Assalamualaikum..
Kami semua selamat sampai di Ngurah Rai Aiport lebih kurang
jam 9.30pm macam tu la. Sampai kat pintu masuk tu, kami di maklumkan kena isi
satu form ni. Bila masuk dan keluaq kena wajib isi. Nak dijadikan cerita, kawan
aku Wafa ni kena tahan dengan Imigresen sana .
Kesnya sebab passport dia dah tamat sah laku. Sapa ada passport cetengok kat
belakang sekali tu, yang ditulis di perenggan no 2 iaitu :
“Pasport ini sah
digunakan mengikut tempoh sah laku yang diluluskan. Tempoh sah laku passport
hendaklah tidak kurang 6 bulan sebelum
membuat perjalanan ke luar Negara. “
Nah, dia habaq dah kat belakang tu. Masalah ni sedaq masa
last check sebelum naik flight. Nasib memang tak baik la. Sebenaqnya last check sebelum nak flight tu kt KL lagi diadah tegoq. Tapi sorang ni cakap, lepas je la. Pas tu dia tambah lagi, " kena jaga-jaga kat sana, Bali selalu kalau yang masuk pasport nak mati tu, diorang suspek pengebom". Apa lagi, Wafa ni memang kecut perut la. 3 jam atas kapal terbang, diammm je. Dah susah hati bagai. Aku cakap " tak pa, apa saja jadi, akak ada. Kalau dia suruh balik pun, kita balik dua orang". "Takkan kak Diana nak balik kot, lama mana dah kita rancang?" , aku balas balik " duit tu, anytime boleh cari, tapi kawan tak mungkin dapat balik macam mana kita nak tau. Susah sama susah, senang sama senang,".
Sampai sana seperti yang diduga oleh aku, " Mbak Nurul, ke sini sebentar", aku pandang je Wafa p jumpa si imigresen tu. Last ayat dia, " ikut sini Mbak Nurul". Waktu ni Allah saja yang tau apa dalam hati aku. Mula terfikirkan cerita CSI, NCIS yang aku selalu tengok tu. Dalam hati berdoa ja, jangan la diapa-apakan kawan aku ni Ya Allah....
Tup tap tup tap, isi borang bagai sambil borak-borak dengan imigresen (yang boleh tahan orangnya : p ) dia cakap boleh masuk sorang untuk temankan Wafa ni. Aku terus angkat tangan cakap aku nak masuk. Waktu tu memang macam-macam la terpikir dalam kepala aku ni. Masuk-masuk pejabat Imigresen kat aiport tu, semua pandang semacam je kat aku. Aku ni dah cuak la. Pandang kita macam kita buat salah, mesti la takutkan.
Dalam 5 minit macam tu, Wafa tetiba ja muncul. Aku ni dok sibuk tanya, "kena balik ka?" yang dia jawab " jom..jom.." Aku ni dah tercengang-cengang. Jalan slow ja keluaq dari pejabat tu pas tu Wafa cakap, tak payah balik. Wafa cakap orang imigresen tu lepas kali ni, lain kali jangan buat dah. Alhamdulillah, tuhan saja yang tau waktu tu. Syukur sangat. Tapi kami tak terus balik hotel, sebab tunggu Flight Kak Norma and Husband yang delay dan dijangka sampai jam 11.15pm macam tu. Kami terpaksa lepak sejam lebih lagi nak tunggu Kak Norma. So, bayangkan, seharian tak mandi, melekit bagai.

Todia, orang kena tahan imigresen melepaskan lelah di lantai
Alhamdulillah, keluaq tu jumpa jugak kami punya pemandu pelancong Mas Eady yang tunggu lama dah. Waktu tunggu Kak Ma ni, dah tak tau malu dah, duduk bersila kat lantai tu, penat sangat. Lepas Kak Ma sampai kami bergerak ke hotel.
p/s: Panjang sangat, nanti aku sambung lagi
No comments:
Post a Comment