Saigon City Vietnam (Part 4)

Assalamualaikum.. ollaaa...

Bila nak habis entah cerita ni. hahah..Okey, sambung

Lepas tu kami gerak p makan. Perut pun dah nyanyi lagu Tok Ti dah. hahaha..ting..ting ting..




Lauk pauk untuk makan tengah hari tu macam makan kat rumah ja. Kenyang dan berasa. hihi..

Add caption
Add caption
Sebelum aku p Ho Chi Minh ni, aku rasa mungkin kota Ho Chi Minh ni biashe-biashe je. Tapi bila dah duduk sehari, aku rasa okey, banyak yang lain dari kotak fikiran aku. Sebab setahu aku, Vietnam dulukan berperang Viet Kong apa ntah.
Add caption

Ni kedai yang kami p makan. Ramai orang Malaysia mai makan kat sini.

Sudah makan, gerak balik ke hotel la. Petang ni aktiviti bebas. Sepanajang perjalanan, aku lena ja la. hahaha.. Dah makan kenyang, mesti la lena.  

Balik bilik rest, siap-siap keluaq lagi.  Malam ni ada aktiviti naik cruise. River cruise ni mulanya tak termasuk dalam pakej. Dah dibagitau tu, grab sokmo la.

Tak silap pukul 7 Mail dah mai tunggu. So gerak la ke Sungai Saigon. Tak sah la kalau ke Ho Chi Minh ni tak try naik Cruisekan.
Naik cruise ni, dia akan bawak kita pusing-pusing Sungai Saigon. Sambil tu boleh la menikmati keindahan malam di Kota Saigon. Cantik jugak malam bila atas kapal ni (taktau la describe bot ka kapal, hihi)





Atas kapal ni ada sediakan sekali makan malam. Tapi kami tak ambil la. Cuma minum air kelapa ja. Lepas tu menikmati malam di Kota Saigon ni. Memang nampak cantik la dengan lampu-lampu tu. Aku tak bajet langsung Kota Ho Chi Minh ni agak membangun macam ni. Masih ada lagi yang mundur, tapi tetap ada pembangunannya.

Aku ni siap bawak tripod lagi, sekali orang ramai macam semut kat tepi kapal. Cancel la. So, aku ambil peluang lepak sorang-sorang sambil tengok suasana malam and sambil tengok gelagat orang, hihihi..

Selama sejam tu, akan ada jugak persembahan nyanyian tapi kat dek kelas atasan la, hahaha.. Nak tengok boleh la naik. Aku lebih suka tengok langit hitam lagi, hahaha



Dah selesai selama sejam di dalam air, naik kedarat untuk mencari makan malam. Malam kami makan kat Musa Kariem Halal Restaurant. Selamanya la kami makan kat situ, hihihi..



Sudah makan macam biasa, kami berjalan-jalan. Nak kata aku shopping tak la pun. Saja jalan-jalan malam tengok suasana malam kat sini. Dah bosan and selesai shopping, balik bilik. 

Esok pagi, bangun mandi siap-siap, p makan kat belakang masjid lagi. hihihi, semalam aku request kat Mail, saja nak rasa makan tepi jalan macam tu. Nasib baik ahli-ahli jemaah okey ja, follow makan kat situ. hihi..



 Aktiviti untuk hari ni memang kebanyakkannya shopping la. Walaupun hari pertama dah tengok duck, nelofar, ariani, bokita la, tapi hari ni kita akan p kedai lain pulak.



Tadaa... shopping laa...


 Tudiaaa, pilih-pilih.. Aku cuma beli 3 helai sahaja tudung-tudung tersebut. Percaya tak? Percayalah, sebab aku kureng pakai tudung kain licin ni.
  Nah, telekung plak..
  Rancak maksu aku memilih, aku jadi assistant, tukang pilih lagi mana yang maksu aku dah pilih, hahha
Time kami dok pilih ni pun, ada makcik and kakak-kakak lain dok beli tudung mak ai, punya la banyak, mungkin bisnes kot. Kami beli sekadar aja, maksu aku beli untuk ipar duai dia la.
Lepas tu kami gerak kat  kedai  telekung Siti Khadijah pulak. Nelofar pun ada jugak.




Bila sampai, tengok macam rumah ja. Tapi masuk dalam penuh kain jual. Ramai ja rakyat Malaysia kat sini. Aku lupa nak ambil gambar kain telekung kat sini. Ada dari murah, sampai la mahal.

Maksu aku beli untuk kawan dia yang pesan, aku ambil jugak untuk kawan yang pesan and family. Gang yang tak shopping, rest minum kopi kat cafe hispter depan tu. huhuhu, tak sempat nak join.

Lepas tu gerak ke kedai lain pulak. Dekat area situ jugak.

Bag pulakkk.. hahaha.. Tapi kami tak beli apa pun kat sini. Maksu aku cuma beli alas meja ja.



Memang banyak sungguh bag dia. Boleh pilih yang berkenan. Tak dak la plak bag-bag pelik yang aku berkenan.

Lepas tu kami gerak ke Hard Rock pulak. Dah masuk dalam iti, so jalan ja la. Aku bukan la peminat pun, tapi no hal, just go and feel it,hahah!!


Pakcik ni suka hati langgaq aku, sabor je la, jalan luas sebesaq-besaq alam, takkan la nak rempuh aku, huh!!





 Aku just jalan-jalan ambil gambar ja.

Lepas tu kami gerak ke Post Office Ho Chi Minh. Nak ke post office tu, Kami melalui satu jalan ni. Jalan ni penuh dengan buku dan cafe hipster gitu. Ala-ala setabak gitu. Nampak memang best. Suasana open pulak. Dah macam kat Korea pulak aku rasa. Hahaha








Memang menarik la bagi aku. Kebanyakkan buku bahasa Vietnam la. Ada jugak buku English. Selain tu ada jugak jual buku tulis dengan kulit yang cantik la. Tapi memang best la kat sini. Tapi tak boleh lama, nak kelain lagikan.


Okey, aku sambung nanti plak part seterusnya. Time balik ada cerita menarik nak dikongsi. Agak tragis, tapi ingat balik, lawak.hahaha..

8 comments:

  1. barangan hard rock harganya dalam range berapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak, mintak maaf, saya betul-betul tak ingat, tengok ja tak beli, so tengok sepintas lalu ja la. sorry...

      Delete
  2. paling tertarik yang telekong dan beg2 tu.. colourful hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa yes, betul tu, tengok bag dia, dengan warna tu, yaampun, menarik sungguh, tapi tak beli la plak, hihihi

      Delete
  3. kirim telekung Vietnam kat member, member cakap telekung Vietnam dah tak wujud. yg ada telekung SK dan seangkatan dengannya je

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'a, memang pun, bukan main sekarang, telekung pun sk la, neelofar la, harga okey lagi, mampu milik..hihi

      Delete
  4. Boleh Kasi nama kedai yg awak shopping? 🙂 0199046103

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ingat sangat sebab main terjah ja. yang lain tu ada gambar saya ambil dalam blog ni, hihihi

      Delete