Hey Kuala Lumpur - Jimbaan kotaraya (Part 5)

Assalamualaikum.. Uit..

Lepas dah keluar KLCC, Una ajak p Kenangan Wholesale  City (KWC). Aku on ja, sebab tak pernah sampai lagi. Sebenarnya dah kompuis time ni nak naik apa. Last amik lrt ja la. Tak salah aku naik turun kat stesen Pasar Seni. And amik dari Pasar Seni ke stesen Hang Tuah. Kalau naik monorail pun boleh.

Dah sampai jalan la sikit. Bukan sikit la, banyak jugak la, hahah. Aku ingat dekat. tapi sebab time tu aku dah rasa kebulur, mungkin aku rasa jauh. Jumpa la sorang adik ni, dia la tolong bawak kami, thank you so much dik. Una selalu naik kereta ja dia kata.

Dah sampai, mesti la makan dulu.

Lupa nama kedai apa, tapi sedap jugak


Lepas tu baru la cari tengok barang. Una dia selalu amik barang kat sini buat meniaga dari zaman dia duduk Melaka lagi.

Bagi aku barang kat sini tak banyak barang baru.  Bagi aku la. Ada jugak barang yang murah depends on barang la. Tapi kat sini kalau orang nak meniaga okey la ambik banyak. Aku beli jugak blouse putih, hihihi.. Lepas tu mula menyesal jumpa kemeja putih kat KL Sentral (apa nama ntah mall situ ha?) tak beli. So beli ja la kat sini.  Una beli jeans berhelai-helai.

Dah bosan, so decide balik la. Keluaq tengok hujan pulak. Lebat pulak tu. Tunggu la sat, dah rintik baru boleh gerak jalan ke stesen. Balik bilik terus sampai pukul 5 lebih jugak la.

Orang ramai baru balik kerja
Rest jap

Kebetulan hari ni kawan aku si Fata and husbandnya akan join sesi seterusnya, ecece.. Fata checkin kat hotel kami duduk tu jugak.

So, Una macam biasa siap mandi semua la. Lepas tu turn aku la siap, solat semua. Lepas tu duduk la melepak tengok tv. Sebelum tu Fata dah mesej cakap dah sampai. Mula la decide nak makan malam mana. Asal plan aku ngan Una nak makan 4fingers. Tapi bincang dengan Fata, so follow depa ja. Ala bukan selalu nak jumpa mek ni.

Fata mesej aku cakap turun awal sikit macam tu la. Yang aku tak tengok hp, sekali dia call dah kat lobi, hahah.. apa lagi, lipas kudung la bersiap. Nasib dah mandi semua siap dah.

Turun tengok dah ada kat bawah, ayat Fata, "aku tau dah hang memang macam tu, " hahaha..

Jadi malam ni kami di bawak makan ke.... aku dah lupa. Tapi aku check in kat Nasi Lemak City Garden.

Sedap nasi dia bagi aku. Lauk ada berbagai pilihan. So jangan tamak seperti kami.




Kedai nampak biasa, tapi lauknya luar biasa. 

Gang kami dong!
Sambil makan ni la ada sesi luahan perasaan, sharing is caring, cuma tak melalak ja, hahaha.. Bukan selalu nak jumpa.

Lepas kat sini depa bawak kami p kat Dataran Merdeka pulak. Kat sini nak p tengok River of Life tu. Tapi kami sampai tu dah lewat agaknya, lampu-lampu tu tak dak dah.


Oleh kerana hp aku canggih sangat, tak dapat la ambik gambaq malam yang cantik tang sini.

Kemudian kami p kat dataran ja la.


Tanda dah sampai



Tengah sembang dengan Kak Chik kawasan


Teringat time kerja kat sini dulu, kalau tumpang kawan naik moto, lalu jalan ni la.

Gigih kami tunggu sampai jam tu berbunyi jam 12, hahaah..

Lepas tu balik nak tidoq. Esok dah last tau.



No comments:

Post a Comment