Showing posts with label filem. Show all posts
Showing posts with label filem. Show all posts

Kim Ji Young born 1982

 Assalamualaikum.. haii.. 

Aku dah tengok filem Kim Ji Young born 1982 ni. Best. Filem ni asal adalah dari novel yang menggunakan tajuk yang sama. Sebab tengok adalah kerana ada Gong Yoo. The point asalnya. hihihi..



 

Cerita mengisahkan mengenai Kim Ji Young (Jung Yu Mi) seorang perempuan biasa, macam perempuan-perempuan lain jugak, yang bekerja di PR Agensi. Dia berkahwin dengan Jung Dae Hyun (Gong Yoo) dan mempunyai seorang anak.

 Dia berhenti kerja sebab nak besarkan anak dia. Dalam dia tak sedar, sebenarnya dia sakit. Kadang dia akan bercakap macam dia adalah mak dia, and kadang dia akan bahasakan dia nenek dia yang dah lama mati tu. 


 

Sampai la mak mertua dia tau. Husband dia mintak untuk p jumpa pakar. Tapi Ji Young ni tak percaya. Dia rasa dia tak sakit. Sebenarnya, dia mungkin dah mengalami tekanan sebab keadaan sekeliling. 

Dia study sampai ijazah, tapi terpaksa bekorban cita-cita dia demi untuk uruskan rumahtangga. Keadaan family mertua dia  mungkin salah satu. 

Cerita ni bagi aku keadaan yang berlau dalam kehidupan kita. Dalam rumahtangga, dalam bekerja. Aku respect husband dia, still bantu Ji Young ni, sampai menganggap sebabkan kahwin dengan dia, Ji Young ni sakit. 

Aku tak mau la komen lebih-lebih, aku tak kahwin lagi, hahahah... tapi best la cerita ni. Memang patut tengok.

Okay Madam

 Assalamulaikum.. aip...

Sambung layan cerita Korea lagi yeww..hahaha..

 

Hari tu tengah scroll fb, tetiba tertengok short video pasal filem Okay Madam. Best jugak, lawak. Aku pun apa lagi, search la, hahahahah... tapi dapat sub Indonesia ja. Boleh la dari tak dak.

 


Cerita ni mengisahkan pasal Mi Young (Uhm Jung Hwa) yang dapat tiket menang untuk ke Hawaii. Husband dia Seok Hwan (Park Song Woong) ni cuma juruteknik komputer ja and Mi Young ni bukak kedai jual makanan kecik-kecik ja, so tak la senang sangat nak terbang p Hawaii pun. Tapi sebab anak depa, depa p jugak.

Kat sini la bermula kejadian yang tidak dingini. Rupanya, Mi Young ni dulu adalah bekas ejen risikan Korea Utara, manakala suami dia pulak, bekas ejen NIS iaitu Korea Selatan. hahaha.. 

Bagi aku cerita ni best, kalau nak tengok dengan budak-budak pun okey, ada action skit, best la.




Filem Korea Forgotten

Assalamualaikum, aii,,

Aku baru layan filem Forgotten. Filem Korea ni. Best jugak.  Lakonan dari Kang Ha Neul.

Cerita macam mana bila hang tersedar yang family hang lain macam. Maksudnya hang rasa ada sesuatu yang tersembunyi. Rupanya...jeng..jeng..jeng... tengok ja la.haah











Aku suka layan cerita-cerita macam ni, macam mencabar akal fikiran ja. Hampa nak tau hampa cari la filem ni. Lama dah cerita ni 2017 tak salah.

Ada Apa Dengan Cinta 2014 (Line)

Assalamualaikum.. Untuk peminat AADC ikuti sambungan AADC 2014. Nak tau kisah selanjutnya, jom tengok..

 (Perasaan bila nonton video ni sama macam 10 tahun lepas walaupun berdurasi lebih kurang 10 minit ja.. )


 Adalah cinta yang mengubah jalannya waktu.
Karena cinta, waktu terbagi dua
Denganmu dan rindu untuk membalik masa

Cinta I Waktu tidak pernah berjalan mundur
Dan hari tidak pernah terulang
Tetapi pagi selalu menawarkan cerita yang baru

Rangga I Detik tidak pernah melangkah mundur tapi kertas putih itu selalu ada

Filem Phee Mak Phraknong





Aku nak share pasal filem Thai yang kompom la hampa tengok hampa gelak.

Kisah berkenaan dengan Mak yang p berperang dan terpaksa meninggalkan isteri tercinta (Nak ) yang tengah sarat mengandung. Bila perang tamat, Mak ni dengan baik hatinya ajak la kekawan dia p kampung dia dah kekonon nak tunjuk isteri dia yang cantik jelita tu. Tapi dia tak tau lagi yang isteri dia tu sebenaqnya dah mati.


Bila dah sampai kat kampong bermula la adegan yang mencuit hati. Kalau nak tau lebih lanjut, sila tengok ye sebab rugi kalau tak tengok.