Pagi ni bangun awai, kemas barang semua. Lepas tu breakfast dengan food panda ja.
Tadaa..... |
Galeri ni lebih kepada cerita pasal tempat sejarah kat Kuala Lumpur la. Tapi ada jugak macam barang seni gitu.
us, the gonjeng gurls, ahaks! |
us again, |
Nak beli souvenir boleh jugak kat sini.
Overall menarik jugak. Cuma time kami p tu ramai jugak, so macam nak menghayati setiap penceritaan and pameran macam terganggu sikit. Tapi memang tempat ramai orangkan, hahaah.. hang nak tunggu tak dak orang, time tutup la hahaha..
Dah boring kat sini, gerak la ke Perpustakaan Kuala Lumpur. Sebelah tu ja. So menapak la kami time ni. Time ni, aku dengan Una keluaq dulu, Fata dengan hasben dia masih kat dalam gallery tu. So rojer cakap dah kat library ni.
Tempat ni Una la nak mai sangat. Aku follow ja. Kat luar library ni macam biasa-biasa ja.
Dah masuk nampak la baru renovate.
ambik gambaq pun tak boleh gais, aku dah kena tegur huahuahua.. |
Kat tepi ni da sudut pameran la gitu.
Bila dia habaq tak boleh ambik gambaq, time tu mood aku dah down sebenaqnya. hmm.. Dah jalan kat galeri tu, nak naik atas la. Lepas tu dia suruh isi borang menda ntah. Isi ja la.
Naik atas nampak cantik la kat atas tu. Suasana sunyi sepi. Tak ramai orang, tapi semua dok menelaah buku. Aku and the gang sibuk cari buku nak baca, tapi bila aku tengok buku yang ada macam tak menarik, patah lagi hati aku. Buku dia macam lama-lama. Kang ada plak kata kat aku, dah nama pun library, hang bajet buku apa, hahah... entah la, tapi tengok buku kat situ pun buat aku tak bermood lagi, hahaha.. Padahal aku suka baca buku. Duduk sat, keluaq lepak kat hall depan tu ja la. Tinggal Una ja kat dalam. Dia kan memang nak mai sangat. So tunggu dia kat situ ja la.
Ruang depan kat library tu tak silap cafe ka ha, lupa dah |
Sebelum gerak kami p kat Dataran dulu. Saja, padahal semalam dah p, hahah.. Tak pa la, semalam gelap, ni dah cerah.
Lepas tu Fata bawak kami p makan kat tempat makan yang best. hahaha... Iaitu
Lubuk Bangku, tadaaa |
Fata cakap tempat ni femes sebab makan letak dalam talam and sedap. Konsep kat sini pilih lauk, nanti dia letak dalam talam and bayaq.Una and Fata pilih lauk, aku mencekik ja. Masakan kat sini adalah selera Nogori Sembilan. Memula tu ragu-ragu jugak nak makan sebab lauk nogori ni memang terkenal dengan kepedasannya. Dan aku yang tak makan pedas sangat ni, risau jugak la. Tapi sebab kawan-kawan nak makan, aku follow ja, pikiaq takkan tak dak lauk tak pedaskan.
Lepas dah makan, rupanya tak pedas sangat pun. Kira aku boleh makan la. Lauk memang sedap. Especially daging salai ka yang masak lemak tu. Serius sedap. And semua sedap la. Sampai bertambah la. Enjoy makan sebab tak ramai time tu, memang rezeki sungguh.Time aku menaip ni, aku masih membayangkan kesedapan lauk pauk itu, oh sedapnya....
Kenapa sedap sangat...... |
Fata and husben hantarkan sampai sana. Thank you Fata sudi bawak p jalan-jalan, makan-makan, and check in tidoq hotel yang yang sama, hihihi.. Mintak maaf kalau ada salah dan silap dong! hihi.. InsyaAllah nanti kita jumpa lagi kalau ada jodoh walaupun tengok selalu kat ig and fb,huahuahua...
Fata gelakkan aku bawak troly bag, hahahaah.. Rasa malas nak kemas bagpack weh, bag ni hang sumbat ja tak payah pikiaq apa dah, heeeee....
Sampai kami simpan bag kat loker dulu, tapi turn aku plak untuk scan gambar. Maksudnya sistem loker ni tak membenarkan pelanggan untuk simpan barang untuk kali ke2. Padahal dah hari ke 4. Mungkin boleh update sikit untuk naik taraf sistem. Or ada error something dengan sistem, mungkin.
And kami p lepak kat family mart, lepas tu 4 fingers plak tapau. Sampai pukul 11 malam jugak la.
Penutup aku nak share, kad tounch n go aku hilang buat mood hilang la. Tapi mungkin ada hikmah la. Trip ni pun santai ja, tak dak iti pun, asal redah. And dari sini, nampak la Kuala Lumpur ni pun banyak tempat menarik. Padahal aku duduk sini dulu, asyik p Mines, Mid, Sogo and Jalan TAR, hahah.. malas gila nak keluaq kecuali ada event apa-apa tu sampai la lain tempat plak. Pas tu keja membuta hari minggu.
Public transport mudah, grab pun ada, cuma kaki kena kuat la nak jalan, tapi bagi aku okey ja.
Thanks jugak untuk Una teman aku naik KLC walaupun hang gayat memula, hahaha, and naik bus Hop On Hop Off tu, walaupun panas. Yang penting aku enjoy sangat, hihihi...
Assalamualaikum Sis Dyana , jemput sertai give away dengan hadiah tunai RM1000 oleh Mamapipie & Friends.
ReplyDeleteHadiah RM200 (Seorang Pemenang)
1 x RM200
Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)
2 x RM100
Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)
14 x RM50
Penyertaan sangat mudah & tarikh tutup giveaway pada 29 Feb 2020. Klik sini sekarang untuk sertai.
aduhai..rajinya update blog..pesal sis JM malas sgt ni eh adehh
ReplyDeletekita ternanti nanti blog sis tau..
Deletejenjalan kL? naik ETS? rajin nya la hai...sis yg stay sekangkang kera jek dgn KL ni pun bercinta nk turun KL..rajin tul korang!!! salute tau..KL Galery City ni pun pertama kali tu hahah...adoii..
ReplyDeletehahaha, gigih nak p kl sebab selalu transit ja, banyak tempat best sis
Deletetahun 2020 tak nak datang KL lagi ker?
ReplyDeletehoho
soon.. hahaha
Delete