, , ,

Percutian Duo ke Melaka dan Kuala Lumpur by ETS

Assalamualaikum..hai..

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua. Mood raya lagi ni. Semalam aku dah start kerja. Ada yang dah start puasa ganti or puasa 6 ka? ;)

Aku nak sambung entry tertangguh aku p Melaka and Kuala Lumpur (KL) dengan Wafa. Maaf la dah basi cerita ni, tahun 2016 lagi, hahahahah.. Tak pa, aku just nak share untuk pastikan blog aku ni always update.

Trip kali ni, aku p dengan Wafa ja. Lepas tengok Train to Busan, terus rasa semangat berkobar-kobar nak naik keretapi. (Lagi semangat nak p Korea, haha, insyaAllah, mimpi ;p) So kami naik ETS dari stesen Sungai Petani.

 Ready
Kami beli tiket kat kaunter. Lepas tu nak beli tiket balik kat KL ja, sebab macam belagak tak tau nak balik bila. hahah..
 
Overall seat dia keras sikit. Bersih la time aku naik tu. Kaki panjang macam aku, boleh lagi duduk seat tu. Toilet pun bersih. Goyang sikit-sikit tu biasa la. Kalau orang jenis tak tahan kot pening ka, better jangan ambik seat lawan arus. 

Nak makan, boleh beli ja. Harga standard la. Tapi nak makan, jangan kedekut.

Tak dak kerja
Breakfast aku, sedap jugak


Dah macam train to Busan dak, hehe
Sepanjang perjalanan

Tak ingat stesen mana
Aku tak ingat berapa harga tiket aku beli dulu. Kalau nak tau boleh skodeng kat harga tiket ni ye.

Nak tau jadual ETS? Try tengok sini.

Source KTM
Tak salah, aku bertolak pukul 10 pagi. Dan tak ingat sampai pukul berapa. hahaha.. 

Tapi sampai ja kat KL Sentral, teruih rushing ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Sebabnya, kami akan ambik bas ke Melaka. 

Oleh itu, aku pilih naik LRT dari naik KTM walaupun ada KTM direct ke TBS. KTM biasa la, ramai, lepas tu lambat pulak. Berjanggut la nak tunggu. 

So, kami pilih naik LRT Kelana Jaya turun kat Masjid Jamek. Dari Masjid Jamek amik pulak LRT Sri Petaling. Walaupun kena menapak sikit, tapi puas hati. Tapi better dari dulu time aku duduk sana. Kena keluar and lintas jalan.

Sampai kat TBS, tercangak-cangak nak beli tiket bas. Kaunter banyak sangat. Tanya-tanya, rupanya, boleh ja beli mana-mana kaunter sebab semua kaunter jual tiket bus yang sama. Kan dia pakai satu sistem. Bravolah!! Puas hati tengok TBS. Besar and bersih.

Beli tiket tunggu nak naik bas saja la. Dah naik bas, apa lagi, lena la kami dua orang. hahah.. 

Nanti aku sambung lagi.
Share:

No comments:

Post a Comment