Hey Kuala Lumpur - Menara Berkembar Petronas (Petronas Twin Tower) Part 4

Assalamualaikum..

Hari ni hari ke 3 and aku decide nak naik Menara Berkembar Petronas tu. Memang dah lama aku teringin nak naik, tapi tak sampai hajat tu.

Kemarin time nak beli tiket bus kat Klook tu, aku tengok la jugak tiket ni. Tanya Una, ayat dia macam biasa, aku ikut ja. Lepas baca syarat apa semua aku pun beli la. Harganya lebih mahal sekali ganda dari kita beli sendiri kat kaunter ya. So, dapat 2 tiket dengan harga RM 84.

Ada 2 pilihan kat Klook ni kita boleh pilih, untuk p sendiri or ada one way transfer. Maksudnya dia akan ambik kita kat hotel, balik sendiri. Aku pilih p sendiri ja, jimat. Lagi pun dari Pasar Seni tak jauh dah nak p.


Hampa kena isi menda alah yang dia mintak tu la macam ni. Kena pilih time nak naik, salinan ic jangan lupa.

Nanti bila dah dapat email verify depa akan hantaq la tiket kita tu kat hotel kita. Selesai masalah.

Okey, tiket dah dapat, IVY Holidays yang deals semua ni.

Pagi ni kami makan roti dengan maggi. Malas nak cari makan pagi-pagi. Breakfast untuk 1st day ja.  Keluaq awal sikit.

tapau ni

 Sampai KLCC lebih kurang pukul 10.30am. Padahal nak masuk jam 12pm. Ikut pilihan aku pukul 11 15am, mungkin penuh dah kot, so jadi pilihan kedua.

Sampai awal p tanya dulu kat mana nak masuk. Dah jumpa, kami jalan-jalan dalam tu dulu. Last lepak Nyonya Colors ja.



Sudah makan gerak la turun bawah.

Ramai jugak orang. Majoriti foreigner la.

Boleh rujuk sini harga nak masuk Menara Berkembar ni
 Kalau mai nak beli tiket kat sini, ada skrin tv, boleh tengok kat situ time yang available.



tolong amikkan gambar


Sambil tunggu turn tu, aku jalan-jalan dalam ni tengok keadaan sekeliling and orang-orang.


Bila nak sampai turn tu, kami kena beratur. Sambil tu staf akan cakap group time tu.
Panjang jugak

Bila dah beratur, staf akan bagi tali tag. Tali tag ni akan beza kita dengan group lain.

Macam ni
Dah beratur, scan ticket kita. Kat situ, diakan bagi penerangan sikit sementara tunggu turn nak naik lift. Oh lupa nak habaq, tripod,air pa tu tak boleh bawak naik ye. Ada tempat simpan bag. Kalau bagpack besaq pun tak boleh, kecuali handbag gitu okey la. Tak silap aku ada scan jugak, lupa dah weh. Ada sorang foreinger ni aku rasa dari India kot, bawak trolly luggage tu, mak aiii.. Mungkin dia balik terus kot. So kena simpan kat tempat simpanan barang.

Sambil tu tengok la video penerangan sikit.

Pakai seluaq katok ja mat salih ni, apoo


Dah sampai turn, naik la. Mula-mula dia akan berhenti kat tingkat sky bridge tu. Tak salah tingkat 41. Kat sini dia akan terangkan la serba sikit pasal twin tower ni. Kat sini dalam 10 atau 15 minit la. Syok jugak bila dah sampai atas ni. Tak sangka dah sampai, hihi.. thanks Una.


Una memula tu gayat, agak lama, nampak dia dah okey. Setahu aku makcik ni tak gayat, mungkin faktor umur kot kan..

Tadaa!!



Boleh la jalan-jalan tengok suasana dari tingkat melangit ni, hahah..




Aku tengah skodeng bangunan sebelah tengok depa buat kerja, mana tau jodoh, eh!

Dok lepak, feeling best antara bangunan tertinggi di dunia, and then depa panggil and teruskan misi ke tempat lagi tinggi.

Tadaa!!
Sampai level 86! Best! hahaah..

Dapat tengok kembar sebelah lagi. Nampak jugak Menara Kuala Lumpur. Bonus!

Cuaca okey ja.


Kat sini pun lebih kurang 10 minit or 15 minit macam tu la. Ada la penerangan kat sini. Boleh la baca. Una time ni dah tak gayat dah. Sakan la berjalan, hilang ke mana ntah.


Okey, member masuk ayaq, hahaah



time nak ambik gambar kat sini, ramai plak nak ambik jugak. Tadi depa tak mau ambik pun, so aku mampu kat sini ja la ambik gambaq.

tengak dok melayan perasaan, blue team dah kena panggil, so gerak la naik lif.

Lepas ni kita gerak ke tingkat 83 untuk shopping souvenir. Aku macam biasa, wajib beli keychain and fridge magnet. Untuk aku sahaja sebab harga boleh tahan. Ada yang murah, tapi macam biasa ja.


Lepas tu kena panggil lagi nak turun dah.

Dah turun bagi balik tag tu kat staf. Maka berkahirlah sudah lawatan sambil belajar aku kat Menara Berkembar Petronas. Dapat naik mestilah kembang semangkuk kan, hahaha.. Tempat pertama setelah turun, mesti la cari toilet. Toilet kat bawah pintu nak masuk ja, so mudah tak berebut la.

Sebagai rakyat Malaysia, aku sarankan wajib naik Menara Berkembar ni. Harga tak mahal sangat, kecuali bagi yang family ramai, mungkin azab jugak lakan.
Elok p belah siang and jangan hujan pulak. Kalau tak tak dapat tengok view cantik. Staf kat situ pun sarankan p siang sebab malam tak nampak apa, selalu kabus ja.
Staf-staf kat sini pun baik and frinedly ja.
Kalau pemalas macam aku and ada duit lebih sikit, beli la dengan klook, tapi mahal sekali ganda la, tapi apa salahnya kalau dah nak kan..hihihi..

gigih aku print screen ni, boleh cek tengok.

Okey ni video aku edit bodo-bodo ja time kat twin tower, selamat menonton ya.

Nanti aku sambung kejadian selepas itu plak hokeyy!

No comments:

Post a Comment