Ke Hatyai Bajet RM300 Je (Part 2)

Assalamualaikum.. Haii..

Aku lupa nak habaq, kalau nak beli kad sim, boleh beli kat KTM Padang Besar. Ada jual kat situ. Kalau dah terlupa kelam kabut macam aku and the gang, boleh ja beli atas train. Jangan risau. Mesti nak check in bila dah sampaikan. hihihi.. Sama la kita. Macam kami, beli 1 sim ja, share hotspot. Duit kami dah share siap-siap. Sebab unlimited dan tak perlu register. Lagipun, kami p 2 hari jakan. Tak dak hal la nak share. Kecuali travel partner hang tu ada timing sikit kot belagak tak mau share, ko beli ja la sim sendiri. Senang.

Balik malam tu kami naik tuk tuk. Mesti la best.hihi



Muka 2 orang best lepas dapat naik tuk tuk. Dah penat gila harini. Dah serupa kain buruk, ikan masin, ikan pekasam.Fuhh..

Sampai hotel, ambil kunci. Kami duduk Hotel Greenview. Boleh search kat Booking. Wafa suggest hotel ni aku follow ja. Tengok ramai ja rakyat Malaysia duduk sini. Mula nak cari hotel best-best mean macam hipster la, tapi tak jumpa yang berkenan. Ni pun dah lebih dari bagus.Harga 1 malam 750 Baht sahaja. Aku ambik bilik Aq Double Room and kami twin room. Dapat bilik sebelah-sebelah. Kalau tak bangun, boleh la nak ketuk pintu sampai bergegaq pun.hahaha..




Abaikan semak-semak
Dah sampai

Kunci kena ambil kat sini

Malam balik lena la.

Esok pagi bangun siap-siap nak gerak ke next tempat. Alhamdulillah, tak dak drama orang bangun lambat hari tu. hahahah..

Kalau ikut plan asal, kami akan gerak ke General Prem Tinsulanonda Historical Park. (Panjang benor la namanya, hahaha) Sebab bila search nampak cantik, tapi bila tengok ada patung-patung kami rasa baik skip ja. Risau jadi macam p naik cabel car, tengok-tengok tak dak apa ..hahaha...

So kami gerak ke Chabura Dimsum. Nak makan ja. Keluaq tengok ada tuktuk, naik tuktuk ja la. So, hari ni gerak dengan tuk tuk.


Muka happy kali kedua naik tuk tuk
Dah sampai tengok besar jugak kedai ni. And ramai jugak orang. Kita pilih nak makan dimsum mana. Nanti dia akan bagi no dan hantarkan ke meja kita. Kalau nak makan nasi goreng, daging bakar ke, ada ja. Order ja. Aku rasa harga okey ja. Berbaloi.

Ramai jugak rakyat Malaysia

Pilih


Kedai besaq jugak

Antara menu, kami roti banana coklat




Sedap

Daging bakar



Bayar kat sini

Jumpa saudari yang naik train sekali kat sini. Ada yang kenal tak. Tak sempat nak tukaq fb and ig hari tu.


Sudah makan kami naik tuk tuk ke Lee Garden Plaza. Apa lagi, shopping la. Cari apa-apa yang patut nak bawak balik. Kat sini masuk kena scan badan tau. Bag kena bukak depa cek.







Nak buat sarung pasport 100baht ja weh, aku buat la

Okey nanti boleh beli boh kat rumah



Sedap

Basahkan tekak
Lama jugak la kat sini. Buang masa. Lepas tu gerak ke 7e. Jalan kaki ja. Sebab dah tak jauh dengan train station.

Pilih-pilih
Ni jangan lupa, memang sedap
Alkisahnya, asal plan nak balik naik van sampai sempadan. Lepas tengok keadaan hari kedua dah skip tempat, plan berubah kembali balik naik train. So, kami dah buang masa lagi cari 7e. Belagak nak cari 7e yang besaq. Last-last, jumpa yang kecik ja, hahahaah... masuk ja la. Shopping kopi arabica dengan susu pun dah berejam. hahaha..


Lepas tu jalan kaki p train station la. Sampai-sampai dah terlepas.hahaha.. padan muka. So, kembali la kepada plan asal, iaitu naik van. Tanya kat kaunter, nak naik van, ambik tuktuk ke bus station. Naik la tuktuk ke sana. Sampai beli tiket bus, 50 baht ja sorang. Tiket van tu ye kawan-kawan. Tunggu nanti dia panggil naik la. Duduk kat kerusi dengan van kita nak naik tu.


Kaunter tiket

Tunggu bus

Sempit la kerusi dia, huhu..

Dah naik van tu, aku duduk belakang sekali. Yaampun, sempit kot. Wafa pun sempit, telah la aku. Aq duduk depan, okey la. Dengan rasa nak muntah, entah la, mungkin letih kot. Perjalanan lebih kurang 45 minit la, berenti turunkan orang lagi.

Sampai kat sempadan, p imigresen cop. Boleh jalan kaki nak balik sempadan kita, tapi jauh kot. Maaf la, aku rela bayaq okey. Lemak pun tak dak dah, sorry la nak bakar lemak nipis aku ni. So kita amik teksi, RM10 sorang tak salah, kalau motor RM7 je. Kami bertiga, dengan barang lagi, naik kereta la. Dia hantar sampai tangga KTM Padang Besar.

Babai Hatyai
Alhamdulillah kami sampai lebih kurang jam 6.05pm kat parking kereta kami. Tamatlah sudah perjalanan kami 2 hari 1 malam kat  Hatyai Thailand. Bajet RM 300 tu tak include barang shopping okey. Dan jugak start dari negeri Kedah sahaja.


Memula nak naik tuktuk macam takut kena tipu, sebab dok baca ramai kena tipu. Tapi alhamdulillah, tak kena tipu. Dok naik kena 100baht ja. Tanya driver tuk tuk tu, dia kata sampai 5 orang masih 100baht kalau pusing dalam pekan tu.

Overall, perjalanan ini memuaskan hati. Tempat yang nak p dah sampai. Walaupun jalan kaki tengah panas, tapi best. Walaupun sesat sebab google maps buat hanat, aku suka! Thanks google maps!

Terima kasih kawan-kawan merealisasikan impian gue nak naik keretapi klasik ni. Hope boleh naik sampai Bangkok pulak, ops!! hahaha...

2 comments:

  1. Dimsum Chabura tu ada kawan cakap rasanya tak sedap. tapi tatau la sebab itu ikut tekak dia hahaha ramai yang cakap sedap. kalo da sampai sana tu pegi jela cuba kan.. baru sendiri tau macam mana =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooh yaka, rasa tekak saya okey ja, hihihi, sebab dia ada menu lain lagi, bukan dimsum ja. betul tu, dah sampai tu, rasa ja la, lain tekak lain rasanya, hihihi

      Delete