Sabtu lepas aku and Una masuk gua. hahaha.. Macam lawak pulak weh. Lama dah tak buat projek gini. Last rasa lepas sekolah ikut program belia p PKSN. hahahaha
Gua Sireh ni terletak di Daerah Baling dalam negeri Kedah. Gua Sireh ni memang cantik. Serius. Cuma ada sikit vandalisme la, itu yang tak berapa syok. Walaubagaimanapun, gua tu tetap nampak cantik. Jalan nak ke gua ni kena melalui kawasan perkampungan.
Bayaran untuk masuk RM10 sahaja dan untuk pelajar RM5 sahaja.
Okey sebenarnya kami terjoin program Persatuan Sahabat Anak Baling. Una ada cakap, lepas ni nak buat apa plak. Aku just cakap ikut la, aku free ja sedia, InsyaAllah. Lepas tu dia cakap jom masuk gua. Aku on ja la. Lepas tu sepi sampai la, dia tag aku kat fb join program ni. Aku follow ja, dia register. Tapi lepas tu sunyi sepi ja, toing toing, gang ni add kat group whatsapp on that day program. Eh, jadi ka, hahaha.. P ja la, duit pun tak bayaq lagi.
Sampai sana baru bayar. Itu pun sesat waktu nak p. hahaha.. Sampai jugak last minit. Yang pasti ada orang lagi lambat dari kami, hihihi.. Malu jugak la. Tapi buat dek ja la. hihihi.. Berhimpun kat masjid.
Layan ja la gambaq tak berapa cantik ni. hahaha..
Sesi taklimat |
us |
ceo tak sabaq |
cekidiot! |
Muka tak sabaq nak masuk |
Jumpa kawan lama pulak |
Walaupun bergegar, nak boh gak, hahaha, mesti la dok depan sekali,hihi |
Nak jugakk..hihi |
Ni dah macam nak cari gaduh aku rasa, hahahaha |
Terkejut badak |
Kenapa la gegar abang ni amik gambar kami, huhu |
Kamera sapa pun, kami tibai ja posing, hahahah..
Keluaq dari gua pun dah 5.30 lebih dah. Singgah solat. Overall best la. Masuk paling awai, keluaq paling lewat, hahaha.. Menikmati suasana dalam gua. Appreciate keindahan ciptaan tuhan. Bukan senang nak dapat tengok.
Bagi aku gua ni memang cantik. Tapi ada jugak vandalisme dalam tu. Sebelum masuk pun baca la doa pelindung diri sikit. Selain kita, ada hidupan lain jugak tau.
Thanks Una sebab ajak. hihi. Tak ajak tak sampai la. Thanks untuk makan. Thanks Mira, berani walaupun penakut jugak. hihi..Sebab akak pun tak la berani sangat. Nampak biasa, tapi bukan biashe-biashe Mira ni.
Terima kasih jugak untuk gambar yang ambil dari group, tak tau sapa punya, halalkan post dalam ni.
Macam mana nak p, ni tempek maps ye.
ookay gua dia lawa !! tapi cheq x minat aktiviti cemni. cheq tengok jele hampa hampa pi. hehe..
ReplyDeletehahahaa, seronok tengok alam ciptaan Tuhan,
Deletetk merbahaya ka gua ni untk lawatan sekolah...
ReplyDeleteuntuk sekolah menengah okey, sek rendah tak payah la, cikgu demam balik satgi, hihihi
Delete