada taman. Balik nangis. hihi.. Sabaq Ain.

Aku ni sokong ja kawan-kawan aku buat benda baik. Rasa bangga kalau kawan buat sesuatu yang dia suka. Macam, eh tu kawan aku la. hihihi.. Kenapa perlu berdengki.

Kawan yang baik ni aku rasa dia boleh ja tegur hang, bagi nasihat apa yang patut, tak dak la nak berdendam bagai and tahu time bila perlu nak serius, nak gelak, nak menangis. Kalau nak sembang pun, kadang tak dak rahsia antara masing-masing. Senang cakap, kita rasa selesa bila dengan dia. Nak marah dia ka, nak merepek ka. Kita sendiri yang buat persahabatan tu baik atau tak.  Kalau masih ada gap antara kita, rasa mungkin ada sesuatu yang tak kena kot dalam persahabatan tu. Maybe.

Tapi kadang tu la, mungkin bila terjadi sesuatu jugak yang mungkin kita tersedar, kawan tu jugak boleh jadi orang-orang. Tepuk dada, tanya diri sendiri, ada tak kita buat sesuatu yang mungkin kita tak sedar. Biasa la mulut manusia ni macam pisau. Hati manusia jugak macam kulit bawang, hihihi.. Sentiasa memaafkan, jangan ego tak bertempat.

Apa la yang aku merepek ni.hahaha...

Layan video thinker ni la...


Nota kaki:
Terima kasih mana yang masih ada dalam hidup aku. sayang hampa!

Hai 2019

Assalamualaikum wbt, uit!!

2019 dah weh, hahah, mana post Ho Chi  Minh ni, hahaha, sat, tengah pilih gambar k. Bajet gambar bagus nak pilih, puii!!hihihi..

Membuka tirai 2019, aku harap tahun ni lebih baik dari tahun lepas. Aku ni spesis tak dak azam, hahah, cuma nak lebih dari tahun yang sebelumnya, lebih duit,(hahah) lebih baik, lebih cantik, (ops!hahah) lebih happy, lebih positif dan segala yang baik-baik la senang cakap. Moga bertemu jodoh la tahun ni, ececeee, ahaks! Mana tau jodoh tengah baca blog ni ka, harharhar..

Tahun lepas, lepas sakit tu, aku jadi lebih positif sikit. Tak mau sakit dahkan, hahaha..



Ada kawan-kawan yang sekian lama hilang dalam hidup, muncul. It's okey, lets be friend...again, hahah.. Ada yang dah lama kawan, tapi it's feel akward selepas terdapat beberapa kejadian terjadi. Kadang kita tak pasti, manusia ni, sebab selalu bertopeng, kita tak tahu mana satu diri dia yang sebenar. Boleh tak jangan jadi fake...hahaha...Mungkin ada sebenarnya yang nak unfriend, tapi just wait and see.

InsyaAllah, Allah akan susun yang cantik untuk hambaNya. Ada yang baru muncul tu, baru kenal, especially dalam blog ni, welcome dalam hidup aku, hihihi... kawan di alam mayakan, ;)



Semalam 1.1.2019 lancar ja, tak dak apa-apa berlaku. Cuma penyidai kain jatuh atas aku ja malam tadi, hahaha.. Orang kata kalau 1st day okey, insyaAllah, segalanya okey, orang cakap..

Agak-agak kena tukar tempat kerja dak tahun ni? hihii


Selamat tinggal 2018

Assalamualaikum w.b.t and hye!! ;)


Hari ni dah 31 Disember 2018. Rasanya macam-macam kejadian tahun ni. Ada yang best, ada yang tidak. Alhamdulillah aku okey, berubah untuk fasa yang lebih baik. Sebab aku bukan baik sangat pun, hahaha, but try to be a better person.



Kerja macam biasa ja. Cuma fasa bosan, hahah. Tapi okey la. Kehidupan seharian pun okey, biasa ja. Nothing special nak cerita sebab setiap tahun sama ja. Tak dak perubahan, lain la orang dah kawin ada anak, anak nak tadika la, masuk sekolah la, hihi..



Ada yang datang dan pergi dalam hidup aku. Welcome to my life and babai yang remove aku. Yang masih stay dalam hidup aku thank you so much.

Manusia-manusia hipokrit sekeliling aku, terima kasih. Anda telah mendewasakan aku selama ni. Menjadikan aku lebih kuat. Terima kasih.

Yang mana suka tanya bila nak kawin terima kasih sebab so caring, hahaha.. Dulu aku suka nak marah orang tanya, la tak dah. Entah, dah mangli agaknya. Aku pun tengah cari jodoh aku ni kot-kot jumpa tahun depan, who knows, hahah...

Last word aku cuma nak kata, appreciate la orang sekeliling. Dulu aku suka pakai ayat kena pentingkan diri sendiri, hahaha, but sekarang tak dah. Aku rasa, kita kena fikir pasal orang jugak. Ada part-part tertentu jugak yang kita kena selfish, ikut keadaan.

Eh tak last word lagi la, hahaha, aku berjaya ganti puasa aku habis dah. Tak sangka. Achievement paling best aku buat aku rasa tahun ni.hahaha.. Tahun depan tak gaduh nak tunggu puasa sibuk nak ganti.

Hope boleh la datang balik kepala otak aku buat ayat-ayat puisi ni. Nak bercakap pun tak reti dah sekarang, oh man.. Dulu time sekolah suka tulis puisi and tulis diari. Tapi lepas kejadian cikgu ambik baca diari aku terus tak boleh menulis sampai la. Sebab start hari tu aku dah tak menulis. Masuk kelas asyik kena sindir. Down, give up teruih! Aku sumpah cikgu tu kot, hahaha... So, lepas dari tu aku dah tak pandai nak berpuisi bagai ni.

Tahun ni jalan-jalan tengok tempat orang ke Singapore, Surabaya Bromo, Ho Chi Minh, Bukit Tinggi Pahang, Langkawi and Melaka. Even p banyak kali best.

Kalau ada rezeki and umur yang panjang, insyaAllah kita susun la plan tahun depan pulak. InsyaAllah. Okey jumpa tahun depan.

Nota kaki: Ho Chi Minh esok aku update, sibuk wehh..

Photo source: google

Hai gais!!!!

Lama weh tak menaip kat sini.

Ada jugak ngintip blogger lain, tapi kadang-kadang ja la, komen pun tak sempat weh.

Tengok la, ada masa update k.

babai bebeh!!

Ramadhan Kareem 1436h

photo sunber: google

Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan.

Nilai Wanita

Assalamualaikum. Helloooo..

A British man came to Sheikh and asked:
Why is it not permissible in Islam for women to shake hands with a man?
The Sheikh said:
Can you shake hands with Queen Elizabeth?
British man said:
Of course no, there are only certain people who can shake hands with Queen Elizabeth.
Sheikh replied:
Our women are queens and queens do not shake hands with strange men.
Then the British man asked the Sheikh:
Why do your girls cover up their body and hair?
The Sheikh smiled and got two sweets, he opened the first one and kept the other one closed. He threw them both on the dusty floor and asked the British:
If I ask you to take one of the sweets which one will you choose?
The British replied:
The covered one.
The Sheikh said:
That's how we treat and see our woman


#  Copy paste dari sahabat facebook

Just for fun!


Assalamualaikum, hellooo..

Photo : sumber google

Agak sibuk sekarang sebab macam-macam perkara.


Magic!

Assalamualaikum.. uit!!

Aku kadang-kadang akan jadi macam ni la :



Keja FT ni kadang macam ni la, magic selalu, hehe..

p/s : I Love My Job!

Anda Semakin Matang Bila...

Assalamualaikum. Dalam draft ni dah lama terperap.

Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai. Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa. Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka. Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat. Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda. Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya. Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang. Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati. Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif. Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna. Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai. Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita. Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.

Oh Idea..

Assalamualaikum

Lama plak rasanya diam.


Tengah main dengan cs5. 

Terfikir nak story macam-macam ni. :p Tapi bila duduk ngadap lappy ni ja, terus blank. Ok, bunyi vengong ja. 

p/s: sat nak tunggu idea mai

Libresse Terbaik

Assalamualaikum..

Semestinya untuk wanita 8)



Info lanjut boleh klik kat sini http://www.livelibresse.com.my boleh dapat percuma untuk try.

p/s : Bebas, macam tak pakai apa-apa :p

Oh My Blog!

Assalamualaikum..

Terpaksa skip sekejap Post Bali sebab ----->


"Whoops! You're out of space. You are currently using 100% of your 1 GB quota for photos. 
Upgrade storage"

Kena cari solution nak selesaikan masalah ni. Aku pakai 1 akaun untuk 2 blog.

Wordless Wednesday


Cuba teka, apakah binatang di atas?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ia adalah 2 ekor lembu  , hamsem dak?  :P

p/s : Aktiviti diatas adalah untuk kursus kepimpinan yang aku sertai. kena lukis lembu.

Tahniah Lee Chong Wei



Even dia kalah, dia tetap juara!! Aku rasa mesti ramai yang tengokkan semalam. Mesti ramai jugak yang tak pueh hati, sebab Chong Wei kalah. Tapi harus diingat, dia kalah pun sikit ja mata tu. Tak jauh. Cuma dia tak dak luck je. Nak buat macam mana, adat pertandingan. Ada yang kalah and ada yang menang. Dia sendiri pun tak sangka dia akan ke akhir, itu dah kira cukup baik. And dia jugak 2 kali dah dapat pingat perak.

Aku dok godek-godek fb ngan twitter ada suara-suara sumbang yang cakap macam-macam. Pesanan untuk mereka "Bai, lu cakap senang la bai, lu peringkat sekolah pun lu kalah! Cermin kat rumah lu besar mane ha? Kalau tak cukup besar aku nak pos lagi besar kat lu..."

Aku tak mau cakap banyak, salute tu Lee Chong Wei, serius i'm proud with you!

p/s: Perkataan D.A.N susah nak sebut..

My supermak


Mama adalah insan yang hebat. Serius!!

Kenapa aku cakap mama hebat sebab mama boleh diibaratkan macam supermak. J  ( Serius wa cakap beb..)

Kadang aku heran, macamana mama boleh bangun  pagi-pagi untuk masakkan breakfast. Pukul 5 lebih dah bangun. Lepas tu p keja, masuk jam 7. Kalau shif petang, mama mesti masak makan tengahari plak sebelum p keja. Itupun, bangun pagi kemas umah, basuh baju, sidai baju, sapu sampah dan siap-siap p keja jam 2pm. Macam tu jugak la kalau keja malam.

Kalau balik malam habis shif petang, mama mandi pas tu makan lipat baju dan kemas umah. ( rumah yang kami adik beradik sepahkan.. :p ) Macam tu jugak la kalau balik keja shif pagi, angkat kain, lipat kain, kemas umah dan seangkatan dengannya.

Aku selalu pikiaq, mana mama dapat kekuatan macam tu? Macam mana mama dapat semangat kuat tu? Aku selalu bertekad, kalau aku kawin aku pun nak jadi supermak macam mama. Aku nak jadi hebat kat mata anak-anak aku. Tapi boleh ka? Aku dok bujang pun aku malas. (Tak dak la malas sangat dan tak la rajin sangat :P )

Mama selalunya tengah malam baru nak baca paper. Itu pun mama akan tersengguk-sengguk. (Aku tau, mama penat uruskan rumahtangga dan kerja) Kadang-kadang jugak mama akan baca paper yang 2 3 hari lepas. Bila ditanya, mama akan jawab “tak dan nak baca laaa….”

Mama selalu cakap sakit kaki, sebab berdiri lama. Kadang-kadang mama jugak akan balik lambat, sebab hantaq kes. So kami dah paham, kalau mama balik lambat tu. Atau kekadang mama akan telefon dan akan cakap, “ mama kena hantaq kes ni, habaq abah”.

Sebab tu aku sayanggggg mama. Walaupun kekadang aku akan gaduh-gaduh manja dengan mama.. hehehe.. saranghe mama, wa ai ni mama, I love u mama, sayang mama.
Kak long nak jadi hebat mama mama jugak!

p/s: Mama pernah cakap; “ untuk anak-anak, apa pun tak pa, mama usaha jugak nak bagi”… aku dah tersentuh masa tu …….


(mama dah pencen la, tapi tetap sibuk dengan urusan rumah.. aishhh..walaupun selalu ngadu sakit tangan, kaki, pening…)

Hari lahir yang ke 28 (sigh..)



Semalam genap la sudah umur aku 28 tahun. Dah tua doh!! Bila birhday ni ramai la yang wishkan. Terima kasih yang post kat wall facebook dan jugak untuk yang mesej handphone aku. :D

Tiada sambutan apa-apa. Rasa sejak dah besaq ni, memang dah tak sambut. Kecuali dengan kawan-kawan dulu ada la. Serius tak percaya dah 28 tahun, sebab lagi 2 tahun jadi 30, waaaa!!

Paling sentap bila mama wish, dan ayat paling last mama " semoga kak long ditemukan jodoh".. Mama tak pernah sebut pasal jodoh sebelum ni, (eh sekali pernah time aku cakap nak p makan angin, pas tu mama cakap "simpan-simpan la duit sama nak kawin" .. rasa cam nak reply balik, 'calon pun tak dak lagi maaa', tapi diamkan ja la.. wat dekkkk ja..) .

p/s: Ada jodoh kawin la kak long maaa.. :) (Kak long tau mama tak baca blog kak long, keculi kalau ada cctv tolong tgk ja..)

photo: mr google

Oh lelaki

Teringat kata-kata sorang kawan..

'Zaman sekarang, lelaki kalau nak cari pompuan buat bini, nak cari yang berduit, berharta. Mana daknya, zaman la zaman duit. Mesti cari yang bergaji besaq'

p/s: memang alamat aku tak kawin la camni...

Anak angkat


Hari ni aku nak bercerita pasal sorang budak kat sekolah aku ni. Aku namakan dia Siti (bukan nama sebenar). Tadi dok dengaq cerita pasal Siti ni bila cikgu ni cakap Siti ni, Subhanallah ketegaq (degil) tak tau nak habaq.  Mai aku nak story sikit pasal budak ni.

Asal Siti sebenaqnya adalah anak angkat dalam family ni. She’s chinese  tapi dibawah jagaan keluarga melayu. Dari apa yang mak angkat dia cakap , mak sebenar dia is prostitute‼ (aku agak terkejut time ni) Melalui seorang kenalan, habaq la kat mak angkat dia ni ada budak yang memang tak mau dibela. So mak angkat dia ni amik la dia. Bela la sampai la. Kalau tengok memang pure cina la muka.  Comel.

Tapi bila besaq ni,(tak dak la besaq mana baru sekolah rendah) dia buat hal plak. Tapi tu la, kecik-kecik dah buat hal.Aku ingat lagi, time tu aku suruh dia bergerak sikit ja. (duduk kerusi kantin yang panjang tu). Dok buat renungan tajam kat aku. Ada rasa ringan jugak tangan tapi bersabarr..

Bila masuk kelas, pasal kerja sekolah, cikgu-cikgu cakap dia memang pemalas la. Kerja rumah bagi pun malas nak buat. Kadang tak bawa buku buat macam tak bersalah ja. Macam tak dak apa-apa‼

Pasal kat rumah plak, mak dia cakap kalau masuk toilet lama tu, mesti dia ada buat something. Dan bila dia keluaq, Subhanallah, mak dia cakap dia main dengan taik dia tu tampal-tampal kat dinding. YaAllahh! Dia jugak sangat panjang tangan. Senang cakap banyak yang negatif la pasal Siti ni. Aku pun dah tak sanggup nak cerita pasal buruk-buruk lagi kat sini. Kesian kat budak tu dan mak dia jugak. Haishhh..

Aku memula tu ingat mak angkat Siti ni tak didik elok kot. Tapi, mak dia cakap, mak dia didik sama rata dengan anak-anak yang lain. Kasih sayang bagi sama rata. Tak pernah sisihkan dia walaupun dia anak angkat. Apa yang Siti nak, dia bagi.
Lastly mak angkat dia cakap, mungkin salah dia bila nak amik anak dulu tak pikiaq background budak ni. Dia pun cakap, mungkin keturunan dia macam tu kut, Wallahualam…

P.s : Sampai la the real mother masih lagi prostitute (Semoga Allah melembutkan hati adik Siti, Aminn)