Sambung untuk hari ke 7 aku kat Seoul. Aku rasa hazab jugak nak habiskan entry ni, sebab lama jugak kat sana. Dan nak mengarang ni pun, berjenuh jugak la.
Untuk pagi hari ke 7 ni, kami bangun awal dari hari biasa. Sebab kali ni aku dah amik pakej dengan KKDay. Pakej ni untuk ke Petite France, Gangchon Rail Park dan Nami Island.
Sebelum p, aku dah tanya kawan-kawan yang dah p and ada la aku research pasal nak ke sini. Oleh kerana macam susah jugak untuk ke sini, so aku decide amik pakej ja. Mungkin kalau kita pernah baca, orang cakap, senang ja, amik bus sekian-sekian, naik subway turun stesen sekian-sekian. Aku mempersetankan semua itu, hahahaha.. Aku terus search KKDay and Klook. Yang part Nami ni aku sempat baca sebab nak amik pakej. Berhari-hari jugak la aku fikir, and last aku pilih KKDay. Aku kalau tanya Muna, dia cakap, ikut hang la, aku tak pa. huahuahuahua... Senang cakap orang kaya ni, hang susun ja iti lagu mana pun, dia keja follow ja, hahahahaah...
Aku pilih KKDay ni sebab murah dari Klook. Ada macam-macam pakej dalam Klook and KKDay ni. Hampa pilih dan bandingkan ja. Klook ni, aku tau time p Singapore dulu nak beli tiket p USS. Tapi jumpa kat Lazada lagi murah, maka babai Klook. Aku ni mana nampak murah and berbaloi, aku sapu ja. Biar berbaloi orang cakap.
Okey sambung balik, siap-siap pagi tu jalan kaki ke Shinsagae Mall. Semalam balik dari Myeondong dah riki tang mana mall ni. And sampai hostel semalam pun tanya untuk nak sahkan lagi kat receptionist. So pagi ni jalan tak gusar sangat.
Bila dah sampai nampak sorang dok tunggu kat situ and ada 1 family jugak dah sampai. 7.20am dah sampai, awaikan. Dia bagi kami gelang untuk pakai, hihihi. Diabagitau nanti group apa, bus apa. And dia cakap, jangan risau, ada boleh berbahasa inggeris nanti. So kami senyum ja. Bus akan sampai 7.40am tak silap.
And bila bas dah sampai, naik la. And ada sorang lagi guide ni yang boleh berbahasa inggeris and mandarin rasa. Dalam bus tu semua cina kecuali aku dengan Muna and ada 3 beradik tak salah aku, mungkin Thai kot, sebab kami ja yang dia bercakap english. So dia bagi la serba sedkit penerangan nak p mana bagai semua la. And dapat air and sandwich vegatarian. So dapat la makan pagi tu.
Gambar makanan cari tak jumpa pulak |
Tempat pertama kami p adalah Petite France. Sampai lebih kurang jam 8.55am. Kat sini Runningman pernah p. So jalan-jalan kat sini. Awal kami sampai, tak ramai pun. Bagi aku so so ja kat sini, guide kami yang muda tu pun cakap, tak dak apa pun sangat kat sini, hahaha..
Running man China pernah mai |
Koleksi pinggan |
Rumah aku pun ada mesin jahit ni |
Seterika zaman tok kadok |
Hai jodoh, awak kat mana tu,hewhewhew |
Morning glory |
Pernah ada episod awai-awai kat sini #runningman |
Harga tiket |
Banyak ja bus kkday ni, jangan silap bus sudah |
Lepas tu kami gerak ke Gangchon Railpark. Sampai kat sini lebih kurang pukul 10.40am. Kat sini aku semangat sikit nak naik basikal tu, sebab macam rare sikit. Kat sini pun sebab tengok Runningman dah sampai. hahaha..
rail bike tengah ready |
Everybody was excited |
yang ni lagi excited haha |
dah naik |
2 orang budak happy |
jangan pandang belakang |
Pakej dah masuk sekali dengan naik basikal ni. Ada 2 jenis basikal, satu untuk 2 orang dah satu lagi untuk 4 orang. Tour guide kami ni siap tolong amik gambaq kami lagi, and tanya, okey, okey ja. Sebelum bergerak, dia terang sikit mana mana nak brek bagai la. Okey, boleh handle ja.
Bila semua dah sedia, maka bergerak la kami. Yihaaa... Mula-mula turun bukit sikit, so laju la, lepas tu kau kayuh la, hahaha..
Best. Sebab lalu kawasan kampung, tengok sungai, dalam sejuk-sejuk, tak la letih. tapi letih jugak la sikit, hahaha. Aku rasa jauh jugak la, tapi sebab berangin kayuh pun tak la panas ketibas tu. Kalau sapa tengok Runningman mesti tau part kat masuk dalam terowong ada belon, lagu, lampu-lampu tu.
Aku adalah amik video, tapi tak rajin pulak nak edit.
start |
Terima kasih kaki |
Sampai la ke penghujung kayuhan, boleh berhenti nak p toilet ka. Lepas tu akan naik train balik ke main tempat tu. Time aku p ni, memang ramai budak-budak sekolah, so penuh la train tu. Sampai, guide kami dah tunggu. Terus naik bus.
selamat sampai |
Next destination adalah Pulau Nami. Dalam bus kami dah diberitahu untuk makan kat sini. Guide tu cadang makan ayam, sedap dia cakap. Kang ayam kepak, naya i. And di beritahu untuk naik feri pukul 4pm balik ke tanah besar.
Kami sampai kat situ lebih kurang pukul 1pm. Terus naik feri. Tak payah beli tiket, sebab dah included. Tak sempat nak amik gambar kat sini. Tak pa la, balik satgi la cakap dalam hati.
Dah sampai, aku cari toilet dulu. And strart la jalan-jalan posing sakan. Sambil jalan, sambil tengok jam. Nak makan, sebab dah lapar kot.
Kami singgah makan kat Asian Cuisine. Time tu dah kebulur rasa. Kami order makan and terus makan. Harga normal la, standard harga. Nak makan, tak perlu fikir banyak-banyak. Yang aku ingat aku order nasi sotong goreng cabai. Memang pedas omak kau la. Aku dok terfikir, kompom balik sat aku cherry berry. Tapi alhamdulillah, tak pun. Mungkin cabai dia masak elok kot. Walaupun pedas, tapi sedap sangat. Tengok orang sebelah makan mee yang warna hitam tu, aku dah lupa nama apa. Mula macam nak order jugak, lepas tu, Muna cakap, habiskan. Pikiaq balik, nafsu tu. Nasib tak order, nasi pun dah kenyang.
nampak tak tahap lapar |
Mudah kat sini, ada Musolla kat atas. Sempat la mana yang patut. Kat sini la jumpa orang Melayu Riau. Makcik ni tanya aku dari mana. Aku cakap Malaysia. Dia tanya Malaysia kat mana, aku cakap Kedah. Aku tanya dia pulak, dia cakap dia Melayu Riau. Jadi benarla apa yang dikatakan, disebutnya dari Riau.
Lepas tu kami berphoto-photo lagi la. Sempat la jumpa bunga sakura, tapi dah kembang setaman. Kat Jeju jumpa kat tepi jalan ja, nak berhenti takut pulak.
Muna pun, melepaskan hajat dia la nak tengok bunga idaman dia. Nasib jumpa jugak, kalau tak jumpa, kesian Muna. Balik bunyi selalu paa..
haapy uolss |
terpengaruh dengan Muna jadiminah bunga pulakk, so girlie-girlie |
Sebab tengok goblin |
Kemudian kami sempat la naik feri pukul 4pm. Sampai kat jeti tu, amik gambar lagi. Lepas tu naik bus. Sebab bas banyak sangat, aku hampir salah naik bas. Sakan pakcik satu bas tu gelak kat aku no, tak pa, asalkan pakcik bahagia. hewhewhewh..
Bas aku |
Naik bas, terus lena kami dua. Perasan la time terjaga sat-sat. Tengok jalan sesak and bas pun asyik bunyi hon ja. Dia turunkan kami kat Shinsagae Mall tadi tu la. Menapak la kami balik ke hostel. Sampai lebih kurang pukul 6.40pm.
Lepas tu cakap kat Muna, jom malam ni p Dongdaemun. Tak p lagi, sebab takut tak sempat. Dia cargas, jom. Perghh, dasat kawan aku ni, so mandi siap-siap, gerak la. Mula-mula nak naik bus, lepas tu risau sesat pulak, maka kami jalan kaki ja la.
Menapak jauh jugak la. Macam scary jugak, tapi sampai la akhirnya. Aku perasan time sampai sebab lalu kat Dongdaemun Design Plaza ni. Puas hati sampai.
Sebab time tu dah pukul 9 lebih dah. Dah tutup rasa. Tak ramai pun. Ada la orang.
Time nak balik, macam dah tak sanggup nak jalan. So search la naver. Aku search and Muna pun search. Last dua-dua pening. So follow naver Muna ja. Bus sampai kami naik. Ada ahjumma tolong habaq lagi. Siap dok sembang lagi. Entah la, tak faham. hahaha...
Alhamdulillah, sampai jugekk. Penat giler hari ni, balik lena la. Esok dah lastday.
aduhh rindu semua tempat ni
ReplyDeleteala...boleh repeat, repeat..hihihi
DeleteBerapa harga pakej ambik dengan KKDay ni..kalau nak mudah mmg ambik pakej la..tak perlu nak naik turun tren..agak jauh kalau naik tren tu
ReplyDeleteTu la, sebab dah banyak Hari struggle is real, maka amik keputusan guna pakej. 220 sorang jugak la. Nak bercutikan, ..malas nak pikir dah
DeleteRindu sama nami island 😬
ReplyDeleteRepeat sis JM, repeat .. hahaha
Delete