Waktu kat Korea tu, mesej dengan gang ftchingu cakap nak repeat p Hatyai. Saja, sebab tak toghah nak p mana. hahah. Sebab tu jadi plan nak p Hatyai. So, asal tu macam cakap-cakap, lepas tu kebetulan birthday aku bulan 6 jugak, so macam nak celebrate la kekdahnya.
Lama tak bawak bag ni |
Tapi sesuatu yang tak dijangka terjadi. Sebelum tu, Aq dah cakap dalam group, tak confirm lagi, and then dia habaq mak dia tak sihat and warded. Endingnya, dia tak jadi p. So kami p berdua ja la.
Ikut tu kami akan bertolak pagi buta la sebab nak naik train ke Hatyai. Maka berubah la plan, selepas berbincang-dan bincang maka kami p tidoq rumah Kak Wafa kat Arau Lepas maghrib Wafa mai rumah aku and naik kereta aku p Indera Kayangan.
Bila kami dah masuk highway, Aq mesej cakap mak dia meninggal. Oleh kerana time tu aku drive, Wafa habaq. Terkejut la aku. Tau la mak dia tak sihat, and selalu keluar masuk wad, cuma tak tau sakit apa, and tahap sakit tu macam mana. Sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah saja dan ucapan takziah. Blur jugak time tu.
Kami sampai rumah Kak Wafa pun dah lewat, dijamu makan malam la pulak. Malu i.hihi..Siap-siap tidoq, esok nak bangun awai.
Pagi tu gerak dari Stesen Arau ke Padang Besar dengan train. Pagi gila kami dah ada situ weh, hahaha..Tapi best tak dak orang. Sebab train sejam-sejam, better awaikan. Sampai stesen Padang Besar, sementara kaunter nak bukak, p makan dulu.
Kosong..kosong... |
NikeXConverse, ahaks!! |
Dah bukak, jangan lupa isi white card, Wafa isi, and aku beli tiket train. Tak ramai sangat. Mungkin sebab masih dalam bulan raya.
Selesai semua, naik la train, and mula kompius seat. Tapi cari ja la mana-mana kosong. Maka bermula la perjalanan kami kali kedua ke Hatyai dengan train.Aku dah pernah share macam mana nak perjalanan dengan train sebelum ni, so baca sana ja la noo, hahaha..
Sampai Hatyai Junction lebih kurang jam 10.12am waktu Thai. Masa untuk cari makan. So kami gerak ke Salma Halal Restaurant. Yang lawaknya, kami dah kebulur tahap cipan, sekali p, lunch punya order kena tunggu pukul 12pm. Aku rasa macam nak teriak pun ada, dah la lapaq yaamat, biarpun dah 2 kali aku breakfast pagi tu, hahaha..
Jadinya kami order la breakfast lagi doh.. huaaaa... makan je la nak.. dari ko lapor..
Makan ni jeww |
Kangkung pedas yaamat |
Kekenyayangan |
Kangkung goreng belacan dia pedas nak mampuih. Aku saspek aku mesti cherry berry nanti. Tapi tomyam dia sedap, berlemak-lemak and not pedas sangat. Sudah makan gerak la kami nak check in dulu. Jalan kaki sikit dalam panas ni. Dah la aku lupa bawak topi. Maka tayang la muka kat panas. (Macam putih sangat, kenn, )
Tadaaa....cantik jugak la |
Tak sampai pukul 1pm lagi kami dah sampai. Nak check in bilik tak siap lagi. Jadi kami tumpang letak bag gerak p Lee Garden. Jalan-jalan sat dah bosan, balik ja la, tengok bilik dah siap ka dak lagi. Dah sampai tengok bilik tak siap lagi, tunggu ja la, sebab tak cukup masa lagi. Sambil-sambil ambil gambar.
Marah keww |
Jiran |
Siap-siap kami turun nak p Central Festival. Naik grab ja la senang sebab jauh sikit.
Bila grab sampai tengok-tengok yang ni.
Terkejut badak la jugak, hahahaha.. 2 Orang ja naik kot. Bahagia weh... Kat Malaysia pun belum dapat, hahaha
Muka happy |
Macam biasa, kena scan and cek bag, macam kat Lee Garden jugak |
Sampai dah. Kat luar ni ada jual makan-makan lagi. Tapi kami jalan kat dalam dulu.
Gila tengok Converse.
Yang ni pun dah masam dah, tapi elok lagi. |
Central Festival ni mall ja. Besar jugak la jalan sampai menguap entah berapa kali la. Mall ni bukak Disember 2013. Nampak baru lagi la. Dah jalan pun tak ketahuan, kami turun bawah sekali tengok ada makanan. Singgah makan plak.
Just relax-relax, santai-santai,sebab kami memang mai tanpa arah tujuan pun, hahaha... Tak boleh makan banyak-banyak, sebab nak makan lagi satgi.
Keluar ada jual makan lagi. Tengok ja la. Ikut nafsu, jahanam..hahaha..
Malam mesti lagi meriah |
Lepas tu kami gerak ke Khloang Hae Floating Market. Aku lupa la naik tuk tuk ka naik grab.
Memang tak ramai la time kami p ni. Bukan la tak dak orang, cuma tak ramai. Sebab selalu aku p, memang ramai yaamat. Ni kat bawah tu ada lagi la meja nak duduk. Kalau tak full house kot, hewhewhew..
Ada jugak plan nak p makan kat tempat yang si Khairul Aming sharekan tu. Tapi serius tak boleh masuk dah weh nak makan. Mungkin sebab makan tengah hari tadi tu yang sebabkan kenyang sangat. (Breakfast saja 3 kali weh, bayangkan..)
Kami amik grab balik ja la lepas tu. Balik singgah 7e la apa lagi. Bestnya penginapan kali ni dekat dengan 7e. Ada 2 pulak tu 7e. Stu besaq, satu kecik. Memang syok la.
Bila bakul masih kosong |
Bila dah penuh, hahaha |
Menarik perhatian aku bedak ni, hahah |
Balik singgah sini plak. Ingatkan penkek, sekali bukan la.. Tapi beli ja nak rasa.. Pilih nak inti apa.
Sebab tak kena selera tekak aku, so aku tak amik gambaq la.
Balik bilik mandi, relax-relax tunggu nak lena. Habit aku lena bukak tv. Tapi slow ja ja. Tak tau lena pukul berapa.
Breakfast |
Jom balik |
Sampai kat Chabura rasa pelik. Hari tu tak silap kat lain, rupanya dah pindah kat sebelah ja.
Luas lagi |
Aku tak tau la makan ka melantak ni. Penuh meja weh, makan 2 orang ja. Bila dah order rasa, Ya Allah, banyaknya.. hahaah.. Dah order makan ja la kan..
Selesai..fuhh |
Sambil tunggu nak ke train station, kami lepak dulu kat 7e. Dok menggedik dulu main video. hahaha.. Ada sorang jejaka ni tegoq Wafa, ingat Wafa mai sebab ada run. Sebab kebetulan Fa pakai baju run tu.
Train pukul 2pm, so 12pm lebih gerak la. Amik grab. Sekali grab kami naik jejaka kat 7e tu. Hokalloh..hahahah..Sebab dia sembang dengan Fa tanya nak p mana, bla..bla..bla.. So, dia tunggu la, sebab mesti kami amik grabkan, hahaha.. (Faham dak aku taip, buat-buat faham ja la, aku tak reti nak cerita, hahaha)
Lebih kurang pukul 1pm dah sampai train station, beli tiket and masuk. Masalah bila cari seat tak jumpa. Mula la duduk seat mana-mana ja. Sebab kami sampai awai, so duduk ja la. Ada adik-adik ni pun cakap, ala duduk ja seat mana-mana pun kak. Kami duduk ja la.
Makin lama makin ramai. Panas dia YaAllah, tak tau nak cakap. Turun bawah pun panas. Dalam train lagi la panas. Sampai ketibas la rasa. hahaha..
Masing-masing dah ketibas time ni, tapi masih ajet-ajet wangi semerbak |
Sampai la train jalan, baru aku rasa sejuk. Hadoi.. Hari tu balik naik van, nak muntah, ni naik train panas sangat plak. Mungkin cuaca kot. Maka berangkat pulang la kami ke tanah air tercinta.
Selamat sampai kat Malaysia, terjadi la satu kejadian.
Terjadi bila sampai kat imigrsen Thai. Kan kat situ ada 3 box yang staf depa duduk tu. Kita beratur penuhkan box 1 dan 2. Dan bila panjang, imi Thai and polis bantuan Malaysia panggil yang belakang mai kat box 3. Yang belakang tu termasuk aku and Fa jugak la.
Macam ni, ada 3 box |
Sorry to say, stupid doh Nangnak tu!!Aku rasa box yang no 3 tu, untuk foreigner, mean selain dari rakyat Malaysia and Thailand bagi pahaman aku la. Betulkan kalau aku salah. Lain kali tampal sticker kat depan pintu tu, bagitau.
Cara nangnak tu yang buat aku geram. Dengan belagaknya, dengan muka perasan lawa, kerek nak mampus. Aku tak salahkan polis tu, apa polis tu buat betul dah. Polis tu pun nampak bengang ja at nangnak tu.Nangnak oii, hang jaga dalam kotak imi tu ja, tak payah nak belagak dengan bedak 10inchi tu. Sumpah menyampah weh!
Endingnya, kami kena tinggal train sepatutnya kami naik, hahahahahaahahahahahahahahahahahhahahahaahahahahah...Best sangat...
Tunggu train |
Sakit hati memang sakit hati, lepas turun Arau, amik grab p amik kereta kat rumah kak Wafa. Lepas tu gerak ke Alor Setar. Hajat nak p Mykori sekali penuh, hahahahahahahahaahhahahahahaahah
Perut dah lapaq, sebab dok maki dalam hati tadi. P makan Mr dakgalbi je la. Lepas rindu aku kat Korea tau, sarangae...
Sudah makan bergerak pulang la kami. Sampai lewat la hari tu. Wafa lagi la, jauh.Overall mesti la best, mungkin repeat lagi walaupun jumpa nangnak lagi, hmmm..
Mungkin boleh p jauh sikit lepas ni. InsyaAllah..
nasib baik dia x ikut..buat nye mak meninggal waktu kat hatayai???
ReplyDeletekahkahakaah... mampuih la kalau dia ikut ...
Deleteseronoknya pergi hatyai ni..mknan semua sedap2
ReplyDeletetu la, nak repeat lagi la kalau ada rezeki..
Delete