Kami berjalan-jalan la lagi kat area Myeondong tu. Memang best la jugak, and besar tempat tu. Paling penting ramai ja orang Malaysia kat sini.
ada orang pesan casing phone, memang cantik-cantik jugak |
kalau tak nak beli ni, tapi cancel |
Dah lama kami jalan, perut rasa bernyanyi dah la. Kami decide nak makan kat Resto Kampungku. Bukak naver cari. Walapun dah dekat, tapi masih kompius nak jalan cari. Sebab tu kami cari pakai apps maps ja.
nampak tak dah closed |
Aku jalan selangkah, Muna mai dok bisik kat aku. Tanya hang nampak dak artis. Aku cakap mana. Pusing belakang, yang pakai mask tu, Muna cakap. Aku pusing la belakang, tengok ada sorang pakai mask, and bila kami bertentang mata (eceeewaaaah ayat, hahahahah) aku tengok mata tu, aku dah boleh agak mamat ni. Pelakon. Tapi aku lupa nama apa. Apa lagi Muna, gelak tak ingat la. hahahaha..
Masuk ja dalam kedai, aku search la nama mamat tu, hilang dalam proses weh tak ingat nama dia, sekali baru keluar nama Azrel Ismail, hahahaha... Bila dah ingat nama, ayat Muna, ala, artis suam-suam ja tu,....hahahaha.. kuangasam Muna, hahahaha...
Maka kami bershopping la dalam kedai tu, beli la apa-apa yang patut. Settle beli, p pulak resto tu, saja nak cuba nasib. Sekali Muna tanya, boleh masuk sebab ada kosong, yezzaa... Alhamdulillah. Mesti la perasaan best sangat time tu. Order mesti makanan korea okess, huahuahau...
apa nama entah aku order ni |
Dan time ni la kenal-kenal dengan adik-adik Malaysia kat Kampungku. Lawan hp p20 dengan P30 pulak dah.. haru sungguh.. hahaha
Muna di terangi Nur, alhamdulillah..hahah |
Licin wehh.. |
Selesai makan, maka jalan-jalan and bergerak balik la. Jauh jugak nak jalan, tapi suasana sejuk so tak rasa sangat la nak jalan tu.
Sampai mandi siap tidur la, apa lagikan.
Keesokan harinya, pagi-pagi dah siap. Tempat kami nak p hari ni, mesti la Starfield Library. Yihaaa... Dari hostel kami amik subway station Chungmuro. Hostel aku dekat sangat dengan stesen ni. Bermula la kesesatan kami. Tapi bukan la sesat, cuma bila search jadi blur tengok maps naver ni. Alhamdulillah, ada ja orang yang sudi membantu. Aku dah lupa stesen mana, ada ahjushi ni habaq kat kami stesen yang paling mudah nak p. Library ni kat Gangnam tempat gang orang ade-ade tu. Stesen paling mudah nak sampai adalah Samseong Station and kena exit 6. Kat sini jugak ada SM Town company yang urus dak-dak K-Pop tu. Aku tak tau sangat, tau pun sebab baca la. Orang cakap lagi, sapa nasib baik, leh la jumpa artis-artis bawah SM Town ni. Muna sebab dia gang army, so dia buat dek ja la. Cuba kalau artis tu duk kat sini, nisbah aku nak kena stay dengan dia kat situ tinggi weh aku rasa, hahahaha...
Lepas tu sampai, kami mencekik dulu biskut. Lapor kot sebab banyak fikir tadi baca maps lagi, sembang dengan ahjushi lagi, struggle untuk aku tu. Sudah berkudap, jalan masuk, jumpa la. Apa lagi, berphoto la. Salah satu tempat yang memang spot aku nak p as a peminat buku.
Ramai jugak. Pusing-pusing, tengok buku, naik atas plak amik gambar. Kami sampai kat sini pun dah dekat pukul 1pm. Bila jalan sendiri tak amik guide ni, possibility nak sesat tu tinggi la. Tapi jimat la. But it's okey.
poyo ja lebih, huahuhuahua... |
makcik tu tak reti-reti nak ketepi, aku nak amik gambar time ni, huhu |
Kemudian dari library kami akan bergerak ke I Seoul U. Yang ni dekat sungai Han. Kami kena cari yang ada tulis I Seoul U, and jumpa la, kat Yeouido Hangang Park. Perjalanan ke sini, kami gerak guna subway. Yang lawak, kami salah turun stesen. Kami turun awal satu stesen. hahahaah. bijak dak kawan-kawan...huahuahuahua... Maka dengan itu, Muna membuat keputusan, untuk kami berjalan sahaja. Menapak la kami tengok maps. Jumpa GS25, kami lepak dulu makan, minum, lepak tengok orang.
Lepas tu sambung berjalan lagi. Boleh tahan jugak la kami menapak, hahaha, tapi as well, sejuk angin, tak rasa sangat la. Finally, sampai jugak kami. Time tu rasa, seronoknya. hihihih...
Kat sini boleh nak sewa basikal nak pusing-pusing taman ka. Nak piknik pun boleh.
Lepas tu sempat la lepak tengok sungai Han. Tengok budak-budak dok nyanyi bagai. Kami sampai time tu pun dah pukul 4pm.
And then kami nak gerak ke tempat seterusnya. Kami kompius nak ke Ehwa Woman University or nak p Itaewon. Search maps subway, mana mudah lagi nak p and mana penting lagi. Selepas meeting seminit dua, kami decide p Itaewon. Terpaksa skip Ehwa Woman University. Sebab rugi kalau tak p masjid kat Itaewon tu. Bergerak la kami ke Itaewon.
Dalam masa yang sama dok rancang nak makan kat Itaewon dah mudah nak cari halal food. Kami gerak dari Stesen Yeouinaru. Time ni dua-dua orang blur tatau nak amik belah mana. hahaha.. Apa lagi tanya orang la. Part jumpa orang tak boleh berbahasa english haru jugak. Tapi aku pasrah ja. Nasib ada sorang awek ni boleh speaking. Dia tunjuk laluan kami kena p. Alhamdulillah, selesai. Boleh gerak dengan jayanya.
Finally kami sampai dah bergerak nak p cari makan dulu. Sambil nak cari kedai makan, sambil riki-riki kedai barang. Saja cuci mata. Asal plan nak makan kedai Siti Sarah. Kami pun berjalan la. Seperti yang sedia maklum, jalan kat Itaewon ni, adalah jalan menuju ke syurga, (;P) Kalau hang bersabar, hang akan dapat pahala la, sebab jalan dia kan sedikit berbukit, hahaha.. Especially kalau hang tengah tegedik lapaq, haru weh. Aku dok cari la mana kedai Siti Sarah ni, sampai la kami jalan sampai nampak masjid dah weh. Kami lalu kedai Eid. Dan keputusan sebulat suara makan kedai Eid ja, huahuahua.. Kami sampai kedai Eid pun dah dekat pukul 7pm. Adik-adik yang kerja kat sini pun orang Malaysia. Senang tanya apa-apa. Settle order tunggu ja la. Kebetulan ada orang meja sebelah kami orang Malaysia. Tegur-tegur ramah la. Depa ada conference tak salah. Adik tu mai dengan bos dia, chinese woman. Okey jeww..
Makanan sampai, apa lagi, makan dengan rakusnya la, hahahaha.. Kedai Eid ni kecik ja, so ada lagi orang yang tunggu kat luaq nak makan. Kami sudah makan, gerak terus ke masjid. Salah satu sebab kenapa sampai Itaewon ni.
Tak jauh dah Eid dengan masjid ni. Ramai pulak orang Malaysia kat masjid tu hari tu. Rasa macam family ada satu group tu. Yang kami jumpa kat dalam toilet pun okey, ramah la. Time ni la rasa nak membuang, lega sebab toilet ada air. Membuang dengan amannya.
Ada satu gang ni, adik-adik ni, solat kat dalam bilik kat bawah tu ja. Bilik apa ntah, aku lupa dah. Aku dengan Muna p kat dalam masjid la. Dah alang-alang sampaikan. Rugi la.
Lepas tu part amik gambar jangan lupa. Memori setiap tempat tu, selain simpan dalam kepala, gambar jugak bukti untuk setiap tempat kita p.
Hamba Allah yang hina |
Kami siap gerak jalan balik la. Balik ikut jalan yang mai tadi. Time balik ni la baru nampak kedai Siti Sarah. Agaknya, time p tadi kami kalih kot lain, itu yang tak nampak. Lagi satu, mungkin Allah nak kami rasa makanan Korea, sebab niat sebelum p, kami dah decide, nak makanan Korea ja. Kalau p kedai Siti Sarah tu, kami nak makan makanan kita ja, makan nasi biasa tu, hihihi.. Allah mudahkan, see,..
Jalan balik, naik subway, alhamdulillah, sampai. Siap-siap, lena.
Nota kaki: Gambar banyak sangat, aku pilih sikit-sikit ja la. Ada watermark yang jadi besaq, tersalah saiz plak, abaikan je la no..huhuhu
Nak solat kat Coex Mall tu ada Musolla. yeehee. Sebelum p ada pernah terbaca dalam group Road To Korea (RTK), so dah dapat info tu cari la and jumpa.
Tu ada sign |
Laki selipar biru, perempuan pink |
pelakon msia pun pakai mask takut org perasan ke hahaha
ReplyDeleteHahaha, Tu la..
Deletewahh sedap sgt la tu mkn smapai licin hiihih
ReplyDeleteLapar sungguh agaknya, and sedap hihi
Deletesis JM nye cara..kat Msia lagi dah cari direction nk ke satu2 tempat tu..nak naik subway line berapa exit lain berapa..mmg kat sana just refer seoul subway map je..alhamdulillah selamat sampai ke destinasi
ReplyDeleteOohh macam Tu. Tq, info bagus. Kenapa tak terfikir entah. Nanti repeat boleh pakai Cara ni.
Delete