Assalamualaikum, haii.. Nak update tapi memerlukan kesabaran yang tinggi nak pilih gambar, nak mengarang ayat, nak tunggu mood mai lagi.
Hari ni aku nak share trip aku ke Hatyai. Trip kli ni dengan
#ftchingu. Asal saja cakap-cakap, terus jadi. Hatyai dah sampai, cuma teringin
nak naik keretapi dia yang unik tu.
Memula nak naik komuter pagi dari Sungai Petani ke Padang
Besar. Tapi, bila aku Tanya Aq, hang yakin dak boleh bangun pagi-pagi buta.
Jawapan dia, baik naik kereta la, hahaha.. So kami memahaminya. Kami takut
andai kejadian di Kota Bromo berulang kembali,
jadi kami naik kereta ja. Kalau nak naik komuter pagi-pagi pukul 7 kena naik
dah komuter. Dah nak
naik kereta, kami decide keluar malam saja so lepak memana lakan, hahaha…
Gerak ke Alor Setar. Lepak kat Menara Alor Setar lepas tu, lepak kat MCD la.
Lama dah tak lepak macam ni memalam weh. Sampai aku terfikir, apa aku buat ni
tengah malam weh, hahahah…
Esok pagi gerak ke Masjid Al Bukhari mandi and solat Subuh.
Selesai p cari breakfast. Tak tau makan mana, singgah makan depan UNIMAP ja
weh. Tak sempat la nak cari kedai hipster bagai, Murah ja, lauk simple RM12 lebih ja. Semoga makcik di murahkan rezeki ya, amin.
Dah sampai park kereta kat Stesen KTM Padang Besar. Gerak p
tengok kaunter tiket. Dia buka pukul 9am waktu Malaysia and 8am waktu Thailand. Sekali dah ramai orang, mak aii. Tapi tak la seramai
macam musim cuti sekolah. Padahal, sebenaqnya kami nak p tukar duit lagi, nak p
toilet sesiap. Memang tak sempat la.
Beratur tunggu kaunter buka. Dah buka, tunggu turn la. Nak
beli tiket boleh pakai RM dan Baht. Duit Malaysia RM7 and 50 Baht . Nak beli
tunjuk passport, salah seorang dah cukup kalau p ramai-ramai. Jangan lupa white card. Aku tunggu beli tiket, Wafa uruskan white card. Pastikan isi betul-betul white card tu, kalau tak lengkap, kena berbaris semula. Tak ke hazab hang nak beratoq balik. fuhhh.. Kami ada orang tolong isikan white card tu, hihihi.. Staf kat situ ka sapa ntah. Lepas tu cop
imigresen. Train dah sampai naik la.
Perjalanan tak jauh seperti yang dijangka. Aku rasa dalam 20
minit macam tu.
Betulkan kalau aku
salah. Sepanjang perjalanan di sajikan pemandangan indah la. I like it. Cuma
panas sikit la. Memang rare la train ni. Tingkap pun macam bas dulu-dulu. Orang
lain naik, lena, duduk relax ja. Aku dengan Wafa ja teruja amat weh. Macam best
gila rasa. Yala, hajat nak naik train ni dari lepas balik Krabi lagi, la baru
dapat tunaikan. (Mungkin lepas ni boleh naik ke Bangkok pulak, hewhewhew…)
|
Tak dak ekon okey |
|
Stesen Khlong Ngae |
|
Sampai sudah |
|
Ingatkan lama atas train, rupanya tak sampai setengah jam |
|
Selfie la tu.. |
|
Macam-macam jual kat sini pun |
Aku ni nak terkucil, tapi mengenangkan duit baht pun tak dak, ku tahankan dulu. Kat stesen train ni ada toilet, tapi duit tak dak, huhuhu
Dah sampai, perkara paling penting adalah tukar duit. Moral
of the story, baik tukar awal. Berjalan la cari money changer. Google maps pun
saja dok buat pening. Menapak dalam keadaan lapaq, bayangkan weh. Tapi nasib
pagi dah makan, so boleh control lagi. Aq dah kehausan, nasib Wafa ada duit
Baht. So singgah 7e dan tanya kat mana money changer, nasib dia habaq ada kat
belakang ja.
Kemudian kami menapak lagi p hotel. Alhamdulillah, selepas
makan, pandai pulak Google maps tak buat perangai, hahahahaah….
Jumpa jugak hotel akhirnya. Masuk bilik rest dulu. Mandi. Hotel part 2 aku cerita.
Lepas tu gerak keluar. Tempat pertama yang ikut dalam plan naik kereta kabel. Waktu nak keluar staf hotel dok
promote pulak, sewak kereta dia sehari 200k baht hahaha..
Dah petang kot. Abaikan saja. Kami decide naik grab ja. Kat sini mudah nak dapat grab.
Mula-mula tu kompius jugak la, nak p kabel car ka dak. Lastly p ja la. Tak la jauh sangat dari hotel. Dia naik bukit sikit la. Grab akan hantar sampai parking kereta tu. Jalan kaki naik nak beli tiket. Harga tiket 200 Baht. Aku membayangkan naik ni sejuk la, mungkin ada panorama yang cantik. Rupanya, hancur berkecai harapan ku. hahaha..
|
Grab pertama, Isuzu ka?Lupa dah |
|
Ketaq amik gambar, scary pulak |
Tengok orang naik p tokong ja. Panas pulak. Lepas tu bakaq mercun sedia. Tempat nak lepak pun tak dak. Mungkin ni tempat depa sembahyang kot. Mula menyesal. Apa la aku mai sini. Jemm betoii. Why..why..why!!Tapi tak pa la, kalau tak naik, tak taukan. Sis redha, hahaha (ayat sedap hati)
|
Dah, jom turun |
Lepas tu turun kat bawah, lepak bawah plak la. Ada la kerusi nak rest tu. Boleh la nampak Bandar Hatyai. Tapi time tu, macam jerebu. So ambik gambaq pun tak cantik la. Lepak sambil sembang-sembang, sambil layan angin, sejuk la sikit. naik atas tadi panas. Cadangan aku, kalau mai kat kabel car ni, tak payah naik kabel car. Buang duit ja. Just lepak kat bawah pokok tu. Sambil tengok bandar Hatyai.
|
View Hatyai |
Lepas tu, kami gerak ke Central Masjid of Songkla atau Masjid Pusat Songkla. Amik grab terus ke sana. Driver grab tu cakap masjid tu macam Taj Mahal. Bila aku tengok gambaq, baru perasan. hahaha..
Sampai sana tengok ramai orang duduk kat tangga. Kami pun lepak kat tangga jugak. Kena angin, fuhh, sedap. Sambil tengok orang-orang. Ada pengantin tengah photoshoot kat situ. Nampak best pulak. Siap photoshoot bagai.
|
Rest |
|
i love this photo, candid |
|
Us |
Gerak ke Khlong Hae Floating Market. Dari masjid ni dah dekat nak ke floating market tu. Amik grab lagi. hahaha, belagak siot.. nak naik tuk tuk takut kena tipu. hahaha.. Sekali driver grab cakap, tunggu sat, dia nak hantar barang kat mak dia. Aku okey ja, sebab Aq dengan Wafa tak habis lagi photoshoot. hihihi..
|
Nak lompat, tapi dah tak larat dah |
Sampai floating market, jalan-jalan cari makan la. Perkara penting nak makan penkek. How i miss it. Kami jalan dulu kat bawah. Tapi macam crowded sangat, panas, aku mulu hilang mood nak makan. ajak naik atas la. Naik atas rasa lega sikit. Nampak orang tak ramai. Jumpa pulak kedai buat penkek. Marveles la. Order 3 jenis terus. Coklat, pisang and susu. Terbaik la. Dengan air green tea. Memang ohsem la. Sedap sungguh. (Okey, sis lapaq)
|
Kami dah sampai |
|
Orang mak aiii |
|
Ni dah kat atas |
|
Kami beli kat sini |
|
Lapar bila tengok gambaq ni, ottokeyy..huhu |
|
Check kat sini |
Lepas tu round-round lagi, and then gerak ke Greenway Night Market. Naik grab jugak. Yang bawak grab kat sini, semua kereta best-best ja ka? hihi..
|
Grab kami |
Just jalan-jalan dulu. Greenway ni dekat dengan Asean Night Bazar. Perasan la time dalam kereta nampak lalu kat situ. Ada 2 bahagian kat sini, bahagian jual barang-barang and satu lagi bahagian food court. Food court dia memang besaq. Ada jual makanan halal and tak halal. Pandai tengok la. Tapi halal food tak banyak la. Nak makan kat sini, dia ada bagi sudu garpu muslim. Tapi bila kutip aku tengok sekali ja. So kami beli bungkus ja la. And cara pembelian, kena beli kad. Bayar pakai kad tu la. Jangan lupa tunjuk passport.
|
Bahagian jual barang-barang |
|
Bahagian makanan |
|
Kad yang beli |
|
Beli nasi kat sini |
Ada jugak tempat lepak untuk family. Best jugak la tengok. Sebab konsep dia openkan. Macam rilex and santai. Kalau ada anak best la, aku ada anak jugak, anak tekak. Oleh itu, layak kat food court je la.
Nak solat pun ada surau. Toilet perempuan siap ada 2 lagi, satu duduk, satu cangkung. Pilih la mana sesuai.
Kami makan nasi. Oleh kerana dah makan penkek, rasa macam tak lalu ja nak makan. Lepas dah selesai melayan kebosanan kat sini, gerak balik. Kami balik naik tuk tuk. Best rupanya. Malam tak panas, so best la. hihihi
Balik tu singgah 7e beli susu.
|
Sedapp... |
Okey sambung bab 2 nanti. Aku bab nak pilih gambaq la paling cemuih.
seronoknya
ReplyDeletea'a seronok,hihi
Deletehuurm seronok naik cable tapi kalo xdak pape atas tu tak mau la.. kot ada benda menarik ok la jugak kan..
ReplyDeletebetul, agak menyesal kat situ, huhu
Delete