Liburan ke Terengganu


Assalamualaikum..haiii...

Bulan 7 lepas, aku mengambil kesempatan untuk berkunjung ke Terengganu.hewhewhew...Salah satu negeri yang aku suka selain dari Melaka. Lama sangat dah tak p Terengganu ni. Dulu sokmo g.

Aku nak p tapi partner tak dak, adik aku pulak sibuk keja and Una cakap nak cuti-cuti. So aku ajak la p Terengganu. Tapi plan dengan makcik ni, kadang cakap ja ia-ia, entah jadi entah tidak. Makcik ni pun keja sibuk ja dengan kedai dia, so aku tak percaya sangat la, hahahahha...

Tapi lepas dia meyakinkan aku nak tutup kedai bagai, baru aku percaya. hahaha.. Maklum la, aku ni dikelilingi dengan orang-orang sibuk ja, aku ja free sokmo.hewhew..

Tapi time ni aku sibuk dengan kursus, lepas tu hal kerja yang entah apa-apa. Last minit la aku tempah bilik. Aku memang tak study apa pun, cuma cakap kat Una, aku nak shopping and nak tengok Down Bridge Terengganu, jalan-jalan, rilex-rilex, lepak-lepak ja, tu ja. Yang Una, dia cakap nak makan ja. So, aku on ja.

Naik kereta, so bag ni mudah

Aku keluaq rumah pagi 10/7 dalam pukul 7.30am macam tu. Naik kereta aku. Gerak ke Baling amik Una. Terlewat sikit ikut tu pukul 7am aku keluaq, tunggu abah lambat sikit p hantaq adik aku. Nak amik restu dulu nak gerakkan.

Sampai Baling, amik Una and mak dia, terus gerak.



Cuaca tak panas, dan kereta pun tak banyak. Drive pun smooth la. Kami sampai kat Banjaran dalam pukul 10.10am. Awai pulak. Makan lakan. Una dah tapau macam-macam. Sudah gerak la kami. Kami akan terus ke Kuala Terengganu. So sepanjang jalan okey ja. Sampai dah masuk Kelantan, banyak pulak road block.

Santapan pagi

 Pukul 1pm lebih kurang kami dah masuk Terengganu. Dok cari kedai makan, dah kebulur. Cari kedai makan tepi jalan ja.  Jumpa satu kedai ni, kat area Peladang. Singgah makan situ. Lepas tu singgah Masjid Ulul Albab or Masjid Kayu tak salah kat Jertih.










Selesai kami gerak lagi. Lalu jalan tepi pantai. Seronok sangat bila lalu kat tepi pantai ni. Mula la kenangan p Jeju mengimbau bila lalu tepi laut. Sumpah best! Ala rindu laut pulak dah...



Kami singgah tepi laut duduk photo-photo dulu. Oleh kerana bawak mak Una, tak dak la nak lepak lama-lama, kena hormat sikit la ada orang tua. hihihi.. Aku rasa kalau aku dengan Una ja, mesti lepak lama kat tepi laut tu. Bestnyaa...Tepi-tepi pantai tu, ada yang tengah jemur ikan bilis, ikan kering semua tu.







Tua-tua ni tak boleh nak makan banyak dah...

And kami p cari kedai makan tepi pantai tu. Ada banyak, so kami p kat Celup Tepung Cikgu. Duduk lepak, makan. Waktu kat sini pun pukul 3.45pm macam tu. Sebab seronok sangat, hilang penat walaupun dah drive jauh.





Lepas tu gerak lagi ke Kuala Terengganu. And sampai lebih kurang pukul 6 jugak la. Sesat pusing-pusing Kuala Terengganu. Kat sini aku stay kat Citi Point Hostel, kat area Pasar Payang. Padan muka, cari last minit. Check in mandi rest semua, p cari makan.

Nak p makan kat tempat lain, tengok kedai nak p tu tak bukak, kami p kedai lain la. Warung Katana Hiliran. Sedap and ramai jugak orang kat kedai ni. Boleh la repeat lagi nanti. Servis best. Sudah makan, balik singgah 7e and balik lena.








6 comments:

  1. ahaa..ada pun entri baru..sis JM nak lepak sini jap la hihih

    ReplyDelete
  2. wahh unutng la dpt pegi mkn kedai sedap tu..sis JM hari tu pergi kuala terengganu konvoi 2 kereta..YA Allah nak cari kedai makan yg agak sedap..susah tul..sampai kwn2 lain cakap..cukup l sekali pergi terengganu ni huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. lorr.. kesiannya... kena repeat ni.. ada, tapi tu la, susah nak jumpakan

      Delete
  3. Bestnya pergi ganu tapi itulah kalau jauh simpan dulu hajatnya. pantai kat sana cantik-cantik kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, cantik sangat.. macam nak repeat lagi ja..

      Delete