Banyak aku baca, time ambik kereta, check siap-siap, ambil gambar kalau ada calar ka or something la. Bukan apa, bukti incase kalau jadi apa-apa. So itu jugak la yang aku buat.
Lagi satu yang aku baca, depa pesan, cek tengok minyak ada banyak mana time kita ambik. Nanti bila pulangkan balik, kena bagi balik banyak tu. Kalau kurang, kena bayar, kalau lebih, bagitau kat depa yang minyak kita lebih dari ambik hari tu.Nanti depa akan bayar balik.
Lepas dah check kereta, siap la set no telefon kat GPS. Kat Korea ni,nak set GPS dia kena masuk no telefon. So make sure hampa dah cari siap-siap no telefon tempat nak p tu. Tapi dia punya audio tetap in Korea k. Tapi masih boleh faham tengok road tu.
GPS buat kami pening, hahaha |
Masalahnya adalah kami tetap tak faham nak guna GPS dalam kereta tu. hahahahah... Dah aku donwload Naver, aku pakai Naver kat handphone senang. Maka kami bertolak la tempat pertama kami iaitu Mysterious Road atau juga dikenali sebagai Dokkaebi Road.
HP jugak penyelamat |
Dari aiport nak sampai ke jalan tu, rasa macam jauh sangat. Tapi respek, saspek la Muna boleh drive belah kiri. Ada jugak kena hon, tapi biasa la. Lepas lama drive kami pun sampai la. Tu pun dah nak gelap. Kami gagah jugak. Ada Ajuhshi kedai yang tolong habaq test bagai la depan kedai dia.
Dah pusing nak balik, patah balik ambik gambar kat sini |
Lepas tu, mula la perjalanan kami ke Seogwipo, Bandar kedua terbesar di Jeju. Banyak aku baca, kalau mai sini, better tidur kat bertukar-tukar. Sebabnya, jarak antara suatu tempat ke suatu tempat tu jauh. Macam Seogwipo ni terletak di selatan Pulau Jeju. Jadi, kami akan tidur kat sini 2 malam. Boleh tahan jugak la nak sampai. Disebabkan drive belah kiri, Muna pun kekok drive. Kalau aku pun lagi la. Drive belah kiri, dalam keadaan jalan gelap, berkabus agak mendebarkan jugak. Allahuakbar, taktau la nak cakap perasaan macam mana time tu. Betul-betul menguji mental aku. Sebab kami berdua ja, perempuan pulak tu. Terfikir dalam kepala aku, "Apa hang buat ni Diana?!!" rasa macam menyesal pun ada. Tapi Muna positif sungguh. Dia betoi-betoi rilex, walau berapa kali kena hon, hahaha, aku yang susah hati.
Tengok sign, tak nampak-nampak lagi nama Seogwipo tu. Allah.. Kalau cakap mak aku, sumpah kena, hahaha.. Satu lagi masalah, hang tak boleh tekan laju kat sini, sat 70, sat 40, sat 60, perghhhh... kalau laju bunyi la satgi GPS tu. Silap-silap kamera dah amik gambar.
Memang aku cuak gilaa, serius habaq. Tapi Alhamdulillah, akhirnya kami nampak jugak sign Seogwipo. Time tu ya Allah, dok seronok dah la. Mula la cari guest house (GH) plak. Ikut GPS akhirnya sampai jugak. Dah sampai pusing 2 kali sebab cari parking. Tapi lepas tu Luna, tuan punya GH perasan agaknya dah pusing berapa kali, dia keluar, aku keluar nak tanya, dia terus masuk kereta and tunjuk kat Muna nak parking kereta. Rupanya belakang ja.
Alhamdulillah, kami sampai lebih kurang jam 930pm di Kkodak Kkodak Guest House. Lega lepas tu. Selesai bayar, ambil kunci, and gerak ke bilik, boleh la rest-rest and makan. Luna siap nak tolong angkat bag lagi sebab bilik kami kat atas kena naik tangga. Okey lagi, bag 12kg ni boleh angkat lagi. hahah..
Bilik besar jugak |
Toilet |
Macam rumah pulak |
Tuan puteri test katil |
Tadaa, memang best la 7e belakang rumah ja, ahaks! |
Apa lagi, beli banana uyu la. Pusing-pusing round dalam 7e, sebab teruja. hahaha.. Dah selesai, balik masak nasi la.
tadaaa!! |
Muna siap bawak ni lagi, alaaa.. bestnyewww |
Ikan bilis goreng Muna paling sedap sekali, hahaha |
Makan sambil tengok tv. Sepatah haram tak paham. hahaha.. Padahal kat rumah selalu ja layan drama korea.
Sudah makan kami pun apa lagi, lena la. Penat kepala otak ingat sesat teruk dah tadi, hahaha..
Esok pagi bangun awal nak gerak ke tempat aku idam-idamkan, hihihi.. Yeongmori Coast!
Kami bertolak awai pagi hari tu. Semangat kot. Subuh pukul 4 lebih. Hari ke 2 Muna drive. Dah tidoq lena semalam, hari ni kami rasa segar sikit badan.
Kereta comel kami, hihihi |
Bukak maps Naver kat hp. Dengan lafaz Bismillah, bermula la perjalanan kami. Perjalanan dari GH lebih kurang 40 minit.
Lane laju adalah belah kiri ye, terbalik dari kat Malaysia. |
Bayangkan kami sampai kat situ lebih kurang pukul 8.30am. Tak bukak lagi kot. Semangat dak kami nak meneroka bumi Korea ni, hahaha..
Kat bawah tu boleh parking lagi, tapi kami parking kat atas ja. Kat tempat bus stop tu.
Tututp lagi weh, hahah |
This is Kang Mu Na, hahahahah |
Wafa suruh valet, cari gambaq dia tak dak yang sorang, yang ni ja, redha je la noo
Ada ajuhma mintak tolong, amik gambar, sekali Muna snap gambar aku haa..hahah |
Thanks kat ajuhma amik gambaq kami comel, sporting gang ajuma ni |
Todak hilang |
Gang ajuhshi nak lompat jugak |
Aku sebagai pecinta laut walaupun takut air, hahaha.. sangat teruja melihat keindahan ciptaan tuhan ni. Betapa cantiknya tempat ni. Bagaimana ia terbentuk, memang menakjubkan. Batu sebesar-besarnya. One of my attraction yang memang aku nak p kalau sampai Jeju.
Kalau dah tepi laut tu memang angin kuat la. Selalu kena angin dengan sinaran panas matahari, ni memang tak dak matahari, subhanallah, memang sejuk sangat. Tapi nak bergambar punya pasai, sanggup aku buang baju, hahaha....
Macam mana di terhakis dan jadi macam ni |
Air laut yang menghijau |
Time nak keluaq, ada ajuhma ni siap jerit-jerit bagitau nak arah nak keluar. Aku macam biasa la, bukan nak faham. Muna la, la suruh, sini weh, ikut situ weh, hahaha,, Bagus ajuhma tu. Kami nak amik gambar, dia tak mau.
Better mai awai pagi |
Boleh baca kalau nak tau |
Sepanjang jalan nak balik |
Park kereta kat sini |
Kami tak p Sanbangsan padahal dah kat situ. Sebab rush, nak kelain plak.
Lepas tu kami gerak ke Ossulac Tea House. Dari Yeongmori lebih kurang 21 minit. Dah sampai kena park jauh sikit. Tapi dalam cuaca sejuk, okey ja jalan kaki.
Ramai orang bila kami sampai.
Depan tu ada daun tea dia, boleh la p tengok walaupun kat Cameron dah ada, hahaha |
Kat sini ada la kedai dia boleh la nak merayap. Tak banyak gambaq kat sini, hegeh buat video.huhu..
cewii..haha |
Kalau nak p Innisfree kat sebelah ni ja. Sapa suka produk skin care boleh la singgah. Jalan kaki ja.
Lepas tu kami gerak ke Cheonjeyeon Fall.Air terjun ni ada 3 level. Setiap level ni jauh-jauh sikit so kena menapak la.
Terjumpa rakyat senegara, ramah pulak tu |
Nak naik bridge pun boleh |
Tapi la, time dok tengok gambaq ni, aku sendiri pun dah kompius mana satu gambar Cheonjiyeon dan mana satu gambar Cheonjeyeon. hahaha... Hampa tengok ja la..
Air terjun ni dah dekat dengan pekan Seogwipo. Tapi jalan nak p ni macam sempit and agak corner-corner la. Sampai Muna langgar pokok bunga tepi jalan. Langgar tu belah aku plak. Terkejut aku. Sebab masih tak boleh nak aim bila drive. Tapi macam biasa, Muna di positif sungguh. (Tapi dalam hati dia mesti kecut, hahaha)
Parking kereta kat sini luas. Ada banyak kedai termasuk 7e. Kami dah beli nasi cuma nak tumpang panaskan ja. Scary ja nak tanya, ingat kena bayar, sekali free ja. Siap ahjumma tu tolong panaskan lagi. So, selesai, makan dalam kereta dengan sambal bilis Muna yang sedap giler tu. hahaha..
Time ni hujan rintik-rintik. Kami jalan jugak. Koi lama, dah berhenti.
Lepas tu gerak pulak ke Jeongbang Waterfall. Air terjun ni ni adalah yang paling hampir dengan laut. Memang dekat sungguh la. Kiranya air terjun turun terus ke laut.
photo sourse here |
Kebanyakkan perjalanan yang kami p hari ni adalah laut dan air terjun ja. Sejuk sungguh la kat sini. Alang-alang p duduk la kurang-kurang setengah jam. Menikmati keindahan Maha Esa. Lagi satu sebab nak menapak setiap tempat pun boleh tahan. Naik tangga turun tangga.
Lepas tu kami balik GH. Malam keluar jalan-jalan. Sebab esok dah nak check out nak gerak ke Bandar Jeju dah.
Cantik jeep tu |
eolli Markit |
Gambar banyak sangat aku rasa. Bertabah la baca blog aku ni. hahaha....
sedapnya jalan2
ReplyDeletehahahaha...sunggup sedap sekali...
DeleteGP tu x boleh translate ke English ke..mmg x faham kalau menu dalam bahasa Korea
ReplyDeleteA'a, memang Bahasa Korea sis. Tapi tengok anak panah tunjuk jalan boleh paham lagi, tapi Kami 2 ni, dok tak yakin jugak��, Tu bukak maps kat hp jugak..hahah
Deleteberapa harga Kkodak Kkodak Guest House tu satu malam? ada kitchen tak?
ReplyDeleteLebih kurang RM112 mwcam Tu la kalau convert time Tu. Ada kitchen. Tapi just guna oven ja, hahah..
DeleteSeram pulak bab drive sebelah kiri tu..tapi kalau boleh drive mmg salute la...
ReplyDeleteKan, orang pun tak berani sis JM hewhewhew..
Deleteahahha siap bwk pinggan plastik..kalau sis JM jus bwk bekas plastik pakai buang tu jek..panaskan nasi tu kat mana? ada microwave ke dlm bilik
ReplyDeleteDia ni memang baguih sangat, mak mak style, hihihi.. eh, tak Dalam bilik, kat dapur kat bawah..
Deletecantik betul view kat Yeongmori Coast tu...ehh semua view lawa laaa..sis JM lom sampai lagi Jeju uhuhuh
ReplyDeleteSerius lawa² sis, p la, p la, memang best.. sumpah lawaaaa... 😁
Delete