*Entry ni buat lama dah, cuma gambaq tak dan pilih. Lama duduk dalam draft weh. Time p ni, Kedah selamat lagi, lagipun Yan la daerah paling bersih weh, so tak sia-sia kami sampai, hihihi.. okey, selamat membaca.
Assalamualaikum.. aii...
Semalam Perdana Menteri kita dah umum Perintah Kawalan Pergerakan. Semua pejabat swasta dan premis kerajaan kecuali yang yang perkhidmatan yang penting sahaja yang masih dibuka. Tarikh bermula 18-31 Mac 2020. Termasuk la aku tak perlu mai kerja mula esok. So jangan nak p mana-mana no.
29/2 hari tu, aku dengan Wafa telah berjimba-jimba di Yan Kedah. Plan asal macam tak ketahuan. Mula-mula ajak Aq, tapi dia ada plan lain, so kami berdua ja la. Masing-masing macam tergedik-gedik la nak p jalan. Dari nak kelah bodo-bodo, terus jadi bodo lepas sampai tempat di tuju, hahahahah, nanti aku cerita.
Kami plan last minit. Dari plan nak p Pantai Merdeka terus bertukaq ke Air Terjun Titi Hayun. Belagak, tak mau panas laut, padahal bukan putih sangat pun, hahahaahah,,, Bukan pa, cuma nak elak penyakit sama. Selalu Pantai Merdeka hari minggu ramai orang, and time gajikan.
Aku plan nak buat nasi lemak, last malas la plak, beli ja la, aku buat sandwish ja la, p cari nasi lemak kawan abah, tapi dia tak bukak pulak. P market pun tak bukak gerai nasi lemak. Last beli ja tepi jalan. Janji ada nasi. Wafa buat kek. Sedap, sampai aku bawak bekai la keja esok tu.
Pagi-pagi sepie Wafa mai umah, gerak dengan Bumblebee. Time gerak p, rasa awat la jauh sangat nak sampai. klip pop klip pop sampai la Titi Hayun. Sampai lebih kurang pukul 10.16 pagi. Orang tak ramai. Tapi tengok ayaq, Allah, sedih.. ayaq tak dak weh..Kering ...... Ayaq tu ada tapi bertakung. Lepas tu lawan hang tengok aku, aku tengok hang.huhuhu... Termenung la sat kat situ. lepas tu bincang punya bincang, tak pa la, sampai, sampai dah. Sambung duduk ja la kat situ.
|
Kering gila wehh... |
|
Merenung ja laa |
|
Macam bodo seminit bila tengok lagu ni |
Hampaq la lapik sambil susun makanan. Lepas tu lawan terenung tengok ayaq, krik..krik..krik..krik..hahahah... Ada yang mai, balik. Makan la kami berdua sambil sesi meluahkan perasaan, hewhewhew..
|
kek tu Wafa buat, sedap, tak manis sangat, loikee!! |
|
Pura-pura happy |
Lepas tu Wafa nak ber..ber
.. plak. P la toilet kat situ, sekali ayaq tak dak, naya weh.... Lepas tu kami gerak la. Singgah masjid ja la. Aku pun boleh la menyimpan yang harus. Wafa memang tahap nazak sakit perut dia, hahahah.. Aku rasa penangan makan nasi lemak aku beli tu. Memang pedas weh. Kami plak jenis tak makan pedas. Aku makan sikit ja. Dia yang makan sikit boleh sampai macam tu, bayangkan la.....
|
Hamba tuhan paling seksi |
Kemudian bergerak la kami tanpa arah, ending sampai Pantai Murni. Panaih lit lit tak yah habaq la kalau tepi laut tu. Tapi best, hilang rasa rindu dengan laut. Lepak lama jugak kat sini, best sebab tak dak orang, ya la, tengah panas time pukul 1pm tu,sapa sanggup mai weh..
|
Kami nak p duduk hujung tu |
|
Mangsa aku yang kena lompat, hahaha |
|
Best ambik gambaq, sebab orang tak dak, tapi panas tak boleh bawak bincang .. |
Lepak tengok ayaq laut, sembang kisah suka duka. hahaha.. Lepas tu nak p zohor dak lagi weh..
Tapi dan lagi la ambik gambaq sekeping dua, hahaah..
|
Aku syak ni gunung jerai, hhahaha |
|
Nak lompat jugekk.. hewhewhew |
|
Kesian, mangsa aku berapa kali la aku suruh dia lompat, hahahahah |
Tengah jalan Wafa jumpa kawan dia si Syawal. Dia sembang ngan Syawal sat, aku tunggu dalam kereta.
Settle nak cari bendang yang ada jerami yang dok viral tu. Nak jugakk.. Dah alang sampaikan, apa salahnya. Kebetulan time kami p tu, ada yang kes jerami terbakaq, ingat tak dak dah. Bila search and sampai ada. Rupanya ada banyak tempat. Aku pun tak tau nak describe lagu mana tempat aku p, senang cakap, search ja, jalan sampai. Tadaaaa.....
|
mak ai.. ramai kot.. |
Mak aii bila sampai, memang ramai la walaupun tak pukul 5pm lagi time tu. Dengan panas lit lit tak tau nak habaq. Memang berkicap la weh,hahaha...
Kena bayaq parking RM2 ja.
Moh tengok kami sakan bergambaq.
Semua gambar adalah bajet-bajet model, ko mampu, hahahaa.. Padahal nak ambik gambaq ni, tunggu turn kot, malu la jugak, tapi, dah sampaikan, huahuahua..
|
Ramai lagi nak ambik gambaq dik, #sissabar |
|
Mangsa kena lompat |
|
Saranghae Malaysiaku |
|
Muka aku dah serupa siput sedut, hahaha, penat lompat |
|
Bila hang suruh BBNU ambik gambaq.. #sisgeram |
Suruh budak-budak ambik gambaq, hadoii.. sibuk nak dating lagi la kan.. Dalam semua gambaq, yang ni ja boleh tahan gambaq kami dua, redha ja la.
Kat tepi-tepi tu ada gerai bukak. Ada makanan jual, kalau dahaga ka, lapaq ka, boleh la makan buat lapik perut dulu.
|
Sebelum balik, selpiaq dulu noo |
|
Koi ramai lagi |
Boleh la gerak nak ke lain plak. Sambil tu kami cari kedai makan. Lapaq dah oii. Biasanya, search dalam maps ja, hahah..always..
Lepas tu jumpa sungguh kedai untuk orang lapaq, hahaha.. Lapaq Western nama diberi. Sebenaqnya kami p awai, pukul 4 lebih, tapi kedai tak bukak lagi. So tak semua makanan ada la. Decide mai lain la nanti lepas pukul 5pm.
Kedai ni tepi jalan, so rilex la sikit. Tapi kami ni dah busuk haung-haung dah weh, malu plak kat orang, nasib tak ramai lagi. Mana tak busuk, kerja lompat ja nak amik gambaq. hahahah..
|
Ketam kami dua tak makan, sebab tak reti, hahahaha.... |
Ada macam-macam kat kedai ni, kami dah lewat dah nak balik jauh lagi, order yang simple, and wafa pun perut sakit, tak payah order merapu la.
|
Licin dah.. |
Maka berakhir sudah 1st trip entah apa-apa kami, hahaha.. Bawak baju nak mandi, sekali nasib tak menyebelahi, ootd tracksuit sampai balik, hahaha.. Yang penting best dan puas hati walaupun masing-masing dah bau macam kambing.;p
No comments:
Post a Comment