Journey to Ngurah Rai , Bali

Assalamualaikum

wink wink!! : D

Setelah bercuti sekian lama + p kursus kem plak, memang ceq tak sempat la nak update blog ni. Akibat lemahnya antibodi ini, maka pelbagai virus telah menyerang aku. Tapi hari ni, aku dah sihat cuma virus batuk saja yang tak dapat dimusnahkan lagi.

Bersempena dengan cuti Awal Muharam dan Deepavali hari tu, aku telah berangkat ke negara jiran kita iaitu Indonesia. Tempat percutian yang dituju adalah Bali @ Bandar Ngurah Rai. Tak rancang pun nak p ke Bali, cuma rancang nak p bercuti. Lepas tu sorang kawan ni decide ke Bali, maka yang lain ni pun setuju je la. Tiket flight beli tak salah aku bulan 6 or 7 macam tu la. Flight mana lagi kalau bukan si burung merah. ; )

Asal nak p 4 orang ja, lepas tu member aku si An ni ajak kakak ofis dia, so tak kisah la, ramai sikit la. Kami p semua handle sendiri. Dari tiket flight, sewa hotel dan cari tourist guide + driver. Memula tu belagak, nak p tak mau guide, bila baca banyak blogger-blogger yang sugest amik jugak. So amik la kami. Memang mudah lagi ada.

Sebelum p pun bergaduh sakan dah dengan kawan-kawan. Masing-masing dok buat kepala sendiri tak pikiaq orang, apa lagi menyinga la. Tapi Alhamdulillah, sampai sana semua baik-baik saja.

Mulai dari sini, aku akan ceritakan serba sikit mengenai perjalanan aku yang tak sehebat mana ke Ngurah Rai tu yer.. :)

Aku berada nun jauh di Utara Tanah Air. Kami bertolak sewal pagi lebih kurang jam 7.45am dengan 2 buah kereta berasingan. Kami berjumpa kat Sungai Perak. Pagi nak p tu tak dak mood lagi, sebab masih terpikir, "nak gaduh lagi ka dengan depa ni ha?!" Tapi Alhamdulillah, tak gaduh, kiranya smooth ja la semuanya. Dalam keta pun sembang baik ja lakan. :p

Sampai LCCT hampir jam 4pm. Keta parking kat Fama Sepang sebab ada kawan punya kawan yang keja situ.  Lamakan aku punya perjalanan dari utara ? haha, berenti makan bagai berapa kali beb.


Flight kami meluncur diudara lebih kurang 6 lebih macam tu.

to be continued :)

No comments:

Post a Comment