Pages

nuffnag

Sunday, September 23, 2012

Padang Besar, Perlis

Assalamualaikum dan Selamat Petang  :)

Semalam aku dan wafa p Padang Besar. Bertolak lebih kurang jam 8.30am dari rumah aku dan sampai lebih kurang 11.30am. Kebetulan hujan lebat pagi tu, so drive pun dengan berhati-hati la. Sampai tu dah nampak ramai orang kat situ. Parking terus gerak mencari barang.

 Misi kami nak cari beg hiking akhirnya berjaya jugak. Sebab kat sini banyak kedai yang jual beg. Sebelum p kami dah survey yang jual di kedai tapi tak banyak pilihan. Bila dan sampai sini, banyak gilerrrrrr!! Sampai rambang mata. Aku ambik yang 55L = 45+10 punya. Memula dok belek yang 45L nampak kecik, tak berbaloi plak. Wafa pulak rembat bagpack. Cantik. Aku pun berkenan, tapi bag aku yang ada pun elok lagi, tak mau la membazir. Pandai-pandai kita la nak cari kedai yang ok. Sapa yang p memang akan teruja sebab macam-macam ada jual kat sini. Orang cakap tu, harga boleh runding. Ada bunga plastik, periuk blanga, baju jersi, beg, makanan dan macam-macam lagi la. Banyak barang siam la kat sini. 

Lepas masing-masing dah dapat sorang satu beg, kami beli la sikit buah tangan macam kerepek-kerepek macam tu la. Aku beli jugak pulut hitam.  Selesai bab kerepek, p cari kedai makan pulak. Waktu makan ni la yang sedikit sakit hati, dah la tunggu lama tapi makanan tak berasa apa langsung. Kami order nasi paprik ja. Sebab lambat tu excuse lagi la sebab paham la ramai, tapi kat makanan tak dak rasa memang geram. Tapi sabaq ja la dalam hati. 

Sebelum balik tu, singgah toilet kat situ. Rasa berbaloi masuk sebab toilet tu bersih. Masuk pun kena pakai seliper yang depa letak.

Seliper yang disediakan. (Kaki Cik wafa)

 Siap sedia paper lagi kalau yang pakai pad tu boleh bungkus buang. 

Toilet ni berhadapan dengan surau. Kira lepas p surau nak membuang, tak jauh la nak larikan. :)

On the way balik singgah kat R & R Gurun, makan sekali lagi. Baru la lega perut ni lepas makan. Selesai makan terus gerak balik. Waktu nak balik ni GPS buat hal, tapi nasib la ada signboard, kalau tak dah p Siam  kot. ; )

Waktu p dan balik mesti melalui UPP

p/s: View sangat cantik waktu melalui Ladang Tebu, (jom tengok kat Lensa Saya) sebab waktu mai kami dari arah lain. (ikut GPS buta-buta, hehe)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...