Showing posts with label jom makan. Show all posts
Showing posts with label jom makan. Show all posts

Makan Together at Santai by The Garden

Assalamualaikum.. haii.. 

Lamanya aku diam. Sibuk la. Sibuk memikiau. Macam-macam dalam kepala sebenaqnya. Kadang kita tak pasti apa yang kita buat tu betoi ka tak. fuhh.... Dah la, sambung cerita sebenar ja la.

Hari tu p makan dengan Una. Asal sebenarnya, nak celebrated birthday kami. Lepas tu, masing-masing sibuk, and macam-macam idea sangat keluaq, last decide p makan kat Santai by The Garden. Kedai ni kat Sungai Petani, kat area Padang Temusu tak silap. Aku bab nama tempat failed, tapi tau la tang mana. Kat sini ada steambot gitu la. Kebetulan dia nak buat makan-makan untuk pekerja kedai dia, sekali harung ja la makan.

 Sebelum tu dia dak tempah meja semua. Kami sampai pukul 6pm lebih kurang la.  


 
 
Time kami sampai tu, tak ramai lagi pun. Tempat dia pun luas. Kedai makan ni pernah viral kat facebook. Sebelum ni, kedai mee udang macam tu tak salah. Sea food jugak. Dah lama gila tak p sini, dah berubah rupanya.







Konsep kat sini, makan la banyak mana, repeat la banyak mana pun, janji habis ya. Memang banyak la seafood kat sini. 







Memang puas yaamat makan tau!


 



 
Tema untuk hari tu adalah jeans, baju hitam and tudung warna susu gitu la. hihihi





Bajet-bajet macam model ai gitueww...


Terima kasih kepada puan tokey sudi belanja i. Semoga dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik-baik.

 Puas sangat dapat makan. Time ni plak baru lepas PKP, aku dah peghak buih la boleh keluaq, hahaha. Tapi memang ramai gila time aku p, aku tengok SOP pun dah kemana hala. Scary jugak, Kejadian nni bulan 7 hari tu. Lamakan nak update. 

Aku amik mood sikit nak update. Stress, hahahaha...






Pressure Cooker

Assalamualaikum. haii..

Saja nak share beli pressure cooker. Motif? Mak mk sangat. hahaha..

Bulan puasa hari tu, aku gedik beli pressure cooker ni. Brand Morgan. Dah lama dok riki, akhirnya beli jugak. Kompius nak beli brand apa. Sebab ada macam-macam sangat. Lastly amik yang ni ja la. Tengok review kat Shopee bagus. Aku beli kat Lazada. harhahrhar.. Padahal aku dok tengok kat shopee sebab penghantaran murah lagi. Tapi sebab bulan puasakan banyak delivery orang beli online, aku tak sanggup nak tanggung risiko, risau periuk kemek ka, rosak ka. So, aku bayaq lebih sikit beli kat Lazada sebab hantar pakai GDEX. Order hari Isnin, rabu dah sampai weh. Hampa rasa?hahaha.. Aku order dari kedai yang sama, cuma kat shopee kedai ni memang banyak orang beli dah. Kat Lazada tak. (Nampak tak aku punya kajian nak beli periuk, hihihih..)

Nak beli noxxa, bukan aku buat berniaga pun. Tengok Philips pun okey. Sebab bukan la rajin sangat nak masak, amik yang ni ja la. Dapat 2 periuk, RM219 sahaja. Kalau 1 periuk ja, tak sampai RM200 pun.


Sifu-sifu pressure cooker kata nak pakai pressure cooker, perkara pertama masak sup tulang dulu. Lulus weh.hahha.. Lembut dan sekejap ja. Hewhewhew..

Cuma letak ayaq terlebih, time dah buka pressure dia tu, apa lagi, merebak air keserata ceruk, hahaha


Nota kaki: Orang lain dah lama pakai pressure cooker, air fryer la. Aku baru nak beli hahahah..

The Rebarn Langkawi

Assalamualaikum.. haii..

Saja aku nak share cerita basi. P Langkawi hari tu, singgah makan The Rebarn. Tempat memang nampak menarik la. Cuma orang tak ramai la. Melalui info yang aku dapat, time aku p tu, Irma cakap tempat tu baru buka. Time aku p la. The Rebarn tu asalnya sebelum ni kedai lain. Tapi dia macam upgrade la sekarang jadi kedai cantik macam ni.

photo source from sini
photo source from sini


Kedai ni terletak kat Jalan Pantai Cenang. Senang cakap dekat Telaga Walk. Malam kami p tu tak ramai, tak tau pasal apa. Sebab Irma kata, kalau tidak, ramai ja orang dok lepak kat Telaga Walk tu.

Memula nak minum ja, sekali semua order makan.

Layan kan aja gambar kami dari kamera buruk aku, hahhaa



Aku makan ni



Muka masing-masing kepenatan

Bagi aku makanan dia biasa-biasa sahaja. Boleh di pertingkatkan lagi. Tak tau la kot dah lewat malam ka so tukang masak pun masak tak dak mood ka, hihihi.. Presentation pun biasa, hihihi.. Tapi boleh la nak makan, lepak-lepak. Bukan la tak sedap langsung, boleh masuk mulut aku lagi.



Makan at Api-Api Ikan Bakar Kuala Perlis

Assalamualaikum..haii...


Minggu lepas demam. Di sekalikan dengan batuk selsema. Pakej. So nak update blog pun terbengkalai. Ni dah sikat okey la. Aku nak share kedai makan kami singgah lepas sampai dari Hatyai tu.

Dah sampai tu, perut pun dah bunyi-bunyi. So nak cari kedai makan ja la. Wafa ajak makan kedai yang dia p dengan family dia, and recomended katanya. So kami gerak ke sana terus la.

Tadaaa... Api-Api Ikan Bakar
Sampai orang dah ramai. Perkara utama, p pilih ikan ka, apa nak makan dulu. Kedai ni tepi sungai.




Dah pilih timbang and habaq nak masak apa. 



Dah siap order kami tunggu ja la. Azab jugak la sebab ramai orang kena tunggu lama la sikit. Tapi kita kena sabaq la, nak makan ramai lagikan..


Tadaa.. akhirnya sampai sudah makanan kami. Kami order, tomyam ayam, udang butter, sotong goreng tepung and telur dadar. 

Serius sedap. Berbaloi tunggu. Itu pun banyak kot kami 3. Aku lupa harga berapa, tapi RM100 lebih jugak, sebab kami ambik banyak. Nak makan jangan kedekut okey.

Kenyang
So, kepada sesapa yang mai Perlis, boleh singgah sini makan malam. Makan dia sedap, so berbaoi dengan harga. Kalau bayaq mahai tapi tak sedap, marah la jugakkan. 


Boleh search Api-Api Ikan Bakar kat FB. Parking kereta pun senang. 

Terima kasih kawan-kawan untuk trip ke Hatyai. Terima kasih untuk gambaq marveous. Terima kasih untuk segalanya. ;)

Saigon City Vietnam (Part 3)

Assalamualaikum, haiii.. Nak update tak sempat, balik asyik nak lena ja.hihihi.. Jom sambung hari ke2.

Hari ni pagi-pagi lagi kami dah ready nak p breakfast mee sup kat belakang Masjid Jamiul Islamiyah. Ismail cakap pukul 7 pagi okey sebab nanti ramai orang. Oleh kerana aku duduk 1 bilik aku sorang, risau takut tak jaga. Alhamdulillah sedaq weh pagi tu, hihi..

Kedai ni kat lorong belakang. So memang kita kena jalan kaki sikit melalui lorong-lorong. Macam best lalu lorong sini. hihi..





Sampai meja penuh. Tunggu la sat. Tengok ada jugak orang Malaysia yang baru sampai.



Kedai ni tepi kaki jalan ja meja dia. Memang ramai pagi tu. kena tunggu orang lain sudah dulu la. Mungkin sebab hari minggukan.

Bila dah dapat meja mula la order. Kopi wajib la. Tetiba aku suka kopi, motif, maigad!! hahah..
Mee sup dengan roti.

Roti sampai dulu

Lepas tu kopi sampai plak


Get ready sambal, kalau kurang makan pedas tok sah tebiang letak banyak, memang pedas


Tadaaa!!
Aku tak bajet pun mee sup ni sedap. Sebab nampak, macam, biashe-biashe je, hahaha.. Roti tu cicah dengan sup tu, rasa bau ulam sayur tu dengan aura pedas sikit, memang kick la.. (pandai da ayat aku, hahah)



Berangan balik Malaysia nak buat, sembang ja la, ;P

Ni kedai dia. Kedai ni agak popular sebab belakang masjid, and bila datang melawat masjid tu, wajib ke kedai mee ni. Tapi kedai ni bukak tak lama, pagi ja la. Menu wajib adalah mee daging dia lakan. Memang sedap la bagi aku. Jangan lupa cicah roti dengan sup, memang sedap. Jangan lupa letak daun mint tak salah aku dalam sup tu. Tu yang lain sikit dari mee sup kita. Ada daun apa lagi ntah, aku bukan tau sangat, hahaha..

Selesai makan, jom gerak. Kita nak p Sungai Mekong plak. 


Masjid Jamiul Islamiyah


Story sikit pasal masjid ni. Ia dibina pada tahun 1950. Juga dikenali sebagai Masjid Nancy. Tak pasti pulak kenapa. Kemudian ia di bina semula pada tahun 1980 dan tahun 2003. Masjid ini menjadi nadi bagi masyarakat Islam berdekatan juga buat para pelancong. Masjid ini juga adalah masjid salah satu masjid terpenting di Bandaraya Saigon. (Sumber google dan Ismail)

Depan masjid Balai Polis or boleh cakap macam IPK macam tu la, besar kot..
Siap nak berangkat naik van 
Mail cakap nak ke sana tak la jauh lebih kurang 2 jam.2 jam tu kira sekali berhenti kat hentian lagi.  Aku ingatkan hentian apa la. Sekali tempat shopping. Ada la toilet.

Selfie selepas kenyang 
Ni tol dia

Station minyak
Tadaa.. Nak membuang, meyimpan sekali kat sini. Menabung pun boleh. hahah

Ramai ja rakyat Malaysia kat sini. Rakyat Indonesia pun ada, tapi Malaysian win bab shopping kat sini, hahah



Macam biasa la, kain pasang, baju, bag macam aku tunjuk dalam gambar ni.


Ha, dah sama macam lokal pulak, hihi

Lepas tu gerak le dah selesai kat sini. Kami sampat kat bot station tu dekat pukul 11 jugak la. Kita akan naik bot menelusuri sungai dan akan ke tempat yang ada jual handbag la, ada makan buah gitu la katanya. Aku just follow the iti. hihi..




Hati-hati nak naik bot



Sungai ni la yang kita belajar time sekolah dulu ye kawan-kawan. Story sikit okey.
Sungai Mekong ni adalah sungai yang ke-12 terpanjang di dunia. (Hebat jugak, tak kalah la).  Panjangnya adalah 4880km. Sungai Mekong ni mengalir dari Dataran Tibet Utara (bayangkan betapa panjangnya)  melalui Yunan di China, Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja dan Vietnam.

Sumber photo: sini
Jom makan buah

Air madu katanya
Sedap gila dia nyanyi weh, serius!!

Get ready nak naik ni

Kesian kat kuda weh

Tak sampai hati naik kuda, tapi nasib sat ja

Ada nampak sis happy, hihi

Tua-tua larat lagi kayuh demi mencari sesuap nasi, insaf weh, aku ada keja, mengeluh memanjang

Aku bukan kaki shopping sangat
guess, apakah ia?

Mak iiii

Jeng jeng jeng!

Kat sini tengok pulak dia buat  candy ye.






Ni kalau sekali libas, hmmm
Aku rasa iti sesapa yang pakai pakej sama ja bila naik bot kat Sungai Mekong ni. Makan buah, tengok bee, ada jual madu, dengar nyanyi sikit bawak kat tempat buat candy ni. Lagi satu ada jual bag kulit asli harga pun murah la berbanding kalau beli kat mall tu. Aku tengok ja, hihi. Katanya memang buat kat situ. Biasa la, kat sini semua dia makan, hihihi...

Ni video yang aku ambil sikit atas bot time nak balik dah. Lepas tu kami gerak p makan nasi. Sebab dah kebuluran dah aku rasa.

Nanti aku sambung lagi. Banyak gambar ja aku rasa, hahaa..