Korea Aku Datang - Episod Jeju (Part 6)

Assalamualaikum..uitt..

Lepas hantar kereta, kami nak gerak ke Jeju Dongmun Traditional Market. Jalan kaki dalam hujan renyai-renyai kat bus stop. Tak jauh pun, tapi bila dah hujan ni, biasa la, makin sejuk pulak.

Time ni la mula search guna apps. Bas tak payah tunggu lama. Sat saja dah dah sampai. Nak dijadikan cerita, kami naik bus yang salah tak silap. Kami turun, kena jalan jauh. Time tu dah lapaq. Jalan cari 7e ja nak makan. Nak cari nasi. Jalan punya jalan, akhirnya jumpa jugak. So, makan dulu la.



Lepas tu berjalan lagi, nak cari market ni. Rupanya tak jauh dah. Tapi sebabkan dah kelaparan, maka kami makan dulu la.

Dah settle, jalan kaki balik. Dah sampai.





Kami masuk gate 7

Suka tengok daun bawang kat sini

ikan kering


ha pilih












Time ni ada orang bergaduh. Gila kau main tolak-tolak. Ahjumma pulak tu. Perghh.. Muna sebagai AJK Bawang Malaysia, kena la amik tau. Aku ahli biasa ja. Tunggu dia cerita la. hewhewhew..


harharhar

Runningman pernah datang sini
Ada jugak jual coklat kat sini. Mula nak beli. lepas tu malas la. Ada jual fridge magnet, boleh la beli yang ada tulis Jeju. Tapi mahal sikit. Bukan selalu nak p kan.

Selesai kat sini. Kami nak balik. Bermula la nak naik bus kali ke2. Dah kompius untuk balik nak tunggu seberang or sebelah market. Sebabnya macam penin tengok naver. Tanya orang la. Alhamdulillah, orang baik-baik. Semua nak tolong. Ada sorang budak perepuan ni pandai english, dia tolong and naik bus sekali dia. Ada ahjumma ni pun tolong jugak, tapi masalahnya dia tak boleh english. Tapi still layan. Bab bus ni lawak, sedih pun ada.

Bila bus dah sampai, kami pun naik. Sekali ahjumma ni la. Lepas tu, kami terlajak, sepatutnya kami turun dengan budak perempuan tu. Lepas tu dia ajak turun dengan dia. Dia pulun la cakap, sepatah apa pun kami tak paham. Kami pun angguk geleng ja. Last kami kata tak pa, boleh p balik  dulu la. Kami kesian kat dia. Kami pun berjalan la dalam kesedihan. Sebab terlajak bus. huhu..



Sekali jalan tak sampai 10 tapak, nampak bagunan tu, macam aku kenal. Eh, tu kat rumah aku dah. Sambil tengok Muna, kami dua dok terjerit-jerit tepi jalan macam orang gila. (Bayangkan, hahaha) Sambil ayaq mata nak meleleh. huhuhu...Rupanya bus stop yang kami terlajak dengan bus stop yang kami kena turun tidak la jauh mana. Bila jalan lagi, perasan GS25 (macam 7e) ada kat depan. Aku nak teriak dah ayaq mata bertakung. Allahuakhbar, tak sangka pulak. Bukan apa, mungkin sebab 5 hari start sampai macam-macam dugaankan, dia jadi macam lost sikit. Letih sama. Tapi bak kata Muna, "struggle is real"hahahah...

Selesai beli, balik rest, kemas baju.

Malam tu jugak Mr Kim buat makan-makan apa ntah. Depa tu ajak join. Malas la. Dia cakap tak pa, minum coke ja. Malas la plak. Nak makan, nak kemas bag lagi. So just say thanks ja la. Kami naik atas p makan. Yang lain join la. Tetiba jadi anti sosial, harharhar..

Muna beli strawberi dap dap dap

Dinner kami




Kami dua orang dok bergedik makan kat atas. Riuh macam 10 orang. Lawan dok bising kat bawah. hahaha..

Nanti aku sambung pulak.

5 Comments

  1. kat Jeju Dongmun Market ni jual buah-buah dna ikan je ke..kain baju, tishirt ke..ada jual tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kain baju Tu tak nampak la plak, tapi Ada la FM, coklat.. tatau la kot tak terperasan.. hahhahah

      Delete
  2. ehh..kenapa pulangkan kereta awal???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab susah gila nak parking kat town ni. Kebetulan weekend pulak.. berapa Kali pusing kat pasar ni. Huhuu

      Delete