, , , , , ,

Muzium Angkut dan Pasar Apung (Part 7)

Assalamualaikum...uit!

Lepas tu kami gerak pula ke Muzium Angkut. Angkut tu maksudnya kenderaan. Muzium Angkut ni terletak dalam Kota Batu. Kami sampai sini lebih kurang pukul 5pm.

Pintu depan, sebelah kiri tu nak beli tiket

Kami sampai ni orang tak ramai sangat pun. Biasa- biasa ja. Mungkin dah petang kot.

Di sambut bumble bee

Kalau masuk sini, mesti hampa rambang mata tengok berjenis-jenis kenderaan. Setiap kenderaan dibahagikan mengikut jenis. Contohnya, macam kereta, ada kapal terbang, basikal dan motosikal. Selain itu, diceritakan serba sedikit megenai sejarah bagi setiap kenderaan tu. Banyak nak baca tu.








Nak ambik gambar kereta, tapi depa ada kat situ

Selain tu, kat sini di bina replika macam Istana Buckingham dan gangster town. Macam europe style la. Memang cantik. So wajib la kalau hampa mai Batu wajib singgah sini. Oh lagi satu, nak masuk sini pakai kamera kena bayar melainkan kalau pakai handphone ja. Menyesal tak sudah aku tak bawak kamera masuk. 
Ada simulator kalau ada yang berminat





Kedai makan pun dah rupe atas flight uols.

Moral of the story, tak payah kedekut sangat, bukan kita nak mai selalu. Aku ambil jugak la gambar. Tapi gambar macam apa ntah kamera handphone jadi vengong buruk gambar. huhu.. Tak pa la. Redha ja. Time tu pulak perut aku dok meragam tak habis lagi. Toilet kat sini bersih. So tak risau nak masuk 10 kali pun, hihi..

Replika chinese street

Pejabat pos, rasa tu bahasa Belanda kot


Ni bukan kereta kat Filipina kan

Pekan koboi

InsyaAllah one day sampai

wishlist sampai sini

Bajet pulak


Ni buang tebiat namanya

Okey nanti sampai sini, Istana Buckingham

Nak keluar kena naik keretapi ni
Overall aku rasa tempat ni best. Memang wajib mai. Banyak sangat ambil gambar kat sini. Tapi handphone dok buat kore buruk jadi gambar tu, huhu.. Boleh ja ke sini https://jtp.id/museumangkut/ kalau nak tau pasal Muzium Angkut ni.

Dah sampai sini, jangan lupa ke Pasar Apung. Memang dalam kawasan muzium ni. Kalau tengok tu ada jual makanan. Tak tau pasal apa tak makan kat sini. Sedangkan masing-masing dah lapaq. Tapi kira kuat la tak makan boleh tahan. hahah..Lupa la, kenapa ha. Padahal boleh ja nak makan.

Tak sempat nak ambil gambar kat sini. Dah letih dah. Cuma sempat la beli keropok epal and nangka yang dah masak. Yang tak masak tu tipu ja, ntah apa-apa ja..huh!

photo source: sini
Ha macam ni la pasar apung tu. Nampak tu bersih la. Kemas. Kami tak round pun. Jalan sekerat, balik.

Lepas tu gerak p cari makan. Dah kebulur sangat dah. Hajat hati nak makan Waroeng SS. Bila sampai, ya ampun, ramai. Nak kena tunggu pulak. 

Tak check in so tak pasti kat mana kedai ni
Tak dak rezeki nak makan kat sini, nak buat macam mana, mana tau nanti repeat lagi, InsyaAllah.

Lepas tu kami gerak ke Batu ja la, dah Aq cakap ada Wong Solo. Nak buat macam mana, perut memilih, macam ni la. Salah makan, meragam pulak.

Alhamdulillah, ada Wong Solo. 

Sedap wehhh
Kami sampai sini dalam jam 8.20pm macam tu. Bersabar je la tunggu nasi sampai. Memang sedap sungguh la. Tengah type ni pun boleh bayangkan betapa sedapnya nasi and lauk pauk ni.hahah..

Dah makan kenyang, aku dengan Wafa gerak p kedai Eiger . Wafa cakap nak cari bag. Time Wafa bagitau brand Eiger ni, aku pun search, dah terjatuh cinta dengan paten bag dia. Macam lain sikit and warna dia menarik. Sebab aku memang nak cari bag. 

Terbeli la jugak 1 bag ni. hahah.. Wafa tak beli bag, cuma headband ka apa panggil tu untuk gang WWE dia. 

tadaaa!!
Tengah jalan balik tu, nampak pulak yang ni. 



Rupanya shooting Filosopi Kopi. Aku search la, oohh filem. Ingatkan ada rangga, hahah..

Gerak balik.


Share:

No comments:

Post a Comment