Kawan, sapa tu?

Post ni dah lama dalam draft, hihi

Assalamualaikum. Hai..

Ada member aku cakap,  la ni bosan. Kawan tak dak. Aku dah lama rasa perasaan tu. Lepas semua kawan-kawan kawin. Tambah pulak, aku memang jenis tak ramai kawan. Tapi aku okey je ;)



Bagi aku, kawan ni datang dan pergi. Kalau kawan kawin, selalunya aku memang dah tak mesej. Kecuali komen kat fb, ig gitu ja. Tunggu ja depa ajak keluaq. hahaha..Malas nak kacau orang kawin, tanggungjawab banyak. And selalunya, husband depa is 1st priority. Aku pun tak kisah pun, bukan putus kawan, persahabatan tu tetap ada, cuma tak nampak la.



Bila hang dah sampai 30an ni, memang ramai yang dah hilang. Banyak benda hang kena buat sendiri. Kalau dulu, mungkin ada kawan temankan, tapi sekarang dah tak ada. Kalau dulu selalu keluar lepak, sekarang mungkin dah kurang. Kadang ada jugak rasa sampai satu masa fedap (fed up), hang malas nak cakap dengan orang, limit hang marah sampai malas nak ambik tau apa-apa, macam lantak la. Macam dah penat dengan keadaan sekeliling. Tapi satu yang aku rasa, perasaan lebih sensitif tu ada. Lebih ambil berat manusia sekeliling. Mean yang appreciate kita, yang sentiasa ada dengan kita. Bukan la sebelum ni tak hargai, tapi lebih hargai.



Kadang mungkin ada masa ada rasa bosan. Aku pun. Tapi, bosan atau tidak, kita yang tentukan. Buat sesuatu yang kita suka.

Ada kawan, insyaAllah time senang dia ada, tapi susah dia hilang. Ada kawan, time susah ja dia muncul, senang hilang. Kadang nak share jugak kesenangan tu, tapi tak jumpa sebab dia menghilang. Ada kawan yang kita baru kenal ja, terus jadi sangat baik. Kadang kita pun komfius, dia ni baik betul ka? Tapi berfikiran la positif. Ada kawan, jenis ambil kesempatan. Apa yang kita ada dia gunakan kita. Bila dia dah dapat apa yang dia nak, dia pun hilang. Yang ni nak pesan, berkawan biaq ikhlas.



Ada kawan, kita kenal berbelas tahun lamanya, belum tentu dia kenal kita. Sebabnya, mungkin kita dah berubah. Dan mungkin jugak dia yang berubah. Cuma dia tidak meyedarinya. Itu jugak salah satu sebab kenapa kadang kita tak kenal kawan kita. So kena belajar balik untuk mengenali kawan kita tu, macam baru kenal. Kadang kawan yang kita kenal 2 3 tahu tu la yang lebih kita kenal. Sebab, kita dah jadi orang yang baru, bukan yang dulu. Berubah itu bagus, tapi berubah kepada yang lebih baik.

Baru ni Ain mesej. Dah lama tak mesej hal-hal serius macam ni. Dia mengadu tentang kawan-kawan dia sekarang. Dia cakap, kita dulu, tak dak nak rasa dengki, dendam sama-sama kawan. Saling support kawan. Yup, indeed. Contohnya, dia nak sambung belajaq, so aku cakap, bagus, go on Ain. Support apa kawan-kawan suka. Tapi yang elok la. Tapi dia cakap sekarang kawan dia tak macam tu. Aku tanya sapa, dia tak habaq, Aku cakap sabaq la Ain. Tak semua apa yang kita nak Allah nak bagi. Mungkin ni ujian untuk hang untuk tambah pahala. Siapa tahukan..hihi..

Tapi tu la, hidup dalam kawan tikam kawan ni susah. Sebab dalam persahabatan tu tak ikhlas. Ain ni, nampak ja macam garang, suara pitching tinggi macam aku, tapi hati ada taman. Balik nangis. hihi.. Sabaq Ain.

Aku ni sokong ja kawan-kawan aku buat benda baik. Rasa bangga kalau kawan buat sesuatu yang dia suka. Macam, eh tu kawan aku la. hihihi.. Kenapa perlu berdengki.

Kawan yang baik ni aku rasa dia boleh ja tegur hang, bagi nasihat apa yang patut, tak dak la nak berdendam bagai and tahu time bila perlu nak serius, nak gelak, nak menangis. Kalau nak sembang pun, kadang tak dak rahsia antara masing-masing. Senang cakap, kita rasa selesa bila dengan dia. Nak marah dia ka, nak merepek ka. Kita sendiri yang buat persahabatan tu baik atau tak.  Kalau masih ada gap antara kita, rasa mungkin ada sesuatu yang tak kena kot dalam persahabatan tu. Maybe.

Tapi kadang tu la, mungkin bila terjadi sesuatu jugak yang mungkin kita tersedar, kawan tu jugak boleh jadi orang-orang. Tepuk dada, tanya diri sendiri, ada tak kita buat sesuatu yang mungkin kita tak sedar. Biasa la mulut manusia ni macam pisau. Hati manusia jugak macam kulit bawang, hihihi.. Sentiasa memaafkan, jangan ego tak bertempat.

Apa la yang aku merepek ni.hahaha...

Layan video thinker ni la...


Nota kaki:
Terima kasih mana yang masih ada dalam hidup aku. sayang hampa!

2 Comments

  1. betul tu.. bila kawan tu da kawen kita jangan trasa hati kalau dia x call dia x tanya khabar. dia bukan lupa kita tapi dia dulukan perkara dan tanggungjawab yang lagi penting. tapi tak salah juga kita tanya khabar.. cuma kita kena tahu barrier yang kawan kita dah kawen..

    they do come and go tapi sebenarnya diorang ada saja. kita yang masih single ni xpaa hahaha enjoooooy je dulu. nanti kita plak kawen ngeh2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, betul. Biasa la kehidupan ni, sentiasa bergerak, kita pun bukan makin muda,enjoyy!!

      Delete