, , , ,

Korea Aku Datang - Episod Seoul (Part 11)

Assalamualaikum..aiii..

Hari ni hari terakhir kami kat Bumi Korea. Flight petang pukul 4.20pm. Sedih nak balik dah. Bangun pagi dok mengemas sikit-sikit tak habis lagi. Sikit-sikit lagi sebab semalam dah kemas barang-barang besaq. Mandi semua siap-siap la.

Keluaq p GS25 p beli barang berkenan dalam tu and kopi bagai. Lepas tu nak amik duit balik dalam T-Money kad. Tapi aku pakai buat shopping dalam kedai tu. Duit ada lagi, beli la.






Balik bilik kemas lagi barang shopping tak sat. hahahah.. Selesai, kami check out la. Usung bag berkilo-kilo tu turun dari tingkat 3. Bayangkan.


Gerak la kami tunggu bus kat seberang jalan. Syoknya kat sini dekat dengan bus stop untuk airport limousine bus. Elok seberang jalan, dah sampai kat tunggu bus, bus mai, dia tanya terus dia blah. Aku macam blur la. Eh, bus tinggal kita, aku cakap Muna, muna pun, laa awat bus tinggal kita, hahaha.. Aku dengaq macam dia cakap Gimpo Airport. Aku cek balik kat papan tu, betoi, no bus tu ke Gimpo Airport. Legaa.... Tunggu la kami bus seterusnya. Tak lama tunggu, bus sampai dan akan ke Incheon Airport. Driver bus siap cakap Incheon Airport, so betul la.

Driver bus turun untuk tolong angkat bag kita masuk kat bawah bus tu. Nanti bayar tiket cash boleh and kalau ada tmoney lagi pun boleh. Sebelum tu,macam kompius, sebab terminal 1 or 2. Tanya driver bus, sebut Air Asia, dia cakap terminal 1. Lega. Takut salah pulak.

Kena pakai seatbelt, nanti dia akan cek berjalan satu bus

Dalam bus ada wifi, tapi aku dah ada wifi, tak pakai pun

Aku pandang je pakcik driver tu

Perjalanan dengan bus ni, tak salah aku 2 jam jugak la. Sebab bus ni akan pusing-pusing amik orang lagi. Bus pun selesa, seat 2+1 macam hari kami sampai, kami naik bus jugak. Bus kami penuh, so, setiap kali bus tetap akan berhenti kat bus stop dah driver akan bangun dan bagitau kat penumpang yang tunggu bus tu, bus penuh. Bangun turun lagi, perghhh... Aku duduk depan, boleh la tengok pak cik bus tu dekat sikit.Aku dengan Muna dok seat single, Muna dok belakang sikit. Mula-mula aku menikmati naik bus, lepas tu, membuta la keja aku, hahahahahahaha.....


Kalau naik arex tu, kena p kat sini la


Han Gang

Aku sedar pun, dah nak sampai.Ready nak gerak balik.


Bila dah sampai, dia keluarkan bag. Terima kasih bebanyak la kat pakcik tu, tolong angkat bag berkilo-kilo tu.

Mula la masa untuk mencari tang mana Air Asia nak check in ni. Kami belum check in sebab kena check in kat kaunter. Jalan pusing p mai, p mai. Tanya kat kaunter pertanyaan, dia cakap tak bukak lagi. Aku ni sejenis gabra kekadang, so better p tanyakan.



Ketoi batu ka pun tatau la, Muna win lagi, genap jadi 20kg la, hahaha

Sempat p toilet dulu, walaupun gabra.hewhew.. Nampak ada kaunter Air Asia tunggu ja la. Aku tengok ramai dah mula beratur. Tapi kami masih duduk lagi. Bila dah nampak koi ramai, baru la kami bangun, aku p tanya untuk check in, staf tu tunjuk lorong untuk kaunter checkin. So, lega dah. Tarik bag, beratur. Koi lama, koi ramai.

]

Sampai part kami, selesai checkin dah luggage semua, bebas sikit. Staf tu habaq kat mana gate sekian sekian.


Dok berjalan p mai p mai lagi. Dok  cari tang mana nak masuk, sampai turun bawah la, hahaha..Endingnya jumpa jugak la. Beratur punya la ramai. And tak dak cop dalam pasport okey bila nak keluar. Scan ja. Ada ramai share dalam group.





Kena naik shuttle train





Tunggu time ja la kapal bukak nak masuk. Kali ni aku makesure tak salah gate. risau kalau tetiba tukaq, so aku akan sentiasa cek.

Maka sampai la masanya untuk gerak.





Muka 2 orang tak sabar nak balik tanah air tercinta, ahaks!

Bermula la perjalanan kami selama 6 jam lebih kurang, untuk sampai ke bumi tercinta.


Muna ni la keja dia, tengok gambaq, baru ja nak balik, rindu dah
Elok terbang ja, aku sekali pun terbang sekali la, hahaahah.. Di buai tak sedaq dah laa...


Lupa nak rotate weh, harap maaf. Setelah sekian lama makan kimchi ja, nasi lemak kesukaan rakyat jelata



Untuk mengunyah aku amik ni ja, nak makan kek yang dok viral tu, dah habis. Tu la, lena lagi, hahaha
Sampai lebih kurang pukul 9.55pm macam tu. Alhamdulillah. Lega. Tapi esok balik naik ets. Malam tu lena kat surau airport dulu la. Kalau ikut tu nak p rumah sepupu aku ja kat Putrajaya. Tapi malas plak esok pagi dah nak gerak dah.

Pagi esok breakfast dulu. Lepas tu amik grab p KL Sentral.


Gerak dari KL Setral dengan ETS pukul 10am. Sampai Sungai Petani lebih kurang pukul 3.00pm. Alhamdulillah.

Tamat sudah trip ke Korea.

Overall alhamdulillah, best sangat. Walaupun macam-macam dugaan mai, tapi bisa kami harungi, yeah, hahaha.. Thanks tu Muna, sudi jadi partner in crime aku. hahaha.. Aku minta maaf kalau kalau salah apa-apa no. Terima kasih untuk kegedikan bersama, lama tak bergedik-gedikkan, hahahah..Bermula dengan ayat hang percaya aku dak, sampai la, ayat susah senang sama2, maka terjadilah perjalanan ke Korea.

10 hari kat sana, aku rasa orang Korea ni suka ja membantu, tapi masalah bahasa je la. Kalau yang sombong tu, sorang dua ja la, tapi normal la. Aku pun kadang foreigner dok pandang nak cakap, aku mula acah pandang tempat lain, hahaha.. So bagi aku tu normal la.

Kalau jumpa orang Malaysia tak senyum or tak tegur tu, itu pun normal la bagi aku. Sebab aku pun kadang-kadang ja nak senyum kat orang pun. Tegur jauh sekali, hahaha, kecuali kalau dah sesat. Tapi aku tak kisah ja kalau orang tegur aku. Orang sembang, aku layan ja. Aku sejenis tak reti nak sembang or memulakan ayat melainkan orang tu aku dah kenal lama or orang tu pandai bersembang.

Dah la, malas nak semak berletiaq lagi. Apa-apa boleh tanya ja.

Okey aku share link ja mana yang tertinggal, okey:

Korea Aku Datang - Episod Seoul 
Korea Aku Datang - Episod Seoul (Part 2)
Korea Aku Datang - Episod Seoul (Part 3)
Korea Aku Datang - Episod Seoul (Part 4)
Korea Aku Datang - Episod Seoul (Part 5)
Korea Aku Datang - Episod Seoul (Part 6)
Korea Aku Datang - Episod Seoul (Part 7)
Korea Aku Datang - Episod Seoul (Part 8)
Korea Aku Datang - Episod Seoul (Part 9)
Korea Aku Datang - Episod Seoul (Part 10)
Korea Aku Datang - Episod Seoul (Part 11)

Share:

2 comments:

  1. wah seronoknya..harap one day sy pulak smp korea :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. HIHIHI..insyaAllah.. semoga sampai nanti, amin

      Delete