Menara Alor Setar, Kedah

Assalamualaikum..uitt..

Selamat berpuasa semua.

Aku nak habiskan cerita-cerita yang masih tersimpan dalam memori aku ni sebelum aku lupa. Ni pun dah koi lupa.

Tahun 2016, aku dengan gang #ftchingu aku bercuti kat Alor Setar. Dekat ja weh, tanah tumpah darah tercinta. Tapi banyak ja tempat yang tak sampai lagi. huhu..

Aku rasa aku tak payah cerita banyak la, sebab memori pun tak banyak ingat. hehe..

Menara Alor Setar.Tau tak? Tak tau baca ni.


Menara Alor Star ialah menara yang berketinggian 165.5 meter di Alor Setar, Kedah, Malaysia. Ia dibina untuk Telekom Malaysia yang menelan kos RM40 juta.

Menara Alor Setar yang terletak di Alor Setar ini merupakan salah satu tumpuan para pelancong di Kedah. Menara Alor Setar merupakan salah satu mercu tanda yang terkenal di Alor Setar, yang tersergam di kaki langit bandar setinggi 165.5 meter. Menara perhubungan ini merupakan yang ke-19 tertinggi di dunia, dan bangunan tertinggi di Alor Setar. Pemandangan di seluruh Alor Setar dapat dilihat di atas menara ini.

Ia berkhidmat sebagai menara telekomunikasi, ia juga bertindak sebagai destinasi pelancongan di bandar. Di dalam menara ini, pelawat dapat melihat pemandangan Bandaraya Alor Setar dan juga dikelilingi banyak restoran dan kedai cenderamata. Menara ini juga digunakan sebagai balai cerap untuk melihat bentuk bulan ketika permulaan kalendar Islam iaitu pada bulan Ramadhan, Syawal, dan Zulhijjah, untuk menyambut bulan Ramadhan, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.

Balai cerap terletak pada ketinggian 88 meter dari tapak struktur. Menara Alor Setar memiliki reka bentuk menyerupai setangkai padi yang diikat bersama sebagai penghormatan kepada kepentingan penanaman padi di Kedah.

Tidak jauh dari Menara Alor Setar terdapat bangunan tumpuan pelancong lain seperti Galeri Sultan Abdul Halim, Balai Nobat, Balai Besar, Masjid Zahir, Balai Seni Negeri, Pekan Rabu, dan Rumah Merdeka.

Sumber di atas dari wikipedia



Sebelum masuk, beli tiket kat sini dulu
Ni harga tiket. Nanti mungkin dah lain sebab dah tak dak GST ;) Tapi aku rasa dah naik sekarang.

Dah beli tiket, naik lift k. Time kami pergi sini, macam tengah renovation.

Betoi-betoi sebelah ja dengan Aman Sentral
Kalau orang jenis gayat, mesti dah serem ni
Menara Alor Setar ni tak la setinggi Menara Kuala Lumpur. Sebab tu dia cuma letak besi-besi ja. Tapi safety la. Jangn risau.

Nampak berisi aku time ni
Ha,dia macam tu ja letak besi penghadang. Ada cermin kat atas tu. Tak la takut sangat.

Ada teropong kalau nak tengok Bandaraya Alor Setar ni



Kat atas ni ada la kedai jual barang cederamata. So kalau berminat boleh beli. Kat atas ni pun ada restoran berputar. Tapi masa kami p, tutup.


Kat bawah tu ada la pameran pasal jenis-jenis telefon.

Aku pernah tengok telefon ni waktu duduk kem dulu


Ni telefon syiling ni

oo.. ni penerangan kat telefon atas

Yang tulis kat situ "peralatan yang digunakan dari tahun 1940an hingga kini"
Menda alah kat atas ni "di gunakan di stesen keretapi, di mana ketua stesen akan memasukkan kunci yang di bawa pemandu tren untuk menerukan perjalanan" , itu apa yang tertulis kat situ la.

Besar giler weh

Lepas tu berat pulak


Yang tu saja aku sempat ambil. Kat mana Menara Alor Setar ni?



 
Nin dia maps untuk nak ke sana 


Ni aku godek jumpa harga tiket sekarang. 

Sumber Page Menara Alor Setar
 Kalau nak tau lebih lanjut boleh la ke Website Menara Alor Setar. Boleh search maklumat dan aktiviti terkini.



No comments:

Post a Comment