Hey Kuala Lumpur! Part 2

Assalamualaikum... uit!! okey sambung part p kl.

Aku amik ets pagi pukul 8.17am tak salah. So gerak la kami pagi tu. Tiket pagi ni murah sikit RM62 sahaja.

Best jugak ambik trip pagi ni, tak ramai orang and rilex sikit. Mungkin sebab weekday kot.

ni muka nak cari pasai ni, hahah

Muka tak sabar

Our breakfast today

Oleh kerana tak ramai orang, kat meja makan ni pun tak dak orang. 1st time la aku dapat makan kat sini. Selalu penuh ja.

Kami sampai KL Sentral pukul 12.55pm. Dah sampai lunch, so memang decide nak jalan kat NU Sentral dulu and makan sini dulu.

Oleh kerana masing-masing bawak bag gedabak, so kena cari tempat simpan bag dulu la. Kat sini kan ada locker, so kami cari locker la. Locker Dr. Locker. Memula tu jumpa locker besaq nak sewa RM50 kot, alamak, tak berbaloi la plak. Locker ni kat tangga nak turun tu. Lepas tu orang yang tunggu locker kat hujung tu panggil kami. Kat sini murah sikit, RM20 sahaja. Celapak la kami, hahaha


Kena scan dulu. So, Una scan muka dia la. Lepas pintu dah buka, maka boleh la simpan bag untuk kami merayau-rayau. Ni kan berjalan tanpa arah tujuan, hahaha.. #jalanjalanbuangmasa

Una tengah paksa bag untuk masuk jugak

Lepas masukkan bag, p la kami jenjalan. Maklum la, memang kami nak mai berjalan tak mau rush apa-apa.

Tak tau la, jalan tanpa arah tuju ni macam ni la, hahaha, aku pun tak tau nak udpate macam mana. Baygnkan jalan-jalan dalam mall ja, hahaha..

Lepas tu kami p makan ja la. Dah laporkan.

Try makan nasi ni. Dah bercelaru otak nak makan yang mana
 Aku pilih salted egg, sedap jugak. Ka aku lapaq, hahaha..

Goncangkan gais, jangan lupa

Sedap weh mulut ku berkata

Jalan dengan tokey macam ni la, sibuk dengan phone sedia

Ni mee apa ntah aku lupa dah, tapi sedap la. Biasa la, masuk mulut aku ni jarang tak sedap weh. semua sedap belaka.

Lepas dah boring, baru kami gerak nak ke hotel. P ambik bag dulu. And gerak naik lrt ke Pasar Seni. Memula aku nak naik grab ja, tapi Una nak naik lrt, so on ja. Stu stesen jadi dari KL Sentral, sampai dah. Lepas tu berjalan cari hotel. Rupanya turun tangga Stesen Pasar Seni tu, memang dah nampak hotel tu.

 Una cakap tengok bangunan tinggi yang berdekatan dengan dia. Sekali kami langut, hahaha, kami berdiri depan bangunan tu ja weh. Tapi kami kat pintu belakang. hahaha.. Ada guard mai tolong bukakan pintu. Lega, tak payah jalan pusing masuk depan.

Lepas dapat kunci, alangkah nikmat betoi rasa. hahaha.. 1st time aku berjalan tanpa arah tuju weh. Macam jalan ja la, ikut kata hati.

So rest, solat semua dulu. Baring tengok tv ja. Kebetulan dapat paling atas sekali.

 Bilik aku duduk berhadapan dengan Pos Malaysia and Masjid Negara. Nampak la St. Regis, apa lagi ntah.

Lepas tu kami decide nak keluaq malam p Sogo ja. hahaha, tak dak keja. Tapi kami p berjalan la. Dulu jalan kali kot ni memang selalu la aku p. Sogo tu pun selalu la. Ni jalan malam, macam tak ketahuan sangat dah.


Jalan punya jauh sampai nampak la KL Tower. Nampak dari jauh la. Pusing jauh sangat. Sampai lalu bangunan jakel la, hahahaha.. Haru weh. Tak tau nak habaq penat weh. Tapi semangat nak jalan sanggup jugak ku redah. Jakel tu dah dekat dengan Sogo. Kami pusing salah jalan, hmmmm

Dah sampai, tengok baju tak berkenan pun. Tak dak sale yang berkenan. Last kami buah anggur tong teng tong teng ja weh. Jalan punya jauh, mai sogo beli anggur ja. *tepuk dahi sikit Tak kisah la, janji happy, hahah

Nak lepak dah lewat, gerak balik hotel la, jalan kaki ja, tapi pusing jalan lain plak. Ada orang buat buliuh-buluh apa ntah, ada buaian la. Dok lepak kat situ plak. Lepas tu baru balik bilik.

Gerai kat Pasar Seni pun dah tutup habis dah time kami balik.
malam
So esok kami mula aktiviti tak ketahuan aku.

No comments:

Post a Comment