, , ,

Kuala Lumpur pulak (The End)

Assalamualaikum, uit

Hari ni pagi-pagi bangun ready nak ke Melaka Sentral. Kami sewa teksi ja dari Bustel Klebang tu. Lupa dah. Mahal jugak, tapi tak pa la.

Bas kami Batu Berendam
Kami naik bus tak silap pukul 9.15am ka pukul 10am macam tu.


Dalam bus, membuta lagi la jawabnya. hehehe.. Sampai kat TBS tersilap naik train ke KLSentral. Sebab ingat nak cepat nak naik lrt ja tak payah tunggu lama. Tak pa la, boleh ja rehat tunggu trainkan. So, no hal. Tapi lama jugak la tunggu. hahaha..

Dah sampai KL Sentral, beli tiket kena ambil no pulak. Tunggu lagi. hahaha. tak pa la. Tunggu saja la. Sapa suruh tak beli siap-siapkan.;p Tiket kami pagi esok pukul 9 lebih tak salah. 

Time kami sampai ni pun, sebenaqnya, hotel pun tak tempah lagi. Makan dulu kat KL Sentral. Lepas tu search hotel. Ingat nak tempah pakai booking ja, lastly walk in ja. 

Lupa dah hotel apa, tapi dekat dengan LRT Masjid Jamek and dekat dengan Jalan TAR. Selesa sangat. Cuma toilet cermin dia, terang lagi jelas, hahaha

Tak ambik gambaq pulak dalam hotel, huhuhu


A different colour of KL




Petang kami p KLCC. Aku ni dah berapa kali p sini. hahah.. Saja la. Tak tau nak p mana. Nak p tempat lain, macam jauh sangat, dah tak larat.hehe..

KLCC




Merlin

Lepas tu kami p SOGO. Saja p buang masa. Time ni kaki pun dah sakit sebenaqnya. Memang rasa tough gila weh sebab berjalan ja. Balik ni kompom kejang kaki aku seminggu, hahaha..

Balik bilik, mandi lepas tu p 7e kat depan tu beli maggie. Malam tu makan maggie. Rindu keadaan macam ni. haha. Macam zaman study dulu. hehehe

Esok pagi bangun gerak p KL Sentral terus. Terus balik tanah air tercinta. Selamat sampai rumah petang.

Tamat sudah strory Melaka - Kuala Lumpur 2016

Kalau nak baca trip ni link kat bawah k ;)


Rumusan yang aku boleh taipkan kat sini, perjalanan yang best doh. Mencabar kaki aku, hahaha. Banyak berjalan kira macam excercise la. Sapa nak kurus boleh la, hehe.. Terima kasih untuk Wafa bagi gambar yang cantik, teman berjalan, teman layan time tin tong. hahaha.. Maaf ada salah silap time perjalanan ni.

Nota kaki: Maaf la, aku banyak lupa, sebab dah lamakan, baru nak tulis. Apa-apa boleh rojer kalau rindu by email ;)
Aku rasa part cerita basi dah habis. Mungkin aku rajin aku update cerita baru. Lepas ni, blog ni akan berkisar kehidupan peribadi pulak la kot. hehehe

Share:

No comments:

Post a Comment