Aidil Fitri 2020 - PKPB Fasa 5


Assalamualaikum.. haii... tu ja aku rasa gambaq raya aku paling elok. hahaha.. Biasa la pompuan, beratus ambik gambaq, sekeping ja dia rasa elok, hahaha.. Tapi yang ni sungguh. Tahun ni aku tak dak mood nak ambik gambaq sangat. IG pun belum bubuh gambaq raya weh, ko rase.. Nanti la, hujung Syawal ka aku rajin aku bubuh la, huhuhu..

Puasa kali ni rasa kurus lagi. Bila timbang, 47kg around tu la. Kalau tak puasa 50 or 51kg la. Kira normal la. hahaha.. Kalau 50kg pun dok kurus lidi tu la aku, hahaha, tak tau nak buat macam mana, makan lalu ja. Lantak la, janji aku happy, and makan lalu ja, hewhewhew..

Raya dalam PKPB ni p rumah tok aku ja petang tu yang dekat secoet tu. Tu pun ada la pulak adik beradik tokcik aku mai jugak, aku p sat ja, balik la, ramai-ramai malas la. Rumah tok pun Chu dah terkandas dari cuti sekolah, bila dapat lampu hijau boleh balik hari tu, Chu pun decide balik. Sebab tinggal kucing, rumah lama sangat. Dengan laptop tak bawak balik, nak buat kerja pun susah, dah time tu pun dah dapat arahan, goment kena balik mana yang terkandas. So, raya ni tak dapat la rasa rendang Nismilan, huhuhu.. Rasa rendang orang kulim kali ni. Pagi tu pun pak ngah and family mai jugak rumah aku.

Aku rasa raya ni pun macam biasa raya selalu. Memang aku ni sejenis duduk rumah, so biasa la. Cuma raya ni tak dapar balik Kepala Batas ja la. Dah tak boleh rentas negeri. Kesian Pak Lang, sorang-sorang, selalu Chik balik. Malam raya tu pakat vc ja la.

 

apa benda video jadi macam ni, hmmm  

Kuih raya beli serba sedikit ja. Tu pun dah banyak habis. Aku pun buat kek ja. Memula tu nak buat carrot cake. Last bahan tak cukup, aku ada beli kek dalam kotak tu, bancuh and tambah telur ja, senang. hahaha..

Sebab Syawal tak habis lagi, aku ambil kesempatan untuk wish Salam Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin.



4 Comments

  1. Salam aidil fitri.
    Dah cukup cantik tu, langsing menawan... heheeee.

    ReplyDelete
  2. SELAMAT HARI RAYA!!! Best entry ini :) done follow, follow me back.. thanks P6
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya too!! dah lama follow ;p hihi

      Delete