,

Budak-Budak

Assalamualaikum.. haii..

Ada orang mai share anak dia tak mau p sekolah. Hari tu dah tak p sekolah dah, sampai kena buang. Lepas tu tahun ni tetiba anak laki dia nak p sekolah balik, so mak dia p PPD usaha untuk anak dia p sekolah balik. Alhamdulillah, dapat la masuk sekolah balik. Dah p, seminggu tetiba 3 hari dah tak p mak dia habaq kat aku. Aku ni dengaq, YaAllah, sakit hati ja. Dah la mak hang susah cari duit nak beli baju sekolah bagai, tak mau p pulak. Dah la anak laki, ayah pun tak dak dah. Apa nak jadi ni.



Bila aku tanya, cikgu cakap apa. Cikgu bagitau masalah handphone. Mak dia cakap betul la. Sentiasa dengan hp. Duduk dalam bilik pun dengan hp. Tak keluar bilik and terperap dengan hp saja.  Lepas tu cikgu cadang duduk asrama. Aku rasa pun memang patut.

Aku tanya, dia manja ka? Mak dia diam sat, lepas tu mak dia cakap ya. Hmmm.. La ni, budak baru nak remaja. Form 2. Mak, kakak cakap apa pun tak mau dengaq la. Dia rasa dia besaq dah, mak perempuan, apa mak boleh buat kat dia. Ayah tak dak dah, lagi la menjadi. Masalah tak tau kenapa tak mau p sekolah pulak. Bila tanya masuk bilik. Masalah suka pendam sorang-sorang.

Cadang aku, tak payah bagi duit reload hp, wifi sembunyi. Try la, nak ambik hp takut mengamuk. Sebab mak dia cakap dia pernah mengamuk dah. Oh budak-budak, hati kau belum cukup dewasa mengenal dunia.

Entry ni dah lama dalam draft.
Update:
Mak dia dah tukarkan dia ke sekolah lain. Duduk dengan pakcik and makcik dia. Harap lebih positve.
Share: