Okay Madam

 Assalamulaikum.. aip...

Sambung layan cerita Korea lagi yeww..hahaha..

 

Hari tu tengah scroll fb, tetiba tertengok short video pasal filem Okay Madam. Best jugak, lawak. Aku pun apa lagi, search la, hahahahah... tapi dapat sub Indonesia ja. Boleh la dari tak dak.

 


Cerita ni mengisahkan pasal Mi Young (Uhm Jung Hwa) yang dapat tiket menang untuk ke Hawaii. Husband dia Seok Hwan (Park Song Woong) ni cuma juruteknik komputer ja and Mi Young ni bukak kedai jual makanan kecik-kecik ja, so tak la senang sangat nak terbang p Hawaii pun. Tapi sebab anak depa, depa p jugak.

Kat sini la bermula kejadian yang tidak dingini. Rupanya, Mi Young ni dulu adalah bekas ejen risikan Korea Utara, manakala suami dia pulak, bekas ejen NIS iaitu Korea Selatan. hahaha.. 

Bagi aku cerita ni best, kalau nak tengok dengan budak-budak pun okey, ada action skit, best la.




No comments:

Post a Comment