Pages

nuffnag

Sunday, December 2, 2012

Bali part 3

Assalamualaikum

Hari ke 2 kat Bali, ikut jadual kami keluar jam 3am. Sebabnya kami semua nak ke Pantai Lovina. Perjalanan ambik masa lebih kurang 2 jam 30 minit macam tu la. Semalam aku dah lena awai lagi, supaya tak mengantuk la kununnya. Padahal otw ke Lovina tu aku buat taik mata je. Yang lain pakat sembang sakan. Dengan cuaca sejuk pagi-pagi memang sedap la lena. Sampai ke sana jam 5.30am.Jam tu matahari dah keluaq dah. Tujuan kat sini, tengok dolphin. Memang best sangat dapat naik bot dan tengok dolphin ni. Serius aku teruja sangat. (Walaupun sebenaqnya aku ni penakut dengan air)

 Pagi yang sejuk, tengah tunggu bot waktu ni

 Aku dan wafa nak ke bot 

 Dolphin, waktu teruja 

An yang snap ni, gambar paling dekat dengan dolphin


 Our bot driver

Wafa 

Kami kat laut tu aku rasa lebih kurang 2 jam jugak. Rasa macam tak mau naik darat sebab best kat dalam bot, hehe.. Sampai ja kat darat, ada la plak orang-orang yang jual something macam kraftangan depa la. Aku ambik jugak dolphin 2 ekor ni. Kat sini, pandai-pandai la tawar harga. Sapa pandai dapat la harga lagi murah. Aku tak pandai, so dapat normal price je la.

Antara barang jualan tersebut

Rare!

Sambil tawar menawar tu, yang lain amik breakfast kat Lovina ni. Itulah Abang Eady!

Selesai breakfast gerak untuk ke Banjar Village. Nanti aku sambung lagi.

p/s: Aku nak upload gambar kat blog lensa aku, tapi tak sempat. 


* Terlepas sesi ketiga, kat sini --> Legian, Bali
* Terlepas sesi kedua,kat sini->Bali - Kena tahan dengan Imigresen Indonesia
* Terlepas sesi pertama, kat sini -->Journey to Ngurah Rai , Bali

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...