Hey Kuala Lumpur - KL Hop On Hop - Off Part 3

Assalamualaikum..aipp..

Hari ni hari kedua kami kat sini.  Oh lupa nak habaq, semalam lepas balik dari  Sogo, baru perasan kad touch n go hilang. Cari-cari tak jumpa. Dah la aku baru top up. So ada lebih kurang RM16 lebih macam tu la. Mula la murung rasa. Haihh, stress aku malam tu. Murung la sat. Last aku cuma email ja la. Mungkin time jalan tu aku boh hp dalam poket, kad tu pun dalam poket jugak. mungkin time ambik hp la jatuh.

Esoknya, bangun bagi, breakfast dulu. Dapat breakfast untuk 1st day ja.

tengah tunggu nak makan pagi

Lepak sat

Lepas tu masuk la kami. Ruang makan dia tak besaq sangat, tapi okey ja bagi aku. Cuma makan macam tak rasa sangat. so so ja la. Bagi aku telan ja, hahah. janji makan. Ramai jugak pagi tu.



Our breakfast, tapi lepas tu makan lagi, hahah
Nasi dia macam tak masak, keras sikit.

Oleh kerana tak dak plan apa, aku cadang nak naik bus 2 tingkat tu, hahah.. Memang aku dah lama teringin nak naik bus ni, feeling macam pelancong gitu, hihi.. Aku cadang Una, makcik tu, follow ja apa aku cadang.

Sebenaqnya sebelum p tu lagi aku dok cadang, tapi aku tak decide betoi-betoi. Macam trip terjah la apa-apa punkan. Malas nak plan.

So naik bilik, siap-siap. Aku plak riki tiket kat Klook. Memula macam nak terjah ja beli tiket kat kiosk. Tapi risau plak macam tiket habis ka apa ka, so aku beli ja la tiket kat klook. Nanti kena p amik tiket kat kiosk yang dia cakap tu.

Dah siap gerak ke Bukit Bintang. Naik MRT dari Pasar Seni Station. Mudah ja.


 Kat situ ada kiosk so tunjuk voucher kat handphone ni, dapat la tiket kita. Harga murah sikit iaitu RM23.15 seorang. Okey ja. Nanti staf kat situ akan terangkan kat kita. Bus ni ada 2 route tau. Route merah and hijau. Merah tu pusing dalam bandar.Contoh macam KL Tower, Menara Berkembar dan Bukit Bintang. Manakala route hijau pulak pusing dalam taman. Contoh macam Masjid Jamek, Muzium Negara dan Kampung Baru.

Macam ni dia punya route

Nah kalau tak nampak, source google


So hampa yang tak pernah naik lagi macam aku, boleh pilih nak naik yang mana.

Dah sampai, tunggu la kami kat situ. Semua foreigner ja weh. hahaha, kan aku nak feeling pelancong, dapat jugak.  Tapi cuaca memang panas weh. Tapi aku kira pa, janji boleh pusing-pusing naik bus, 2 tingkat ni, tengok Kuala Lumpur,hahaha.. Sia-sia aku jalan tempat orang, tempat sendiri pun tak habis explore.

Elok bus mai, staf tu tanya, habaq ni route merah. Aku okey ja mana-mana route. Maka bermula la aktiviti impian aku, hihihi.  Una duduk dalam aircond ja. Aku sanggup duduk kat tak dak bumbung tu. Nak feel gitu.

Memula duduk dalam, lepas tu pindah keluaq

Happy gais, hahaha
Topi bawak tapi ada kat bag Una. Bergerak la dari satu tempat ke satu tempat. Ada penerangan sekali dalam bus ni.



Tak turun pun kat sini


Sampai kat KL Tower kami turun. Saja la. Alang dah sampaikan. Lama tak mai sini.



Time aku p ni ramai budak sekolah. Buat lawatan agaknya. Tak ingat last mai bila. And aku pernah naik dah  time sekolah buat lawatan jugak la. Nak mai sendiri dulu mana mampu. Harap sekolah buat lawatan ja la. Tu pun kalau tak mesti tak sampai lagi. Tak salah dulu ada mc d. Ka ada lagi aku tak pusing habis pun. 
Kat rumah terbalik ka nama dia, dekat dengan KL Tower
 Dah la p toilet. Lepas tu turun tengok ada bus dah. Lari comel-comel la kami. Sekali bila dah naik bus rosak, hahah.. Tunggu ja la staf tu cakap bus on the way. Okey ja sebab dalam aircond kan. Lama jugak la. Tapi okey ja, sebab aku pun tak dak plan nak p mana.

 Lepas bus sampai naik la bus baru. Terima kasih kat staf, sangat membantu and friendly adik-adik tu.  Time tu dah nak petang, perut pun dah lapaq. Nak makan tak tau plak kat mana. Kami bawak ja mamee tapau. Tapi mesti lapaq nasikan. Nak p makan, tapi macam blur nak makan mana. Cakap jom balik dulu la, satgi kita food panda ja la senang.


Balik aku turun ja kat Petaling Street. Main redah ja. Tapi memang dekat dah dengan hotel. Ada plak minah ni tanya jalan nak p Pasar Seni. Tak pasti korea or China. Aku bukak maps, tunjuk jalan nak p dari maps tu. senang. Aku pun tak pasti jalan kat sini.

Overall bagi aku, hang kena spent 2 hari untuk naik bus hop on hop off ni or bus 2 tingkat ni. Satu hari ni tak dan la bagi aku. Sebab hari kedua hampa boleh naik route hijau plak. Lagi satu keluaq awai. Tak panas sangat awal tu. Berbaloi la naik bus ni, banyak tempat boleh cover sebab mukan mudah nak p kalau p sendirikan. Jadi aku akan naik lagi untuk route hijau pulak, hihihi..

On the way tu jumpa la kedai bunga. Tak salah kedai bunga dok viral jual murah tu.



Tak banyak bunga dah pun. Tapi memang ramai la orang p kedai ni. Berderek depan kedai orang dok parking kereta amik bunga kat sini. Penuh kereta la aku perasan.

Jalan sikit sampai la hotel kami. yeahh!! Apa lagi order makan la. Dah sampai p amik kat bawah, melahaq la kami makan. Una kata kat aku, jalan dengan hang ni jenuh jenih tak makan, hahahaha... Aku kalau jalan kurang sangat makan, semangat nak jalan kot. Kesian dia. huhuhu..

Malam tu gigih p Bukit Bintang lagi. hahah.. Saja buang masa. Kalau mai jalan nak duduk bilik baik duduk rumah, hahaha.. Kuang asam ayat ni aku pernah kena. hahah, kawan-kawan jugak la kata.

Gigih 2 ekor ni tau


Ada menda alah ni plak, so ramai la orang..

Lepak tegok orang nyanyi. Tapi aku tak suka dangdut, so mood kelaut. layan ja la Una nak tengok


Lepas tu tengok ada Family mart, mai cari ni yang orang dok makan sangat tu, hahaha.. akhirnya. Okey sedap ja bagi aku.

Lepas dah bosan, balik la kami. Sambung aktiviti buang masa aku esok plak



No comments:

Post a Comment