Showing posts with label Drama. Show all posts
Showing posts with label Drama. Show all posts

Drama Mr Queen pulak dahh...

 Assalamualaikumm..yuhu...Seperti yang telah diketahui, maka berakhirlah 20 episod drama Mr Queen. Nasib baik ending best, kalau tak, aku ngamok nanti, hahahaha.. . Berbalas jugak la, sebab tengok Han Ji Pyeong dulu sedihkan, yang ni gembira. Akukan team Han Ji Pyeong,..hihihi..


 Mr Queen ni jugak yang ganti drama Start Up. Asal mula aku tengok iklan kat fb, best ni, lawak-lawak. Tapi ada kat Viu Sinagpore. Bila aku cek, Viu Malaysia tak dak, so dengan tangkas aku tanya la, lepas tu tengok-tegok dah ada, yezzaa....


 

Okey, Mr Queen ni cerita pasal sejarah, komedi, romantik and fantasi. Cerita dia dumulakan dengan Jang Bong Hwan (Choi Jin Hyuk) seorang chef pada zaman sekarang ni la. Dia ni jenis kaki perempuan la jugak. Lepas tu ada selfish jugak. Berlaku kejadian aneh bila Jang Bo Hwan ni tetiba termasuk dalam body Kom So Yong (Shin Hae Sun). Bila dia sedaq ja, dia ada kat zaman Joseon. Perkara ni jadi bila Kim So Yong nak bunuh diri, and time ni la terjadi.Time ni boleh la tengok perangai mangkuk hayun jadinya, hahahahah.. And Kim So Young ni adalah bakal bini Raja Cheoljong (Kim Jung Hyun). Tapi dari episod 1st ni, dapat dipahami yang Cheoljong ni tak suka Kim So Yong. Cheoljong ni dah ada girlfriend iaitu Jo Hwa Jin.  Asalnya sebenarnya depa dah pernah jumpa dah dari kecik lagi, sebab So Yong pernah selamatkan Cheoljong. Tapi Jo Hwa Jin ni pulak, acah kata dia yang selamatkan Cheoljong. hmmmm..

Sapa Cheoljong ni? Cheoljong ni adalah raja yang dipergunakan oleh semua menteri dan jugak bekas permaisuri, kira macam tok dia la. Puppet la senang cakap. Tapi di sebalik konon buat bodoh dia tu, dia pandai sebenarnya. Dia ada agenda sendiri yang dia dah buat untuk negara dia. Kalau dari cerita ni, Cheoljong ni anak yatim, keluarga dia semua dibunuh. Tapi realitinya pun sama jugak macam tu.

Episod 1-6 akan tengok la struggle Bong Hwan nak balik ke zaman dia balik sampai dia sanggup terjun tasik tapi Cheoljong dapat selamatkan dia. Untuk episod 7 dan 8, Bong Hwan ni dapat balik kembali kat body dia. And Kim So Yong ni tetiba mati balik. Terus Cheoljong ni susah hati. Tapi Bong Hwan ni dapa balik sat ja, lepas tu dia balik kat body So Yong. Tapi dia masuk body So Yong kali ni, jiwa So Yong tu ada sekali. So, kira tu ada 2 jiwa la dalam body tu, sebab Bong Hwan boleh feel and ingat segala pasal So Yong ni.


 

Rumusan aku boleh buat best drama ni, sebab buat aku terhibur, hahaha. Drama ni memang tak logik, tapi menarik. Nama pun drama fantasikan. Kim Hye Sun punya watak memang best, dia boleh bawak 2 identiti. Memang best la. Kim Jung hyun pun best gak, buat watak bodo-bodo dengan muka dia tu. Watak Byung In memula kesian, lepas tu menyampah, lepas tu kesian balik. Jo Hwa Jin pun macam tu jugak, memula menyampah, lepas tu kesian plak. Semua orang bawak watak best la. 

Drama ni ada 20 episod, lepas tu tambah 2 episod sesi perkenalan untuk semua orang kat istana tu, Mr Queen (Bamboo Forest). Setengah jam ja. Kalau tengok episod ni, baru la tau, Cheoljong ni memang dah suka kat So Yong rupanya. Tapi sebab So Yong ni dari Kim clan, dia macam nak buang perasaan tu jauh-jauh. Kim So Yong ni plak, memang dah perangai gila-gila dah pun sebenaqnya. 

    Episod Bamboo Forest

Drama ni awai-awai kena kecam sebab konon plagiat drama dari China. Asal pun memang dari novel China. Tapi katanya tak tiru sebijik pun, ending pun tak sama katanya. Biasa la China semua nak claim depa nikan. Lepas tu isu transgender la. 

Dah la, senang cerita best la.

Diary of Prosecutor Drama Korea

 Assalamualaikum....hahahah.. nampaknya blog aku akan update drama korea ja la. Tapi sampai bila? sampai abang jamil mampus kew, hahahahahaah...


Drama ni katanya macam drama Hospital Playlist. Tapi aku tak tau la sebab aku tak tengok lagi pun Hospital Playlist tu. Drama ni tak berat macam drama peguam yang lain-lain tu. Dia macam santai-santai. Kira macam kehidupan seharian pendakwaraya la. Kehidupan keluarga, kawan-kawan macam tu la. Pasal kerja pun ada jugak.

Ia mengisahkan mengenai ;Lee Sung Woong (Lee Sun Kyun) yang bekerja sebagai pendakwaraya kat bandar kecil la. Sung Woong ni nampak macam biasa-biasa, macam pekerja lain, kerja sekadar adanya sahaja. Tapi hakikat sebenarnya, dia spirit dia lain macam la. Sampai dia boleh lawan bos dia la. Tapi sebab kawam-kawan and bos pun kenai dah, dia memang macam tu.

And satu hari ada sorang staf baru bertukar dari Seoul iaitu Cha Myun Joo. Myun Joo ni plak teman sekolej Sung Woong. And depa sama-sama tak suka. Macam-macam benda la jadi.

Drama ni tak dak la lovey dovey. Biasa-biasa ja. Ada part lawak, tu best. 




My Mister Drama Korea

 Assalamualaikum..aip.. 

Kali ni aku layan drama My Mister. Pelakon dia IU and Lee Sun Kyun.



Cerita ni mengisahkan mengenai Park Dong Hoon (Lee Sung Kyun) yang dah berkahwin dengan isterinya seorang lawyer. Dong Hoon ni ada emak, sorang abang dan sorang adik lelaki yang tak bekerja yang bergantung hidup atas dia. Rumahtangga dia kadang bergaduh jugak sebab wife dia kata dia suka lebihkan family dia. 

Dalam masa yang sama, tanpa dia sedaq, wife dia ada hubungan dengan bos dia merangkap junior dia time study dulu. Gila laa.....Meluat drama lagu ni tau dak, hadoii.. tapi dah layan, tengok sampai habis ja la. 

Nak dijadikan cerita, Dong Hoon ni tetiba terima duit rasuah yang sebenarnya tersalah bagi. Maka nak dijadikan cerita, Lee Ji An( IU) yang selamatkan Dong Hoon ni. Ji An ni pernah disabitkan dengan kes membunuh. Dia adalah part time kat compony Dong Hoon. Asal sebenarnya Ji An nak mencuri duit tu untuk bayaq hutang Ahlong. 


Drama ni mula-mula aku meluat, lepas dah layan sampai episod 4, rasa best. Sebab boleh tengok realiti yang selalu terjadi kat tempat kerja. Budaya membodek, menjilat pungkok bos, kipas anggun, gila kuasa,gila pangkat dan sebagainya. Aku rasa best la drama ni.



Trans-Siberian Pathfinders Travel Documentary

 Assalamualaikum...

Godek-godek viu, jumpa yang ni. Nak p tau tau bila, aku suka naik train ni, mampu tengok ja dulu..

5 Sekawan iaitu Lee Sun Kyun, Kim Nam Gil, Kim Min Sik, Ko Gyu Pil and Lee Sang Yeob. Lee Sang Yeob ni selalu mai running man. Depa mula perjalanan dengan keretapi ni dari Vladiovostok ke Moscow. Perjalanan ni melalui 126 stesen termasuk Khabarovsk, Belogorsk, Skovorodino, Mariinsk, Chernyshevsk, Ulan-Ude, Omsk, Tyumen, Balezino and Kirov. Ha, bersemboq baca nama tempat. 

Tengok la macam mana duduk dalam keretapi dah sempit macam tu. Kalau orang tak biasa, boleh rimas rasanya. Mula-mula naik ada gerabak yang ada shower lagi. Part lepas tu, dah tak dak shower. Mula la tak mandi. 

                                Aku kalau dapat kawan lagu ni, habis kena carut laaa...hahahaah


Kalau hang dapat kawan-kawan bongok macam ni, hang sabaq ja la, kawan2 ni kadang penghibur hang. hahahaah..

Aku cari video yang ada sub english, tak banyak. Kat astro ada tak salah. Aku layan kat Viu ja. Sikit sangat episod dia, tak puas tengok.



Tale of The Nine Tailed Drama korea

 Assalamualaikum..uitt.. Bersama lagi kita melayan drama korea, hahaha.. 


Sebabkan ramai dok bercerita pasal drama ni, aku pun tengok la. Nasib baik ada wookie, so boleh layan la. 

Cerita ni pasal gumiho, iaitu musang berekor 9. Cerita dongeng ni selalu yang jadi gumiho watak dia perempuan, tapi kali ni yang jadi musang tu lelaki. Lain sikit la cerita ni. Okey sambung balik. Cerita mengisahkan pasal Lee Yeon (Lee Dong Wook) yang jatuh hati dengan manusia Ah Eum (Jo Bo Ah) yang lahir semula dan jadi Nam Ji Ah.

Dalam masa yang sama Lee Yeon ni ada selisih paham dengan adik dia Lee Rang (Kim Bum). Banyak la kejadian yang terjadi dia nak selamatkan buah hati dia and adik dia. Malas nak cerita panjang-panjang, sebab cerita dia berbelit. Dari zaman kuno sampai la zaman sekarang. Overall okey la drama ni, aku tak suka sangat sebab cerita cinta sangat, hahaha.. tapi aku layan sampai habis la. Tapi ada part- part yang best jugak la. 


Suka budak comel ni.. hihihi..




Drama Korean Dinner Mate

 Assalamualaikum... Uit... Drama yang ni best jugak. Pelakon perempuan dalam ni yang berlakon dalam Crash Landing On You tu, Seo Dan. hihihi......


Cerita ni pasal Woo Do Hee (Seo Ji Hye) yang putus cinta dengan boyfriend dia kat Jeju. Acah-acah nak buat kejutan, sekali si Do Hee ni yang terkejut tengok boyfrined dia dengan perempuan lain. Time ni la dia jumpa Kim Hye Kyung (Song Seung Hyun) seorang psychiatrist. Depa mula berkawan time kat Jeju ni sebagai teman makan, atau macam tajuk kat atas tu, Dinner Mate.

Yang syoknya, depa tak pernah bercerita mengenai diri depa sendiri, nama, kerja apa. Depa hanya jumpa untuk teman makan, minum and sembang-sembang. Mungkin boleh kot guna cari ni cari jodoh, hahahahaahahahah....

BF dan dalam CLOY la, hihihi



Okey, bes, boleh layan.

Start Up Drama Korea

 Assalamualaikum,,,  Kalau tengok tajuk kat atas, mesti peminat drama korea tau drama ni. 


Macam biasa la, aku kalau nak tendok drama korea ni, mesti tertengok ilam kat facebook. Lepas tu cari la. Time tu tak airing lagi. tapi dah cakap nak tengok la drama ni. Sebab nak tengok adalah kerana pasal teknologi it masa kini giteww...

1st episod okey, layan, masuk 2nd episod aku dah mula mnyampah dengan 3 sekawan ni. Rasa annoy betoi. Macam bajet best, perasan baguih, especially bila 3 orang ni duduk sekali. Fuhh, meluat gila rasa. Tapi aku sabor je la tengok.

Tapi kesian jugak la kat Dosan ni, ayah dia selalu macam selalu bagi tekanan kat dia. So, dia jadi macam selenga sikit. Tapi dalam selenga tu pun, belagak, poyo.

Han Ji Pyung punya watak, agak keras sikit kata-kata. Straight to the point ja. Ada aku kisah. hahah.. Tapi apa yang dia kata tu betoi, tapi sedikit kasar. 

Disebabkan aku menyampah watak dosan dengan dalmi ni, bila dah masuk episod 14, aku dah mula skip part depa. HAHAHAHA...

Disebabkan drama ni, Kim Seon Ho femes. Dan disebabkan Kim Seon Ho, aku dah terlayan 2D1N, hahahah.. Nasib best.

                                        Aku suka part ni. Terus terang teruih dia cakap.

Overall best la, cerita pasal bisnes, pasal it. I like it!

Aku malas nak cerita banyak-banyak, rasa ramai ja tengok drama ni. Emo jugak la tengok drama ni. Habis ni, habis la..



Okey, sekian..

#Team HanJiPyeong


Lie After Lie pulakkk..

 Assalamualaikum..aiii.. Aku share drama Lie Afte Lie plak la. Aku baru habis tengok. Mula-mula macam malas tengok, tapi saja la bukak episod 1, rupanya best. Padahal mala nak tengok drama sedih-sedih ni. Tapi jalan cerita dia jadi menarik plak.


 

Cerita ni mengisahkan pasal Ji Eun Soo (Lee Yu Ri) yang dituduh membunuh suami dia. Suami dia ni plak anak caebol pulak. Dan waktu dia dipenjarakan, dia mengandung. Tapi atas sikap mak mertua dia yang jahat nak mampus, mak mertua dia mintak anak dia untuk dijaga.

Lepas dia keluar penjara selepas 10 tahun, dia p cari anak dia. Rupanya mak mertua dia tak jaga pun anak dia, tapi anak dia diserahkan kat rumah anak yatim. Anak dia ni pun sebenarnya dah diambil sebagai anak angkat oleh seorang wartawan ni, Kang Ji Min ( Yeon Jung Hun). Pada asalnya anak dia yang sebenarnya sepatutnya di bunuh tapi bekas setiausaha mak mertua dia tak bunuh pun.

Selepas tu dia berusaha untuk kembali dengan anak dia and bila mak mertua dia tau yang cucu dia masih hidup, dia cuba nak porak perandakan hidup Ji Eun Soo ni. 

 
 
Cerita ni memang best. Rating tinggi kat viu pun. 
 
Tapi aku memang geram kat mak mertua dia. Gamak la nak bunuh baby kot. Sebab konon nak balas dendam. Padahal yang mati tu pun bukan anak betul dia. Di sebalik kebaikan yang dia buat, sebenarnya hati mak mertua dia busuk. 
 
Aku asyik share cerita korea ja kan, hahahaha, tak pa la, janji blog ni berupdate. 


Partner for Justice 2

 Assalamualaikum.. haii...

Tiap-tiap hari post pasal kdrama ja kan aku ni, hahaha... Aku saja nak simpan sini and nak keep update blog aku ni. Dah tak ke mana-mana, so update pasal drama ja la. huhu. Aku tak mau la jadi macam hari tu, lama tak update, last malas nak update, maka tergantung sepi la blog aku.

Sebenarnya Partner for Justice season 1 aku dah tenngok hari tu. Kebetulan time PKP hari tu, godek-godek, nampak season 2. Layan ja la. Aku kan sejenis suka cerita yang macam ni. Cerita polis, doktor, gaduh-gaduh, siasat sapa kena bunuh bagai, sebab cerita macam ni buat aku berfikir. Aku kan sejenis suka memikir. huahuahau.. Dulu suka layan, NSIC, CSI, la dah berumur ni, layan mana-mana ja.Lepas tengok drama ni baru aku tau kerja dr forensik tu macam mana. Dr orang mati. Selalu tengok dr orang mati.

Pelakon masih sama cuma ada yang bertukar jugak, kecuali main pelakon doktor-doktor and pendakwaraya masih sama.

 

Cerita ni berkenaan dengan Dr. Baek Beom dan Pendakakwaraya Eun Seol yang selesaikan kes-kes bersama. Kalau tengok season 1st, tau la dr Baek Beom ni jenis keras kepala, hati batu sikit. Dia selalu bertindak dengan fakta. Dia tak suka assume sesuatu tanpa bukti yang nyata. Ha,, amik, nak selesai kes, mau bergaduh la. So ramai la orang tak puas hati dengan dia. Tapi dia kira apa. Asal dia adalah dr perubatan. Atas masalah tertentu, dia kat forensik. Best la cerita ni bagi aku. Macam Dr. Romantic jugak. 


Kalau nak tengok season 2 ni, lagi baik tengok season 1st, sebab bersambung. hihihi...

Yang ni, season 1 aku share sikit.
 


The Good Wife pulakkk....

 Assalamualaikum.. 

PKP ni aku rasa aku dah start tengok drama korea. hahaha, apa la nak jadi ni..hahaah.. Tak pa, tengok sekadar hiburan ja, syok-syok..

 
 
The Good Wife ni dah lama tahun 2016 lagi. Aku saja scroll kat VIU tu, macam best, layan ja la. Tapi drama ni remake drama Amerika. 
 
Drama ni mengisahkan pasal Kim Hye Kyung (Jun Do Yun) yang terpaksa kerja tiba-tiba sebab suami dia Lee Tae Joon (Yoo Ji Tae) terlibat skandal dan kena masuk penjara. Le Tae Joon ni pulak pendakwaraya, so ramai la musuh. And suami dia ni pun terlibat dengan perempuan lain jugak, iaitu staf dia sendiri. Yaampun, awat la aku selalu terlibat dengan drama macam ni, hahahaahah...

Dalam masa yang sama kawan baik dia pun suka kat dia. Ko ghase?..

Tak silap, JJepun pun remake jugak drama ni. 
 
Apa pun best jugak drama ni. Boleh layan..
 
 
 


Drama Korea VIP pulak

 Assalamualaikum.. aipp..

Banyak masa betoi aku dok layan drama korea ni weh, hahaha.. Layan p la. 

Waktu airing dulu, alkisahnya dok mai iklan la pasal drama ni. Bila aku tengok trailer dia macam best. And aku rasa nak tengok. 

 
 
Okey, nak share sikit sinopsis drama ni.
 
Mengisahkan Na Jung Sun (Jang Na Ra) wanita yang sukses dalam kerjayanya. Kerja dia ni untuk deal dengan golongan VIP dan VVIP. Kiranya dia ni hebat la. Dia juga gembira dengan perkahwinan yang di bina dengan Park Sung Joon (Lee Sang Yoon). Depa ni bekerja satu pejabat. Tapi depa ni tak dak anak.

Dan keadaan berubah dengan tiba-tiba bila Jung Sun ni dapat mesej yang suami dia ni ada hubungan dengan perempuan dalam pejabat dia yang juga merupakan kawan-kawan dia jugak. Ko ghase?!



Tekanan perasaan aku tengok drama ni. Laki dia ni dah dapat perempuan punya baik tu, nak jugak orang lain, hadoii...

Bermula la episod pencarian siapa perempuan yang ada hubungan dengan suami dia. Dan bila dia tanya kat suami dia, memang suami dia mengaku and bagitau dah berpisah. Padahal sebenarnya, suami dia masih lagi dok jumpa perempuan tu. 

Perasan la, sebenarnya suami dia dah rasa bersalah. Nak balik kat isteri, isteri dah buat tak tau, so si skandal pulak rajin melayan, layan p j la. Yang si isteri ni, menangis ja. Dah la menipu pulak.

Nasib ada kawan-kawan yang sentiasa bersama. Jung Sun ni pulak, dia agak trauma sebab mak dia tinggalkan dia dah ayah dia untuk ikut lelaki lain. So dia memang takut kalau ditingalkan. Bila suami dia buat, dia memang tak boleh terima la.

Husband dia buat keputusan untuk bercerai, tapi Jung Sun tak mau. Dia nak siksa laki dia and skandal dia. Mula la berlaku perang dingin dalam pejabat depa. And skandal suami dia pulak adalah anak luar nikah big boss dia, ko ghase!



Tapi endingnya Jung Sun buat terima keadaan tu and nak bercerai dengan suami dia. Suami dia pulak terkejut. Dan dalam masa yang sama hubungan si Park Sung Joon ni dah viral. Kecoh la. Bapak skandal dia tu, suruh putuskan hubungan dia dengan Sung Joon ni. Kalau tak dia akan tarik balik segala kesenangan yang dia bagi. So, perempuan tu pun putus la dengan Sung Joon ni. Gila hang, takkan nak tinggalkan kesenangan yang dah dikecapi ni nak hidup balik susah. 
 
Lepas tu baru la Park Sung Joon ni sedar, and menangis teresak-esak gitu. And sebenarnya Sung joon ni pun anak luar nikah, and Jung Sun ni tak tau. Lagi la Jung Soon ni terasa bila husband dia, Sung Joon ni tak habaq kat dia. Dia rasa 10 tahun kawin pun dia belum kenal sepenuhnya laki dia ni. Husband dia anggap kalau bagitau pasal ni, mungkin Jung Soon akan tak dapat terima sebab backgroud dia kena tinggal dengan mak dia. Tapi kalau habaq pun, kalau sayang, aku rasa dia boleh ja terima, kalau tak terima tak dak jodoh la..
 

 
Sisi cerita kawan-kawan Jung Sun pun ada jalan cerita yang menarik. Tak boring la drama ni.

Moral aku rasa, apa-apa pun jangan ada rahsia. Tak puas hati apa-apa, cuba bincang elok-elok. Pendam tak dapat selesai masalah. Perempuan dia boleh berubah sekelip mata walapun asalnya dia lembah lembut mak inang sari ye kalau kesayangan dia diganggu.
 
 Memang emo la aku layan drama ni. Rasa nak tumbuk si Park sung Joon. Eh, boleh pulak aku karang panjang-panjang. Nampak dak berapa emonya aku boleh hafal jalan cerita.hahaah... Ni sikit, kalau nak cerita detail, aku mungkin kena lukis kot, hahahaha...


Layan Drama Dr. Romantic 2

 Assalamualaikum.. uit..

Baru habis tengok drama Dr. Romantic 2. Sebelum ni dah layan yang musim pertama. Yang musim pertama pun dah best, apatah lagi yang kedua.

Awat la aku dok tengok drama korea la ni, hadoi.. hahahaha



Untuk musim ke2 ni, pelakon lain plak and mean ada watak baru. 

Kali ini ia mengisahkan Cha Eun Jae (Lee Sung Kyung) yang terpaksa ditukarkan ke Doldam hospital sebab buat masalah dalam bilik pembedahan dan Seo Won Jin (Ahn Heo Syeop) yang terlibat dengan masalah dalam and masalah diri sendiri, tersamapilah kat Doldam Hospital.

Kat Doldam hospital ni jumpa la Dr Kim, pakar bedah.

Episod kali ni tak habis lagi pasal Do Yoon Wan yang nak merampas hospital tu. Dia p hantaq pulak Dr. Park Min Guk ni, pakar bedah terkemuka. Macam-macam perkara la berlaku masa ni. 

 
 
Tengok trailer pun best
 

Waktu season 1 pun best. Ada Seo Hyun Jin. 

Share sikit trailer musim 1.


Bagi aku 2 musim best dan ada cerita tersendiri. Tak rugi la tengok. Aku suka cerita-cerita macam ni.



Catch The Ghost - Korean Drama

 Assalamualaikum.. uit...

Hari tu aku layan drama korea Catch The Ghost. Asal saja la bukak Viu, tengok-tengok ja, lepas tu perasan Moon Geun Young. Tapi sebelum tu aku cek dulu drama ni berapa episod, sebab kalau sampai berpuluh aku malas laaa, tua-tua ni malas nak layan drama panjang-panjang, satgi aku kerja skip ja la. Tengok ada 16 episod, boleh la. 

Cerita mengenai Yoo Ryung (Moon GY) ni dia anggota polis yang tengah siasat tentang kehilangan adik kembar dia yang sakit autism tahap 2 secara bersendiri. Bila dia report polis pun, polis buat tak tau ja pasal kes adik dia ni sebab mayat adik dia tak dijumpai. Padahal dia yakin kes kehilanagan adik dia ni ada kena mengena dengan kes kematian yang berlaku di subway.

Semua berubah bilah dia dapat tukar ke Bahagian Polis Subway. Satu kelebihan Yo Ryung ni dia boleh hafal setiap pelusuk dalam kawasan subway tu.

Twist beberapa kali jugak la pasal pembunuh tu. Sanpai aku berapa kali salah orang. haahaha, sekali dengan polis aku syak dia pembunuh. ahahaha...

Antara sedutan yang best dalam ni.. 

Overall okey la cerita dia. Boleh la layan.

Drama Korea Familiar Wife

Assalamualaikum, aip!!

Lepas tengok Kill Me Heal Me, aku tengok drama ni pulak. Familiar Wife. Adik aku la bagi. Tengok-tengok, la Ji Sung lagi. Macam biasa, tak menghampakan.

Kisah mengenai Ji Hyuk (Ji Sung) kawin dengan Seo Wo Jin. Ji Hyuk ni kerja kat bank, and wife dia massage terapi.  Depa ni berkahwin atas suka sama suka. Tapi lepas dah ada 2 anak, Ji Hyuk ni rasa, isteri dia ni paling teruk sekali. Padahal wife dia rasa stress dengan kerja and jaga anak lagi. So, dia jadi seoarang yang pemarah, Memang Ji Hyuk selalu jadi mangsa la.

Lepas tu, ada satu perkara berlaku kat bumi korea ni. Time tu dia boleh kembali ke masa lalu. Dan dia memukar isteri dia. Maksudnya dia berkahwin dengan orang lain la. Tapi lepas dia kahwin dengan perempuan lain, dia jumpa jugak ex isteri dia. Dan rupanya dia masih menyayangi ex isteri dia.

Nak tau kisah selanjutnya, tonton la, hihihi..









Kill Me Heal Me

Assalamulaikum, ..aii..

Lama tak share pasal Drama Korea ni. Aku baru ja tengok Kill Me Heal Me. Patut la ramai tengok dulu. Best jugak. Biasa la, lakonan Ji Sung tak pernah mengecewakan.

Cerita mengenai Cha Do Hyun (Ji Sung) yang ada penyakit personaliti. Bila dia dalam tekanan dia akan berubah watak.

Aku suka bila dia berubah watak Shin Se Gi. Berkarisma betoi, hahaha.. Part paling lawak kalau dia jadi Ahn Yoo Na. Cute giler..hahaha





Ahn Yoo Na


Shin Se Gi
Sapa tak tengok lagi boleh layan. Best.

Download video dailymotion cara mudah

Assalamualaikum. uit!

Betapa hancur hati ku, sebab dah tak dapat download “Appaeodiga” atau englishnya “Dad, Where Are We Going?”. Aku pun tak tau pasaipa tak dak. Last download sampai episod 71 ja. Itu pun godek-godek jumpa kat Dailymotion. Rindu plak nak tengok Bin,Hoo, Min Yul,Ri Hwan dan semua la senang cakap.

Masalah aku tak tau pasai pa IDM aku tak update aku tak boleh download video kat Dailymotion. Maka dengan itu, aku pun menggodek-godek bertanyakan en. Google. Dan sudah pastilah en. Google membantu aku. Berani dia tak tolong aku!

Sebenaqnya ada macam-macam cara tapi ambik cara yang mudah je. Mudah untuk aku. Aku nak share macam mana nak download video dari Dailymotion. Perkara pertama, wajb la ada browser or enjin pencari Firefox ye. Kalau tak dak, install la ye.

Kemudian cari ja kat en. Google taip je lebih kurang ‘download dailymotion videos using firefox’. Senang sikit buat cara ni sebab nak cari kat add on tu banyak sangat.

Bila dah keluar paparan tu, klik jewww kat add to firefox.

Kemudian klik ja install now.
Dah install restart ja

Nak tau ada ke tidak, klik kat add-on tu.

Macam mana nak download? Ok, bila buka Dailymotion, nampak button download tu, klik dan dia akan papar kita nak saiz apa video tu, kalau tak dak klik download ja la. 

Selamat berkongsi!!

The Heirs Korean Drama

Assalamualaikum.. uit..

Hari tu aku dok dengaq la ramai sangat la orang dok seronok tengok The Heirs ni. Si Wafa pun dok cerita lagu seronok sungguh la cerita ni. Tapi aku,.........

Pandang sepi ja cerita ni Mai plak adik-adik aku dok habaq kata best. Bukan apa, aku sangka ni crita stail budak-budak sekolah. Yo la, sejak umuq koi meningkat ni, cerita budak sekolah tak berapa minat nak layan. Tak pa la, maka cucuk x hdd, layannnn....

photo sumber google
Bermula la episod suka duka bersama Kim Tan... (melting)

Melting tak kawan-kawan tengok jejaka-jejaka kacak ini (photo sumber fanpop)

Cerita mengisahkan tentang Kim Tan (Lee Min Ho) adalah jejaka yang kacak bergaya dan bonusnya dia datang dari keluarga berada.Tapi dia dihantar untuk tinggal di Amerika adalah kerana si abang Kim Won (Choi Jun Hyuk) tak dapat menerima Kin Tan sebagai adik sebab Kim Tan adalah anak luar nikah. Sewaktu di Amerika ni lah dia berkenalan dengan Cha Eun Sang (Park Shin Hye) yang tengah mencari kakak dia kononnya nak kawin. Cha Eun Sang pula adalah anak orang gaji di rumah Kin Tan.

Dalam keadaan tidak sedar rupanya depa jatuh cinta. Jeng..jeng..jeng..  Kat sini macam-macam konflik terjadi sebab cinta antara dua darjat ni tak dapat restu bapaknya si KimTan ni. Dan dalam masa yang sama Kim Tan ni pun dah bertunang sebarnya dengan Rachel Yoo.

Sedar tak sedar bekas sahabat baik Kim Tan, Choi Young Do (Kim Woo Bin) pun dah jatuh hati dengan Cha Eun Sang. Tapi kesian kat Young Do, sebab cinta dia tak berbalas.

Alamak banyak sangat watak dalam ni, kalau nak tau kena tengok. Tapi aku yakin ramai yang dah tengok, dan aku adalah antara orang yang lewat layan drama ni.

Part yang aku suka part Chan Young (Kang Min Hyuk) dengan Lee Bo Na (Krystal). Lawak! Especially Lee Bo Na memang watak dia menjadi part gedik tu. Yang sedihnya kat Young Do la. Jadi mangsa keadaan.

Sikit-sikit sudah la. Layan video kat bawah.

Video belakang tabir

Layan trailer sikit

Video sumber Dramafever

49 Days Korean Drama

Assalamualaikum..  uit!!
 Nak share cerita ni dah lama, tapi tak berkesempatan. Cerita ni tahun 2011 punya dah best layan. Mesti ada yang dah tengok.

sumber photo google

Nak share sinopsis sikit.

Cerita ni mengisahkan Ji- Hyun ( Nam Gyu- Ri) yang terlibat dalam kemalangan. Tiba-tiba dia terpandang dirinya sendiri  terlantar selepas kemalangan tu. Semua orang kat situ tak nampak si Ji Hyun kecuali lelaki bermotosikal ( Jung Il- Woo ) saja yang nampak. Lelaki tu adalah Sceduler .(konon-kononnya la dalam cerita ni) Sceduler bagitau Ji- Hyun kalau dia nak hidup balik, dia kena pastikan tiga orang ( selain ahli keluarga ) menangis dengan hati yag ikhlas dalam tempoh 49 hari. Jika berjaya, dia akan akan terjaga dari koma dan dia boleh hidup lagi. Dia hanya terfikirkan tunang dan dua sahabat baiknya saja.
Untuk 49 hari seterusnya, Ji- Hyun menggunakan badan Lee- Kyung (Lee Yo –Won) dalam usahanya untuk mencari tiga oang tersebut . Kemudian untuk meneruskan kehidupan itu jugak, Ji- Hyun bekerja  di restoran milik rakannya, Han Kang. (Jo Hyun- Jae )

Kisah sebenar  yang menyebabkan kemalangan tu adalah kerana  Ji- Hyun ternampak  kawan baik dan tunangnya berdua-duaan.  

Ending cerita ni memang tak di sangka. Kalau nak tau tengok ok. :)


Emergency Couple Korean Drama

Assalamualaikum..hello..


Sekarang ni tengah syok layan cerita Emergency Couple. Kalau sesapa peminat Song Ji Hyo mesti layan cerita ni. Choi Jin Hyuk ni pulak pernah berlakon dalam The Heirs dengan Park Shin Hye dan Lee Min Ho. Tapi Choi Jin hyuk dalam cerita ni sangat berlainan berbanding dalam The Heirs. So wajib tonton kepada peminat Jin Hyuk! : D


Mai nak cerita sikit sinopsis.

Oh Jin-Hee (Song Ji-Hyo) adalah seorang dietitian. Dia kemudian bertemu Oh Chang-Min (Choi Jin-Hyuk), pelajar perubatan dan mereka jatuh cinta. Namun cinta mereka dihalang oleh keluarga Chang Min. Ya la, Chang Min ni kan orang kaya tambahan family dia semuanya doctor. Walaupun mendapat tentangan yang kuat Jin-Hee dan Chang-Min tetap mengambil keputusan untuk berkahwin. Selepas dah kawin, Chang-Min berhenti  dari latihan perubatan dan mula bekerja sebagai jurujual farmaseutikal. Kehidupan perkahwinan mereka tak seindah yag diimpikan. Dan mereka bercerai.
Selepas perceraian mereka, Jin-Hee menyambung pelajaran dalam bidang kedoktoran. Chang-Min juga lulus dari sekolah perubatan dan mula bekerja sebagai pelatih. Satu hari, mereka bertemu di sebuah hospital di mana kedua-dua mereka akan bekerja bersama-sama.


Jeng, jeng, jeng‼
Apa yang bakal terjadi bila kedua-dua mereka bertemu? Hehe.. La ni dah sampai episod 15. Tak sabaq tunggu episode seterusnya.




#Komen dari AllKPOP mengenai Emergency Couple yang Daebak!!
#Photo sumber google



Miss Pilot Japanese Drama

Assalamualaikum. Uit!!

photo asianwiki


Miss Pilot. Ada sesapa nak jadi pilot? Boleh la tengok drama ni. Best tau.  

Cerita ni  berkisar mengenai Tezuka yang masih dok cari keja dan bila ada iklan jawatan pilot kat ANA, terus dia apply. Dan akhirnya dia berjaya dalam temuduga. Bermula la sesi suka duka dalam training nak jadi pilot tu. Dari seorang yang tak pernah mengimpikan nak jadi pilot, malah kapal terbang pun tak pernah naik (dalam cerita tu la) kemudian dapat jadi pilot! Memang awesome!! Berharap sangat ada SP nanti.