Rumah Warna Warni Jodipan dan Masjid Tiban (Part 8)

Assalamualaikum.. aip..

Pagi ni check out dah akan gerak ke Surabaya. Sebelum tu akan ke Rumah Warna Warni Jodipan. Oh lupa nak bagitau, waktu kat Muzium Angkut tu, Yuda dah berangkat ke Bromo. Katanya ada tourist yang request nak dia. So tinggal la Mas Andi dengan kami.

Mas Andi ajak kami untuk ke rumah kakak dia. Semalam lagi dia dah ajak, tapi kami tolak. Dia siap pelawa ajak makan malam kat sana ja. Tapi kami tolak. Sebabnya bagi aku, dah la kebuluran sangat dah, kang nak makan kat rumah orang takkan la nak jadi pelahap pulak. Nanti tak kenyang pulak. Kena la sopan jugakkan. So, kami tolak dengan elok. Pagi ni Mas ajak sekali lagi. so no hal ja. Sebab tak la padat sangat jadual.

Muka-muka tak malu


So gerak la kami dan di sambut dengan baiknya. Kebetulan kami sampai tu, family ni tengah buat macam open house gitu celebrate raya macam tu la, even raya dah habis. Ada la makan-makan. Kebetulan kami p tu pun ada jiran-jiran yang datang.

Ayaq tu manis tin!hahah, 

Dia punya kuih ketayap besar gilerr


Kami dijamu soto dan kuih muih. Selain tu ada jugak lontong. Tapi, Aq dengan Wafa tak makan makanan lagu ni. So, aku follow ja depa makan. Aku makan ja apa pun, ngeh..ngeh..ngeh.. 

Ni namanya bingung, patut perah ja, aku p cobek, memang bingung tahap cipan aku bab masak ni


Part mak cik tu tambahkan nasi impit kat aku, mak ai, aku redha ja la, padahal aku dah kenyang kot. 1st mangkuk pun aku dah kenyang sebab nasi impit dia besaq macam lemang tu. Wafa dengan Aq dah tolak, so tak sampai hati pulak, so aku terima ja la. Kesian pulak mak cik tu beria suruh kami tambah. hahah.. Bergagah weh nak habiskan nasi tu. Wafa tak habis aku ambil nasi dia. Bayangkan.....

Sebelum balik bertukar-tukar FB dan IG. Alhamdulillah, sampai sekarang keep in touch lagi. Alhamdulillah, family ni ramah-ramah belaka. 

Terima kasih untuk layanan yang ohsem.

Thanks tuan rumah!
Kemudian kami bertolak ke Rumah Warna Warni Jodipan. Tak jauh dari situ.






Asal kampung ni katanya sangat kotor. Tapi berubah selepas Mahasiswa Universiti Muhammadiyah Malang datang membuat Coporate Social Rensposibility (CSR). Selain itu, tukang cat jugak terlibat bersama TNI.

Kalau tengok lokasi ni bedekatan dengan di sebelah kiri adalah jambatan kenderaan biasa dan di sebelah kanan pulak ada jambatan kereta api.






Ni atas jambatan kaca





Selain itu, di seberang sungai pula terdapat Kampung Tridi. So berbaloi kalau datang ke sini untuk ambil gambar and it's look cool babe!




Nak masuk kampung tridi ni kena bayar lain pulak. Kat sini banyak la mural-mural.

Lepas tu kami singgah masjid. Solat Jumaat. And then gerak ke Masjid Tiban.

Sedikit mengenai masjid ni, ia dikatakan di bina oleh jin. Tapi itu hanyalah sekadar mitos. Cantik masjid ni dari luaran. Tapi besaq sangat. Aku pun dah rasa serem bila masuk kat sini. Perasaan ni rasa macam p Gereja Ayam kat Jogja dulu. Serem ja bila lalu bilik-bilik dia. Aku ni kalau sorang-sorang ja mula la serem semacam.

Besaqkan adik-adik


Ramai jugak orang hari tu

Mengantuk ye dik..
Kat sini nak solat, solat ja kat memana. Tapi asing la lelaki dan perempuan. Ada 7 tingkat tak salah dan setiap tingkatnya ada la bahagian masing-maaing. Aku cuma jalan kat bawah ja. Tapi tak jalan habis pun. Overall masjid ni memang sagat besar. Kalau pusing salah masuk pintu kena pusing balik pulak cari kasut.hahah.


Memula ingat betoi. lepas p spot cek, tipu daaa



Lepas dari sini, kami gerak la ke Kota Surabaya. Sebelum balik, Mas Andi nak singgah ambik barang rumah kakak dia. Kebetulan kami nak singgah sekali lagi ke Butik Eiger. Makcik ni ajak masuk rumah dia lagi. Alamak. Aku awai-awai lagi tolak. Bukan apa, nak ke butik Eiger lagi. Nak gerak ke Surabaya dengan macetnya lagi. Haaa, pukul berapa nak sampai ni. Terpaksa la tolak. Lagi satu sebab malu sama, tadi dah balik, ni nak p sekali lagi. Alamak. So, better gerak ja.

Singgah Eiger, berkenan lagi bag, hadoii..Tapi alhamdulillah, tak ikut nafsu. Walaupun di hasut suruh beli. Hahahah.. Aku 2 benda yang aku gila dari dulu, bag dan kasut. Especially, tote bag. Zaman study dulu, berjenis bag tote. 


Nak yang ni

yang ni nak jugak

yang ni pun

waaaa, semua nakk!!

Butik kat Malang yang kami singgah

Aku tak beli apa pun kat sini. Siap kami gerak terus. Berhenti kat rest area Sidoarjo KM25 lebih kurang 7.45pm.

Sempat la shopping roti.

Lepas tu kami sampai kat hotel aku tempah jam 9.10pm macam tu. Dah nak check in, masalah nama aku tak dak pulak. Padahal aku dah bayaq. Ada sikit kesilapan aku letak nama rupanya, entah la, booked hotel kali ni macam orang gila sikit. hahah

Bilik terbaik, selesa sangat. Aku dah lapar time ni, tanya Wafa, dia tak mau dah makan. Lepas tu turun amik kamera, tanya Aq ajak p makan, dia pun tak mau. Depa dah letih sangat aku rasa.  Dah jadi kain buruk dah,huhu.. Aku ni kan kalau tak makan, mula la macam gastrik gitu.

Dah turun beli maggi ja la. Harap perut aku tak buat perangai esok. Aku rasa, kena bawak Brahim lepas ni. Spare.

Mandi rilex-rilex and tidoq. Esok last nak balik dah.

2 comments: