Showing posts with label keja. Show all posts
Showing posts with label keja. Show all posts

Cipta borang QR Code

Assalamualaikum..haii..

Oleh kerana aku dah lupa macam mana nak buat borang and guna QR Code, aku nak share macam mana nak buat  Ni sesimple gila aku tunjuk.

1. Make sure ada google account ya, senang nak buat form guna google form. Bila dah pilih google form, dia akan terpapar macam ni.

Dia akan papar macam ni. So pilih la nak macam mana. 
 2. Bila dah pilih boleh la mula buat, hokeyy..


Macam aku, aku pilih contact information ja. So, bila dah terpapar macam ni, edit la nak ubah apa-apa. Dekat button kanan ada tulis short answer tu boleh klik and dia akan bagi kita pilihan nak buat form macam mana. Pilih la ikut suka hampa.

3.Kat belah bawah tu, kalau nak buang, nak soalan tu wajib atau tak di jawab boleh klik.

4.Contoh kalau kita pilih check boxes, dropdown, multiple choice.


5. Lepas hampa dah siap soalan tu, klik send kat atas kanan tu. Akan terpapar macam kat bawah, pilih yang link plak. Klik shorten link.

6.  Search https://www.qrcode-monkey.com/ and paparan macam kat bawah. Pilih url and paste macam kat bawah ni.

Kalau nak pilih warna and image qr code klik la yang kat set colors, add logo image and customize design tu. Dah siap create QR Code. Selesai. Download la nak print ka paper ka, or paste kat website ka. Selesai.

7. Macam mana nak tengok feedback?  Dekat soalan yang kita buat tu, boleh klik kat responses. Benda ni dia simpan dalam drive google kita. Selesai.


Ghost Hiren Boot

Assalamualaikum..uitt..

Hari ni ceq rasa nak share macam mana nak selamat pc atau laptop tanpa perlu install driver. Ye la, selalu masalah kita, lepas format pc or lappy, mesti nak kena cari driver. Ada ja cara nak install driver dengan macam-macam perisian. Tapi bagi aku, pakai Ghost ni senang. Contohnya bila kita baru format tu, terus copy buat image, incase jadi apa-apa dah ada backup. Especially yang bekerja di pejabat or makmal komputer atau jugak CC. TAPI, pastikan setiap pc mempunyai spec yang sama, Ghost ni nak dapat senang dengan Hiren Boot.

Kat sini ada 2 cara aku nak share. Sebab apa, sebab waktu aku and the gang try, ada masalah yang timbul. Solutionnya kami guna cara lain. Masalah mungkin timbul kerana faktor jenis pc/laptop atau sebab hiren cd kami tak update. ngeeeee.. Apapun, masalah selesai jugak. Pastikan kita ada cd hiren 9.9 pun boleh dan juga external hard disk yang ada free space banyak lagi ye. Sebab kadang data backup sampai 10g, mana taknya sekarang semua pakai Win 7 paling lekeh. Boleh jugak kalau nak jadikan drive D backup, tapi pastikan ruang mencukupi ok. Tapi disarankan guna external lebih baik.

Mini Windows XP  

1. Mula, masukkan cd. Pastikan cd boleh boot. (Jangan lupa tukaq setting boot;

2. Kemudian tekan enter, dan paparan seperti diatas akan muncul. Pilih Mini Windows XP;


3. Bila tengah loading, cucuk kabel external hardisk.


4. Kemudian klik kat HBCD Menu tu.

5. Bila dia papar klik Menu, kemudian Backup dan kemudian klik Ghost32*

6. Klik atau gunakan tab pada Local, kemudia Disk dan lastly pilih To Image.


7. Kemudian pilih source.

8. Pilih kat mana kita nak save. So pilih la external hard disk tadi. Kalau tak jadi, buat sekali lagi ikut balik step dari mula.


9. Bila dah dapat, file nama jangan lupa ok. Dan klik save.

 10. Klik ja yes, maka tunggu sajalah. 

11. Bila dah siap, restart balik. Cek balik file.
12. Selesai.

DOS Programs

1. Memula masuk cd macam step atas jugak. Cuma pilih Dos saja.


2. Pilih Backup tools

3. Pilih Norton Ghost 11.5.1 *


4. Klik pada Ghost (Normal)


5. Kemudian file akan dibaca kat bawah menu tu.


6. Bila ada paparan macam kat atas tu, tekan enter ja, dan enter saja lagi.



Kemudian ikut langkah no. 4 dan seterusnya seperti dalam Mini Windows XP ja. :) 

Url shortener

Assalamualaikum..Moshi-moshi!!

 Url shortener? Apa tu? Ok bahasa pasarnya ia adalah laman web untuk memendekkan alamat sesebuah laman web yang kadang kala berjeda-jeda panjangnya.

Contoh macam :

           http://www.akubest.com/buatbest/boleh/entah2=23479;hdsjgsssbMenu=;akumemangbest/

bila dah dipendekkan jadi la :

           http://goo.gl/jjbBv

Aku nak share salah satu url shortener dengan menggunakan google url shortener.

Mula - mula taip google url shortener dan akan keluar paparan macam kat atas ni. Disarankan lebih baik daftar lebih mudah.

1. Dah copy url address tu paste seperti dalam gambar rajah;
2. Kemudian klik pada butang shorten URL;

3. Dapat dilihat long url seperti diatas pada anak panah no. 3;
4. Akhir sekali copy je la short url yang telah diberikan. :)

Mudahkan! Petik jari jewww...

Selain dari google shortener ada macam-macam lagi.Kalau sesapa rajin download movie mesti tau. Antaranya macam:

1. http://adf.ly/
2. http://tinyurl.com/
3. https://bitly.com/
4.http://tiny.cc/

Aku rasa ada banyak lagi, tapi yang ni ja yang aku tau. Boleh share sesapa yang tau.


Penangan Kpop!

Assalamualaikum..hellooo....

KPop Style

Serius comel la budak-budak ni especially yang tengah tu. Hari ni ada Majlis Penyampaian Hadiah, ni antara budak-budak yang ambik bahagian.

Sarana Ibu Bapa siap doh!!

Assalamualaikum. uit!!

Alhamdulillah, akhirnya siap Sarana Ibu Bapa ni.

Antara isi yang kena masuk

Siap sudah 
Ini bukan la keja aku sebagai ft sebenaqnya, tapi sebab kena tolong buat, buat je la. Cari pahala katakan.. Sistem ni awat dia tak sekalikan saja pendaftaran dengan pengisian maklumat tu. Dah tu, internet slow tahap siput vavi, tapi aku rasa siput vavi laju lagi la sebab bayangkan data simple macam ni untuk 80 orang ja boleh jadi 2 hari dan 2 orang isi! (Thanks Hawa!)

Time isi ni tipu la kalau aku tak maki dalam hati. Macam biasa, bahasa sanskrit moden teruih keluaq, tapi dalam hati ja la. Untuk Kedah hari ni lastday sebab tu la dok giler pulun buat. Tapi kami buat sarana ibu bapa je.

p/s zzzzzzzzzz


Freemake Downloader

Assalamualaikum.

Akhir-akhir ni Youtube downoader aku bermasalah nak download. Solutionnya, aku cari downloader yang lain la. IDM aku pun sat boleh pakai, sat dak.

Cara seperti biasa adalah tanya En. Google. So keluaq la berjeda-jeda downloader. Akhir sekali aku jatuh hati dengan Freemake Downloader. Interface dia menarik. Jom godek kat http://www.freemake.com/


Tapi untuk menggunakan Freemake ni, pastikan install .NET FRAMEWORK dulu. Pastikan jugak anda sedang online untuk install. Tapi dia ada jugak untuk offline version. Mudahkan! :) Lagi satu dia lebih laju bila kita download berbanding YTD

Selain dari downloader, freemake ni juga ada video converter. Bukak dan pilih la nak yang mana. Keburukan freemake ni, dia kena install sesatu. Kalau dia satukan semua sekali kan bagus. 

Windows Theme yang Menarik!

Assalamualaikum. Hari ni matahari dah muncul selepas beberapa hari merajuk. Cuaca dah panas. :(

Hari ni aku terasa nak share theme windows yang cantik-cantik. Serius cantik! Bila dah letak kat lappy ka, kat desktop tu, tengah stress keja mesti rasa rilex bila tengok gambaq-gambaq ni.

Cara yang aku nak tunjuk ni guna Windows 7 ye.
Klik kanan dah pilih properties seperti pada gambar diatas

Kemudian klik seperti anak panah gambar diatas

Tadaa, maka kat sini pilih la gambar yang hampa suka. Garisan merah tu tanda dia akan tukar semua sekali la

Kalau hampa nak tukaq background saja pilih background la

Kalau tak mau ikut step tu p kat sini ja, mudah http://windows.microsoft.com/en-us/windows/themes

Yang pasti gambaq kat sini memang cantik hokey! ;)

TRICKS TUKAR XP SP2 KEPADA SP3

Assalamualaikum. Trick untuk tukar Windows XP SP2 kepada SP3

  1. memula amik start button dan klik pada Run;
  2. Kemudian taip regedit;
  3. Klik la MY COMPUTER\HKEY LOCAL MACHINE\SYSTEM\CURRENT CONTROL SET\CONTROL\WINDOWS;
  4. Kemudian tukar CSD Version dari "0x00000200" (SP2) ke "0x00000300" (SP3); 
  5. Restart pc semula.

Aku buat ni sebab nak install doongle YES tak boleh untuk SP2, untuk memudahkan gunala trick ni. Tapi tak semua menda boleh yer, macam aku try install Avira tak boleh. Sebab aku nak install banyak PC dan laptop, cara mudah guna trick ni la.

Boleh tanya en. google kalau nak tau lebih lanjut. :)

Power Bank dari Groupon

Assalamualaikum..Hai..


Akhirnya sampai jugak. :) Thanks Groupon Malaysia. Aku dok survey menda alah kat atas tu lama dah. Lastly amik kat groupun jugak.  

Harga RM95 include postage
Macsonic 12,000mAh
Dual port usb
Compatible untuk HTC, Blackberry, Samsung, LG, Nokia, Apple dan untuk yang USB-enabled devices
Senang cakap dia macam 3rd party charger

Aku survey kat lain brand dan kuasa yang sama RM 100 lebih tu pun kena include postage lagi. (Nampak tak betapa bajetnya aku kat situ :p )So decide amik kat Groupon jer la. Dalam seminggu barang dah sampai. Penghantaran guna Skynet. Dia mesej kita cakap barang dah ada boleh semak kat sekian-sekian. (dia bagi link adress) 

Kita tengok lama mana nak tahan hokey!

Pada Sesiapa nak beli boleh ke Groupon. Taksat aku tengok dah ada yang baru kat sini






Wireless no connection?

Assalamualaikum.

Ada sesapa pernah jadi macam ni? 

Baru ni ada 2 3 laptop dan pc jadi masalah ni. Apa lagi, aku pun godek la tanya En. Google. Macam-macam solution la jumpa. Dari hasil godekan aku, aku suspek ni sebab CMOS bateri low. Senang cakap bateri habis la. Sebabnya bila aku tukaq bateri ni, setting date and time, tetap macam tu jugak. Sebabnya jugak, laptop yang sama jadi pulak tu. So saspek aku tu betul la.  (Ok, mesti hampa tak paham bahasa aku, betoi dak? )

Keja bodoh yang aku buat adalah format pc dan laptop-laptop tersebut. Selamat format, gambarajah seperti diatas masih muncul. (Waktu tu rasa nak sepak ja pc ngan laptop-laptop tu!) 

Akhirnya aku jumpa jugak solution yang sedikit bijak, iaitu upgrade win xp. Sebab yang sedia ada tu sp2 so kita upgrade ke sp3 la.  Lepas upgrade tu masalah aku pun selesai. Alhamdulillah '___________'

Moral dari cerita diatas, bila godek cari ilmu, sila baca sampai habis, jangan baca sejemput sana, sejemput sini yer, kalau tak hampa akan buat kerja gila macam aku. :p

Blogspot jer


Assalamualaikum.

Oleh kerana ketidak mampuan, maka kita pakai blogspot jer la.



Nak edit sikit-sikit lagi ni. Aku belasah jer ni buat, bos aku cakap janji ada. 

p/s: terpaksa mosaickan, hehe

Save MS Word to PDF

Assalamualaikum & selamat pagi !

Mesti kadang-kadang timbul masalah bila bos nak dokumen tu diemail dalam format PDF tapi fail tu save dalam word. Lepas tu mula peningkan. Kadang kita kena convert onlinekan, tak pun kena install. Bila dah install tengok-tengok kena berbayar baru boleh convertkan. Hampeh ja....

Lani aku nak share sikit guane nak buat dengan mudah. Mungkin ada orang yang dah tau, yang mana tak tau boleh buat lepas ni. :)

 1. Bila dah siap, ready la untuk save.

2. Pilih Save As kemudian klik find ad-ins for other file formats

3. Lepas tu akan keluar la paparan ni

4. Lihat pada topik Install and Use the Publish as PDF or XPS add-in from Microsoft. Klik pada Microsoft save as PDF or XPS add-in for 2007 Microsoft Office Programs

5. Bila dah klik, paparan ni pulak muncul dan klik la kat button Download tu.

6.Sila buat pilihan , nak Run saja ka atau nak Save. Saya Run saja. :)

7. Klik pada Accept Licence tu lepas tu Continue

8. Dah selessai install dia kluaq la menda ni.

9. Ok, la ni dah boleh la save as PDF. Jeng.. Jeng... :)

#Yang aku buat ni Office 2007. 

Kalau Office 2010 dia dah ada siap dah. Macam kat bawah ni. Nak mudah, gunalah Office 2010 pulak yer. :)


Yang Office 2003 aku tak berapa pasti plak macam mana. Lani kalau p mana-mana jabatan, masih ramai yang guna Office 2003. Termasuk la kat office aku. Cadang nak install Win 7, tapi risau kalau-kalau depa susah nak terima perubahan. Tak lama lagi, Win 8 pulakkan. hmmm...

Saja nak kongsi. Ilmu ni tak rugi kalau dikongsikan. Dapat pahala. :) Mana yang dah tau tak pa la. Maaf gambaq tak clear, terus tempek tanpa edit. :) 

p/s: Asal buat blog ni pun memang sebab nak post pasal IT ja, sebab kekadang saya lupa. Bila lupa boleh rujuk sini. (Tapi sekarang dah post macam-macamkan,. hehe)

Monitor no display

Assalamualaikum dan selamat pagi!

Pagi ni lepas tengah breakfast cikgu mai habaq pc kat bilik guru tak dapat on. So, makan cepat-cepat nak  tengok apa masalahnya. 

Bila on PSU masih berfungsi. PC ni sebenaqnya pernah buat masalah dah sebelum ni. Grafik problem sebelum ni. Sampai kena uninstall grafik dia baru ok. Barang elektronik ni kalau banyak tangan memang la, sat ja la riwayat dia, lepas tu kena masuk ICU buat minor operation la. Kalau dah tahap nazak tu, mungkin perlu penggantian baru la. Waktu ni, sumber kewangan perlu dikeluarkan la. Ok, aku dok melalut sakan pulak, aku nak share sikit incase kalau terjadi lagi perkara macam ni, apa yang perlu dilakukan. :D

Memula sekali aku akan blur sat nak buat apa, lepas tu baru ingat apa yang kena buat. :) Apa yang kena check kat CPU tu, adalah :-


  • tengok PSU function atau tak, kot-kot habuk banyak sangat;
  • RAM tu cuci dengan pemadam kat tembaga kat bawah tu;
  • atau mungkin masalah CMOS batery, jadi keluarkan la sat bateri tu, 2 -3 minit dah pasang semula
  • masalah;
  • selain tu check jugak VGA kabel kalau-kalau dah rosak sebab dok berlipat-lipat atau pin dia patah kan;
  • Check jugak MOBO tu, last solution is change MOBO la.

Ni saja la yang aku tau, kalau ada sesapa yang tau lagi boleh share-sharekan ok.

Brand NEC

p/s: PC ni ok sat, nak tengok dia nak jadi agi dak.

Oh YTL YES

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ini kali kedua YES buat hal. Sebelum ni pernah sekali dalam 3 hingga 4 jam jugak la no connection. Kali ni punya problem, dari awal pagi ( tak tau la kalau start semalam lagi ka) sampai tengahari baru la ok around 12.30pm macam tu. Cikgu- cikgu macam biasa la, akan tanya. So aku terangkan la masalahnya.

Aku telefon untuk buat report, dan kemudian dimaklumkan oleh pihak sana memang YES bahagian Utara bermasalah sekarang ni. Dia bagi no tagging in case kalau dalam 24 jam masih sama, dia mintak call sekali lagi. Tapi Alhamdulillah la, tengahari dah adakan.

Bestnya YES ni, dia siap telefon lagi tanya masalah kita, dah ok belum. Sebab TM tak. hehe.. Tapi servis TM pun ok jugak. Masing-masing ada pro and kontra la.

Masalah Problem PC


Masalah yang terjadi kat 1 PC ni.


 1. Memula naik blue screen

 2. Peh tu yang ni plak

 3. Cuci ram bagai semua, muncul hantu ni plak (selepas di format)

 4. Jadi tv rosak plak.. 

5. Keluaq menda alah ni plak dah, haru sungguh

Uninstall Graphic Media tu, setakat ni ok. Tunggu nanti dia nak jadi apa plak. Adakah mobo yang rosak.