Gunung Kinabalu Sabah 7

Assalamualaikum..aii..

Hari ke 3 ni, lepas subuh Wafa dah excited nak tengok kinabalu. Aku pun bangun tengok Aq and Wafa dok ready dengan hp memasing nak ambik gambaq. Time ni dia tengah sembunyi lagi. 










Bila Nampak, masing-masing dah teruja.


Best tengok rumah-rumah ni

Masuk bilik mandi, kemas barang, sedia nak p breakfast. Tempatnya adalah kedai makan semalam. Lupa nama kedai makan. Heeee

Sambil makan ambil ambik gambaq, sorry la, ada kawan-kawan kaki selfie macam ni la. Bertuah ceq tau…


Breakfast sambil ditemana Kinabalu
Kemudian tempat pertama yang kami p wajiblah Kinabalu Park. Bayaran masuk wa tak ingat beb, RM 3 kot.. huhu..



Mula Pendakian

Check point pertama untuk pendaki

Kami naik sampai pintu masuk.  Kami sampai pagi, tak dak la orang sangat. Cuma ramai pendaki yang nak naik tu je la. Waktu tu, sempat la tanya naik sampai mana sebab setahu kami tak boleh sampai atas lagi. Rupanya naik sampai Laban Rata ja. Tapi dah nak bukak untuk laluan baru dah waktu kami p tu.


Nampak la paip-paip ayaq yang keluaq dari bawah tanah. Sama macam kat bilik kami tu kesan dari earthquake dulu. (Rasa macam ambil gambar, tapi tak dak la plak)






 Jangan lupa singgah beli ole-ole kat sini. Ada 2 kedai souvenir, satu kat atas, satu kat pintu masuk kat bawah tu. Kami p riki kat dua-dua kedai.


Waktu dah turun baru ambil gambar. Kat atas tu boleh beli ole
Banyak gambar sebenarnya, tapi rasanya cukup la letak sikit ja kat sini. Kang ada muntah hijau pulak, hehe..

Macam mana nak ke sini?






Selesai 1 checkpoint, terus ke checkpoint seterusnya iaitu shopping kat pasar kat Pekan Nabalu. Selalu orang datang sini, mesti singgah pasar kat Pekan Nabalu untuk shopping. 

Kat sini tak ambil gambar la pulak. Aku beli keychain, baju semua la kat sini. Murah lagi dari tempat lain. 

Cukup dulu, nanti aku sambung lain.






Nota kaki: Entry ni dah lama dalam draft, mohon bertabah kat diri sendiri baru nak update. Aku akan sambung entry seterusnya kami ke Pekan Tamparuli.  Kalau nak baca yang lepas boleh p kat labels sebelah kanan and klik sabah ye kekawan. Kat situ ada entry lama pasal sabah. ;)

No comments:

Post a Comment