Cuti kat Melaka lagi (Part 3)

Assalamualaikum. Sambung lagi weh kat Melaka. Aku cerita sampai hampa muntah cerita basi ni.

Pagi tu bangun, tak ingat la breakfast kat mana. Serius, breakfast ke idok ha? hmmm

Tapi tempat kami p mula-mula Muzium Samudera. Dulu aku mai, tak sempat masuk. Sebab ramai sangat. Malas la nak berebut-berebut. So kali ni, sempat la masuk. Best jugak.Bayaran masuk aku tak ingat, hahah.. Tapi yang pasti, masuk kat sini, free untuk masuk kat muzium satu lagi tu, tak salah muzium TLDM kot, hahah. Sumpah lupa. Nanti aku tempek gambar ja la.



Besaqkan kapal ni. Kapal ni replika dari Kapal Flor De La Mar iaitu kapal Portugis yang datang menjajah Melaka dulu. Kapal ni di bina di Lisbon. Kalau baca pasal sejarah Uthamaniah, Lisbon ni dulu salah satu tanah jajahan Empayar Uthmaniah. Dulu Lisbon ni, memang terkenal tempat pembuatan kapal-kapal terbaik. Lisbon ni jugak adalah tempat kelahiran Hyraddin Barbarossa.

Tapi disebabkan ketamakan manusia-manusia yang menjajah Kota Melaka ni, maka kapal ni tengelam kat Selat Melaka. Waktu tengelam tu, ada berjenis-jenis barang berharga yang di rampas untuk di bawa balik kat Raja Portugis. Sampai sekarang, masih menjadi misteri sebab tak jumpa kapal ni.

Tu la, tamak sangat. Kan dah tak boleh balik.

Dalam kapal








Lepas tu kami gerak ke satu lagi muzium. Muzium TLDM kot. Lupa dah la.Tu, tengok gambaq kat atas tu, yang belah kiri tu.







Lepas tu, kami berjalan cari nak p Menara Taming Sari. Waktu kami p, weekday, so tak ramai sangat. Itu yang best. Kami berjalan ambik jalan short cut sebab semalam naik beca dapat agak sikit-sikit jalan tu. Tapi agak penat la, sebab 2 hari dah kami berjalan ja. Memang habis la lemak-lemak tu.

Bayangkan la panas lit lit kami jalan. Perghh.. Letih jugak la. Tapi bestt..

Tadaaaa




Pemandangan dari atas. Memang best rasa rilex ja sebab tak ramaikan. So rasa lega la. Time aku p lupa la berapa masuk, hehe..

BUKAN WARGANEGARA

WARGANEGARA
DEWASA
RM 21.80

RM 16.10

KANAK-KANAK
RM 14.20

RM 10.45 (Bawah 12 Tahun)


Ni rate harga terkini yang aku skodeng kat Menara Tamingsari homepage kalau nak tau lebih lanjut.
Lepas tu p makan. Makan kat area kedai depan-depan menara tu. Area-area tu la, tak tau nak habaq lagu mana. Nak jadi cerita, makan kat situ, tetiba rasa nak termuntah. Dia punya asam pedas feel macam sesuatu. Entah la. tapi aku tahankan saja la.  Aku makan sikit ja la.
And then balik bilik, rest tunggu keluar petang sikit.


No comments:

Post a Comment