Pages

nuffnag

Monday, December 10, 2012

Bali Part 5

Assalamualaikum.

Aku sibuk sikit siapkan SKT. Hari ni sambung lagi.

Hari ke 4 our jouney start jam 9am macam biasa. Excited hari tu nak jalan-jalan. Memula kami cari tempat breakfast dulu.

 Otw ni, aku tembak jer

 Setuju!

Tempat pertama kami p, tengok cara pembuatan kain batik. Macam kat Malaysia jugak. Ala-ala batik teregganu.



Sari Amerta Batik

Kat sini ada jual macam-macam hasil kraftangan batik. Tapi mahal. Kalau yang berkemampuan boleh la beli. Dalam kedai tu tak boleh amik gambar, so memang tak de la gambarnyakan.

Lepas tu kami gerak pulak ke tempat jewelery. Orang perempuan suka la tempat ni. Aku p sini pun aku tak beli apa. Biasa la, bukan minat sangat menda-menda gini.

Kereta antik yang ada depan kedai tu. Memang sempoi la. Gambar kat jewelery ni sekeping pun aku tak amik. Sebab panas sangat, tak tahan.

Seterusnya kami bergerak pulak ke tempat pembuatan berasaskan kayu. Bahasa mudah, kraftangan dari kayu. :)




Aku lupa nak habaq, bak kata Abang Eady, orang Bali ni, kaya dengan hasil 'seni'. Faham tak maksud aku hasil 'seni' tersebut. :) Mai nak habaq, kalau hampa yang tak pernah p, kalau tengah jalan-jalan, if ternampak sesuatu yang '18sx' buat tak tau ja k. Jangan digelak-gelakkan dengan menda alah tersebut ok. Depa ni sangat sensitif ye. (Ala macam kita la kalau orang perkotak-katikkan hal kita) Aku memula  tu terkejut badak + malu la jugak. Bila dah selalu sangat asyik nampak menda-menda camgitu, sampai dah rasa biasa. So just ignore je. 

Dalam gambar ni pun ada, kalau tengok betul-betul. Tapi aku memang nak amik gambar kerusi je


Kemudian bergerak la pulak ke tempat waterfall ni. Aku serius lupa apa nama waterfall ni. Tapi pemandangan cantik sangat. Kat sini kita boleh tengok dari jauh ja, tak macam Muluk Waterfall. Tapi  boleh ja kalau nak pegi dekat, kena jalan jauh la sikit. 

Rasa dah banyak sangat ni, nanti aku sambung lagi hokey!! ;D

p/s: macam-macam fikir sampai sakit kepala...

* Terlepas sesi kelima, kat sini --> Bali Part 4
* Terlepas sesi keempat, kat sini --> Bali Part 3
* Terlepas sesi ketiga, kat sini --> Legian, Bali
* Terlepas sesi kedua,kat sini->Bali - Kena tahan dengan Imigresen Indonesia
* Terlepas sesi pertama, kat sini -->Journey to Ngurah Rai , Bali



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...