, , ,

Penginapan Bajet di Langkawi

Assalamualaikum.. Haii.. Lama tak update. Sibuk hal duniawi, masyaAllah. Aku rasa penat dan stress sikit. (Ia ja stress, tidoq lena tak sedaq diri, ;p) Tapi betoi la, sibuk.

Aku saja nak share pasal penginapan tahun lepas aku p Langkawi. Motel Aurora Damai. Al kisahnya, aku tempah bilik kat Pekan Kuah. Tapi atas masalah tertentu, kami terpaksa cancel tidoq kat Kuah. Aku cepat-cepat cancel dalam Booking.Com. hahaha.. Terpaksa..

So Irma cadang jom p area Cenang. So kami sambil riki online, sambil kami riki tengok jalan. Siap aku p tanya hotel lagi semalam berapa. hahaha..Trivago kata, tak dak orang p tanya kat hotel tu salah. Sebabnya aku p la yang p tanya tu, hihihi..

Sebab nak duduk sehari ja, aku fikir, baik amik hotel mur-mur ja. Jimat. Dah la aku cancel dah hotel kat Kuah tadi.

Finally, kami nampak Motel Aurora Damai ni la. Tapi mula-mula berhenti kat tepi jalan ja. Dok terjenguk-jenguk, macam pencuri tu,hahah.. Tapi simpan no telefon dia.  Lepas tu kami gerak ke tempat lain cari hotel lain plak. Tapi, akhirnya keputusan di buat bersama memilih Aurora Damai Motel. So, telefon untuk buat tempahan, dan cakap"satgi kami sampai", hahaha, suka hati mak bapak aku ja. Padahal melalut ke mana dulu.




Harga bilik tak sampai RM100 sebab aku mintak tambah tilam dah kami bertiga. Bilik besar macam rumah kampung, ada aircond sejuk gedi. Toilet bersih, senang habaq, berbaloi la. Kalau mai ramai, boleh muat 1 bilik 4 orang tambah 2 tilam lagi la. Kalau nak park kereta depan bilik terus, tak gaduh dah.

Bilik kami


Tadaaa
tv cenonet ja, tapi bukak bagi bising ja

Orang jaga todak tudung, iron paling pentingkan, siap iron board lagi.

Paling penting, toilet bersih
Aku tidoq pun lena, sebab selesa dengan bilik luas. Kalau nak makan, depan motel ni ada kedai makan tomyam bagai la. Tapi buka malam saja la. Sebab kami tak makan kat situ, aku tak amik la pulak gambar.

Depan tu jugak, ada jual burger. Nama burgernya adalah Burger Kalut. Tapi sayangkan tak kalut sangat, biarpun sepatutnya kena kalut, sebab ramai orang. Burger sedap. Ada nasi lemak jugak kat kedai burger ni, boleh la tapau makan dalam bilik. Nasi lemak sedap, ada udang, sotong, pilih ja.


Nak sewa kereta ka motor la boleh la tanya receptionist ye


Overall, aku sangat berpuas hati dengan motel ni. Boleh park kereta depan bilik tu yang best, hahah.. Janji bersih, selesa tidoq dan tilam pun empuk. Aku jenis tak kisah sangat, janji bilik dan toilet bersih. Tu ja. Paling penting, jamban. Okey, boleh la sesapa ramai tapi kurang bajet nak lepak sini.
Share:

2 comments: