Bali Part 4

Assalamualaikum..
Mesti dah bosan baca aku punya blog. Cerita tak habis-habis. Macam mana nak habis, p 6 hari. Panjang babas kau nak cerita! hehe..Ok sambung semalam punya story.

Kami terus bergerak ke Banjar Village. Kat situ ada hot spring. Kira boleh la nak mandi or relax-relaxkan. Oleh kerana kami tak bawak baju, kami cuma main-main kat gigi air jer la. Air dia panas ala suam-suam gitu. Macam Air Panas Ulu Legong kat Baling tu. Kalau ada yang nak massage pun boleh. Boleh ja pilih nak yang mana satu.

Seni pada air pancuran

Waktu nak keluar tu baru perasan, rumah ni bumbung dia dari kulit siput. amazing!! Sembang-sembang dengan tuan yang buat tu, di cakap spa. 

Sepanjang jalan nak masuk hot spring tu, ada gerai-gerai yang jual tshirt, kain bagai. Kalau nak beli boleh la tawar menawar.  :)  Kalau berkenan baik beli kau, kalau tak kempunan. Aku sambaq kain 2 helai. Motif ala-ala batik gitu. Kak Ma hentam sampai 6 helai.

Selesai kat hot spring, kami bergerak ke Munduk Waterfall. Otw ke sana, rasa sejuk ja. Sebab kawasan yang kami p ni, area yang berbukit-bukit. Rasa selesa ja walaupun kena berjalan sikitkan. Tapi penat jugak la. hehe..

 Nak pegi turun, waktu nak balik kena naik bukit, perghhhh

 Dah nampak sign, tapi jauh lagi

Sebenarnya perjalanan nak ke Munduk Waterfall ni, tak jauh. Tapi sebab kena berjalan sikitkan. Penatnya bila nak balik la sebab kena mendaki sikit. Tapi kalau orang yang selalu exercise (macam aku, kununnya) tak terasa apalah. Tapi bila dah sampai tu, serius kita akan berasa takjub dengan ciptaan Allah s.w.t. Air dia YaAllah, sejuk sungguh. Memang suka sangat kat sini. 

Air terjun yang tinggi dan sejukkkkk sangat


Dah excited ni

Mek ni dah teruja main air

Selesai ja kami kat Munduk Waterfall, kami bergerak pulak nak tengok Twin Lake atau dikenali juga dengan nama Tasik Buyan dan Tasik Tamblingan. Scenario kat Twin Lake ni pun sejuk ja. Sebab masih kat kawasan bukit. Dia tepi jalan ja, so boleh berhenti sambil minum tengok tasik ni.

Via hp cokia yer

 Duduk-duduk layan keletihan sebab naik bukit lepas tengok Munduk Waterfall

 Ramai orang jugak waktu kami singgah tu

wink!

Kat sini jugak kalau ada sesapa yang berani nak pegang ular and binatang apa lagi ntah, boleh la try. Aku bukanlah peminat haiwan eksotik, so memang aku tak berminat (padahal tak berani) nak pegang. Diulang, kepada yang berani, yang tak berani tak payah dok gedits hokey.. 

Selesai aktiviti hari ke2. Walaupun penat, tapi bestttt sangat sebab dapat naik bot dan tengok waterfall yang cantik. Balik lena la jawabnya dah keluaq jam 3am tu. Kami sampai hotel around 3pm macam tu. Mandi, solat dan zzzzzz. Sedaq pun sebab si Aq seronok main ketuk-ketuk pintu. Rasa nak bakor jer. Malamnya kami ke tepi pantai. Saja nak tengok suasana malam kat sini. Sambung nanti pulak yer.. ;)

p/s: Rindu Bali

* Terlepas sesi keempat, kat sini --> Bali Part 3
* Terlepas sesi ketiga, kat sini --> Legian, Bali
* Terlepas sesi kedua,kat sini->Bali - Kena tahan dengan Imigresen Indonesia
* Terlepas sesi pertama, kat sini -->Journey to Ngurah Rai , Bali




2 comments:

  1. tgk gambar pun dah rasa best.ni kan pulak kalau dapat ke sana.best nyerr

    ReplyDelete