Mamee Jonker House (Part 4)

Assalamualaikum..haiii

Aku sambung lagi part Melaka tak habis lagi. 

Lepas balik bilik, buat apa-apa yang patut, kami gerak ke Mamee Jonker House kat Jonker Walk. Dulu, aku ingatkan Mamee ni produk luar negara la. Rupanya Malaysia punya la. hahaha..

Mamee Jonker House ni macam muzium la. Dia ada la cerita sejarah pasal Mamee Monster ni.

Bahagian depan pintu masuk

Hello everybody
part timer

Cantik decor dia






Selain dari dia cerita mengenai sejarah Mamee ni, ada Mamee Cafe dalam ni. Sebabkan kami dah makan, so kami tak dak la nak melantak kat sini. Mungkin kena repeat nanti kot. hehe.. 

Jangan lupa beli ole-ole dah mai sini. Aku lupa aku beli apa ntah kat sini. 



Ni maps kalau nak ke sana, Kami jalan kaki ja, sebab dekat sangat. hehehe

Lepas tu kami berjalan p bangunan merah. Jalan-jalan kat situ. Time ni dah tak larat. Tapi gagah jugak la. hahaha..


Lepas tu menapak naik atas ni. Kus semangat!!


Wafa tengah best, haha
Lepak kepenatan kat atas tu weh, boleh gegar tulang lutut naik atas tu.

Dalam tak larat tu, kami boleh lagi p berjalan p mall. Aku tak tau la mana dapat kuasa boleh berjalan ni. Aku lupa nama mall ni.


Lepas tu balik la.

Malam tu, kami keluaq makan dengan anak buah Wafa. Aku dah lupa nama tempat tu. Tapi dekat kawasan flat ja. 

Sementara tunggu orang mai, photo dulu, hehe

us!
Serius sedap ni, tak manis sangat, banana shake tak salah

sapa punya santapan ntah ni.
Serius lupa kedai makan tu nama apa. Kedai tu macam kedai hispter la. Kat flat ground floor. 

Balik tu kami p pusing-pusing ambik gambaq. YaAllah, tak tau la mai mana kekuatan berjalan tu. Mungkin sebab dah alang-alang mai, so jalan la kan. 





Tapi bila badan dah penat, gambaq pun tunggang senget la sikit. hehehe..

Penat lepas tu, balik lena. 

Esok kami akan tidoq dalam bas pulak.

Nota kaki: Aku amazed dengan diri aku dengan Wafa. Macam mana kami boleh berjalan sepanjang cuti ni. Gila!! Time tu tak terpikiaq plak, bila dah taip ni, baru nampak. Nasib dapat jenis boleh masuk, jenis jalan sikit penat dah, mampus. Bergaduh teruk pa. hahaha.. Tapi ada masa kita down jugak time berjalan ni. Nanti aku story time bila aku mood bengong. Maafla, aku bukan maksum.

0 Comments