Salam Ramadhan 1441h / 2020 di musim PKP

Assalamualaikum..uit..


Selamat berpuasa semua. Hari ni dah hari ke 7 kita berpuasa. Sat saja. Klip pop klip pop dah seminggu weh. Dan hari ni dah masuk PKP fasa ke 4 dah. Dah lebih kurang sebulan tak kerja secara formal. Duduk rumah ja.

Macam mana puasa hampa? Aku masuk hari ke 7 ni, dah kena la cherry berry walaupun masak sendiri, hahaha... Aku buat bihun goreng, cabai tu memang pedas aku rasa. Berapa kali la hari ni masuk jamban, tapi dah okey la. Hari ni tak tau nak masak apa. Rasa nak buat mee kari, tapi risau chery berry. Buat mee goreng ja la kot. Kena kurangkan pedas. makan gulai pun sakit perut bulan posa ni. Perut cap apa ntah.

Hari 1st posa aku spaghetti bolognese ja. Cucoq cod ja.  Lepas tu hari ke3 ka ha, lupa dah, aku buat buah melaka or ada orang panggil onde-onde.

taram ja gula cari tak jumpa




and buat puding oreo simple. aku tak buat la layer-layer, just simple ja. Beli satu pek ja oreo, hmmm, patut 2 pek..


and lagi aku buat serawa pisang or pengat pisang. Terpengaruh tengok Khairulaming buat, hihihi..


Kemarin aku buat bihun goreng pedas nak mampuih dengan welcome-welcome corn, hahaha...

Alahai rindu murtabak... Nanti sambung lain, aku nak blogwalking sat.


6 Comments

  1. wah macam macam resepi ada..bagusnya

    ReplyDelete
  2. sekejap je dah seminggu..
    salam ramadhan dan selamat berpuasa =)

    ReplyDelete
  3. Alamak cherry berry tu seram. Salam 23 ramadhan sis~

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... azab la kalau cherry berry ni, huhuh.. salam syawal, hihi

      Delete