, , , , ,

Surabaya Last Day (Part 9)

Assalamualaikum..aip..

Hari ni last day kat Surabaya. Rasa sat saja. Pagi ni awal-awal dah check out. Sebab apa 1 barang souvenir pun kami tak beli lagi. Time ni mula rasa menyesal awat la tak beli fridge mangnet kat Bromo hari tu? Lupa sebab dah baca kata kat Surabaya ni memang susah nak jumpa barang souvenir bertemakan tempatan. Menyesal tak sudah aku. hmmm..

So, Mas Andi bawak kami ke Darmo Trade Center (DTC). Sampai awal sangat, kedai pun tak buka lagi. Pukul 9.10am macam tu kami sampai. Bila jalan-jalan dalam tu, tengok tak dak pun apa yang kami cari. Macam keychain ka, fridge magnet ka and tshirt yang tulis Surabaya mungkin. Yang ada kat sini memang banyak kain baju, tapi macam Pasar Baru kat Bandung tu.

Kesudahannya kami patah balik ke ITC. ITC ni dekat la dengan hotel aku duduk tu. Pukul 10.30am kami sampai kat ITC. Tapi tak cadang la plak kat Mas Andi mana tau kat DTC ada lagi best. Lastly patah balik. 

DTC ni memang besar la. Dia mall. Tapi kat sini pun kebetulan jalan nampak ada baju tulis Surabaya. Mula la membeli. Sebab malas dah nak fikir. Yang ni kat lantai 2.

Nasib jumpa jugak, cakap dalam hati

sesi pembungkusan

Lepas tu naik atas tak ingat lantai berapa, beli fridge magnet and keychain. Kemudian beli kain batik. Aku wajib kalau mai Indonesia kena beli kain batik, hahah. Sebabnya, setiap kain batik tu, ada nilai sendiri bagi setiap kawasan yang kita p. Coraknya pasti lain-lain. Kain batik kami beli ni dari Probolinggo.

Rambang mata kot

Singgah sini gais kalau ke sini

Sepatutnya, ikut jadual, kami patut pergi Masjid Cheng Ho. Tapi dah tak sempat dengan macet, sesat la. So, kami terpaksa skip. Sebab kami nak ke Cak Ning. Kat Cak Ning ni ada jual ole-ole la. Jangan lupa mai Surabaya beli kek lapis Surabaya okey. Kat Cak Ning ni ada bermacam-macam pilihan, selain dari kek lapis. Macam kerepek, baju pun ada, souvenir la senang kata. Tapi harga dia mahal sikit la, tapi kalau dah last minit ni, taram ja la.hahaha..

Ni cak ning tu, dekat dengan airport ja
Tak tau la, rasa tak banyak pun beli, tapi masuk dalam kereta, mak aii, ni tahap craziness ni. Tak pa, bukan nak mai tiap-tiap bulan, lantak la aku nak shopping pun kan. Janji happy!



Settle semua gerak ke airport. Alhamdulillah, selamat sampai kat airport dan mula la nak kemas barang.

Part paling lawak, bila p berjalan, tetiba bag beranak weh, aku la tu

Sesi mengemas

Lepas tu makan kat airport. Hajat di hati nak beli mee macam maggi tu la, sambal hijau la, roti la, endingnya, apa pun tak beli.huh! Rasa nak kena repeat lagi ni.


Mood menunggu

Muka tunggu makan sampai, aq ja tak lapaq kot

Muka happy makan dah sampai, ingatkan Aq tak lapaq...

Nampak sikit, tapi mengenyangkan. Sebab dah makan angin banyak :l


Kami sampai tanah air tercinta lebih kurang 7.44pm. 

Alhamdulillah.

Nota kaki: Nanti aku story penginapan aku kat sana.
Overall aku tak recomended la pakej yang kami ambik ni. Tak payah habaq la yang mana no. Ada la kejadian-kejadian yang agak tak puas hati, tapi aku redha ja la. Yang pasti aku rasa best.hihihi.
 
Share:

2 comments: