Korea Aku Datang - Episod Seoul (Part 10)

Assalamualaikum..haii..hihi...

Hari ni adalah hari terakhir sesi jalan-jalan kami, sebab esok kami dah balik. Rasa sat saja nak balik dah tapi feel sangat best.

Pagi hari ke 8, bangun siap-siap dan ready nak bersiar-siar, hihihi.. Tempat pertama yang kami akan p adalah Istana Gyeongbokgung. Excited tau sebab selalu tengok dalam drama ja. Kami naik subway. Senangnya dia akan turun kat Gyeongbokgung Stesen. Jalan kaki sikit, maka sampai la. Rasa macam sampai awai la, sekali dah ramai giler dah. Dan time tu petukaran askar ka apa ntah orang panggil tu. So boleh la tengok.


bergetar la pulak






Nak masuk dalam ni kalau pakai hanbook free, kalau tak kena beli tiket masuk la. Nak beli tiket sekali ramai, abaikan dulu, tengok dulu orang tengah main gendang bagaikan. Dah selesai baru beli tiket. Ada ja mesin beli tiket pakai kad kredit. Mula nak beli pakai mesin ja, sekali situ pun orang ramai, beratur bayar cash je la, senang.

Orang beratur nak beli tiket

Nak masuk pun ikut bulan ada masa tertentu

Kalau hampa nak feel pakai hanbook kat sini, lepas turun subway tu, keluar dulu dari istana ni, depan tu banyak kedai sewa hanbook.

Dah dapat tiket, jalan masuk kot pintu gerbang besaq tu. Nanti dia tengok tiket kita, lepas tu masuk la menjelajah seluruh pelusuk istana. Time ni cuaca berangin. Kat sini kawasan tanah dia kering, bila berangin ka, berhabuk la rasa. Aku bawak ja mask, tapi nak amik gambaq punya pasai, tak sanggup la nak bukak tutup, bukak tutup.


Memang besar kawasan ni.

Mai sini nak story sikit pasal instana ni. Istana ni di bina pada tahun 1395 dan ia merupakan istana yang terletak di bahagian utara berbanding dengan istana yang berdekatannya iaitu  istana Changdokgung di bahagian timur dan Istana Gyeonghuigung terletak di bahagian barat. Istana Gyeongbokgung adalah istana yang tercantik.


Kat mana yang tak ramai orang oii
Dapat topi free ni lepas Muna beramah tamah, Muna kan ramah, harap aku, senyum ja la..hihi

Ajet-ajet comel le teww







Jalan sampai pintu belakang, akan ada muzium. Kat situ ada pokok yang bunga tengah mengembang. Cantik pulak.













Thanks Muna, i love this photo 
Tengah tunggu jodoh depan pintu, tapi tak sampai-sampai


Sakan la kami bergambar kat sini. Sampai la jalan dah habis,lepas tu kami gerak pulak ke Bukchon Hanok Village.

Nak ke Buckhon Hanok Village naik subway je. Lepas tu jalan kaki. 1st kami sewa hanbook dulu. Sebab memang nak pakai hanbook kat sini. Jalan punya jalan, jumpa kedai yang boleh sewa hanbook. P kedai ni ja la. Kena pilih 2 kali ja macam tu la, tak boleh lebih, sebab aku tengok kat Klook pun ada tulis macam tu. Aku rembat ja la, malas pikiaq banyak.

Ada ramai orang jugak time kami sampai tu. Nak sewa baju dia ikut jam. Sejam, 2 jam, sehari pun ada. Kami amik sejam ja. Tapi rugi, better amik lebih. Or lebih baik cari kat klook or kkday. Patent  baju ada 3 jenis. Harga pun bergantung dengan jenis baju jugak. Pandai-pandai la hampa pilih.


Bertukar, hihihi

Kami pilih sejam ja. Free cekak rambut tu dengan bag. hihihi, Aku dah terpengaruh dengan Muna, bawak bag dengan cekak comel tu weh, hampa rasa. Very pompuan-pompuan sangat k, hahaha.. Dah siap, ambik barang penting ja masuk dalam bag yang kita nak bawak, yang lain, tinggal. Ada almari untuk simpan.
Time keluaq dari kedai tu, Muna tetiba dok gelak mengekek, lepas tu dok buat pose malu meow- meow, aku dalam hati, pasai pa plak minah ni, tetiberrr.. Dah lintas jalan, ramai la orang tengok, dia punya gelak sambil tengok jalan, sampai aku hairan la. Lepas tu aku tanya, dia cakap dia malu, kahkahkahkahakah. aku ingat pasaipa la. Dia malu pakai baju tu, hahaha.. Aku plak rasa best gila time pakai baju tu. Yela, memang aku teringin nak try baju ni pun. Nak rasa feel pakai hanbook ni. So best la.

Ni la perkara paling sakit hati, dah jalan keluar, baru perasan posket wifi tertinggal doh,hahaaha, jem betoii. Muna cakap, tak pa, jalan ja. Hadoi.. aku yang stress sebab ada dalam bag aku. Alaaaaaa.......... Memang sakit hati betoi. Tapi Muna, as usual, happy semedang, hahaahahahah... #SISPASRAH #SISREDHA #KAWANSISPOSITIFSAJA # SISNAKMARAHDIRISENDIRI

Tak pa la jalan ja la, ikut kaki melangkah. Sebab sakit hati nak cari rumah lama macam orang viral tu kat kawasan bukit tu. So jalan ja la. Cari tak jumpa. Ada ja ramai budak-budak jalan, kami ikut, lepas tu cancel. Sebab sewa baju sejam ja, takut tak sempat. Tapi mai dengan Muna, dia kira apa, fuhhh, i is follow dia ja, hahaha.. Kami amik ja kat mana kami jumpa sepanjang jalan tu kami jumpa.

Muna baru lepas gelak time ni, hahahaah

So girl-girl sangat, hahaah

Ni ja gambar berdua pakai hanbook

Dah serupa jojo aku nampak



Tengah tanya jalan, sempat lagi mek ni amik gambaq
Lepas tu tengok jam, alamak, dah nak dekat sejam. Apa lagi berlari la kami, dah jalan sampai mana ntah. Jauh jugak la kami berjalan. Ikut si Muna ni, suka hati dia ja jalan, janji berbaloi apa yang kami laburkan, ngeh ngeh ngeh...


Alhamdulillah, sempat sampai walau lewat 10 minit, hahahaah.. Masa untuk salin baju.

Nak salin baju pun, boleh posing lagi, kahkahakh, mental kami 2 ni rasa..
sempat lagi okey, hahahah

kain yang buat kain tu kembang
Selesai kat sini, kami gerak nak cari makan. Last decide nak p Kampungku ja senang. Naik subway gerak.





Sampai Kampungku order makan. Lepas tu teringin ayam pedas tu. Padahal rasa dah banyak order. Kira apa, order jugak. padahal jugak,cakap nak tapau, sekali lupa. Makan jugak la.





Main order ja, sekali maggi, hahaha, maggi pun maggi la.. janji makan..

Sedap sangat

Habis pantang aku kat sana




Selesai makan, decide nak p N Seoul Tower. Waktu tu dah nak asar. Main terjah ja dalam kepala, Muna on ja. Kami solat siap, baru gerak. Tanya adik-adik kat Kampungku nak kepastian no bus. Nasib tanya, tengok dalam maps, bus no dia bagi tu, tunggu kat Itaewon.hmm

Bus ni direct sampai atas. Senang.

Eh, Tayo!!
Ni bus dari Myeondong, nampak dak kawan-kawan
Bus sampai bergerak la kami. Penuh kot bus. Memang ramai nak p tower tu.




Tadaa.. Akhirnya kami sampai jugak.yeyeyeye.... Nak kena menapak sikit naik bukit. Tapi di tepi jalan, ada bunga tulip yang dah kembang. Sempat la tengok jugak.






Muka letih and feel macam jo jo ja tuh..huhu
Bila dah sampai atas bukit, boleh tengok panorama yang cantik, kalau malam lagi cantik ni.

Haechi Seoul!
Beli tiket kat sini

hahahaha...


Memang ramai yaamat time ni. Muna sekajap hilang, sekejap muncul. Dah la ramai gila.





Aku tengah teropong jodoh hokey, hewhewhew..



Tunggu jodoh otw katanya




Hari pun dah koi nak gelap, nak gerak balik la. Semakin sejuk time ni.


Hati-hati turun



Kami tunggu bus yang sama kami mai tadi. Balik ni decide nak singgah beli sovenir untuk buah-buah hati, pengarang jantung hati ucuk-ucuk yang kat Malaysia tu. Wajib beli even fridge magnet pun. Tanda ingatan. 




Aku cari stokin. Biasa la, aku ni memang suka stokin pelik-pelik, kartun-kartun. Yang kosong tu biasa sangat.



Kami banyak beli souvenir kat namja kat sini. Murah berbanding kat lain. Kami dah tawaf dan tengok harga kat lain. Kat namja ni paling murah.


Gerai dia depan Kedai Line ni.

Selesai kami shopping sikit, balik la kami ke hostel. Rasa sedih jugak nak meninggalkan Myeondong ni. Esok pagi nak gerak dah. Haihhh...

4 comments:

  1. bestnya jalan korea! <3 https://messarah.blogspot.com/2019/08/my-favorite-sendu-song-all-time-and-why.html

    ReplyDelete
  2. Mana bunga sakira??? Sbb pegi bln mei bunga dah x de ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'a, banyak dah kembang mekar sis, kat jeju nampak, tapi duk atas jalan, nak berenti takut, hahaha

      Delete