Assalamualaikum.
Alhamdulillah, akhirnya rancangan ke negara jiran berjalan seperti yang diharapkan. Cumanya terkilan tak dapat p Puncak. Sangat la terkilan hokeyy..
Journey kali ni termasuk mak ayah Wafa sekali. Aku, Wafa,
Una dan Kak Ma. So semua 6 orang la. Macam biasa naik penerbangan tambang murah
Air Asia la. Kalau ikut jadual penerbangan sepatutnya 7 lebih, tapi macam biasa
delayed sampai pukul 9.35pm. Lepas tu delayed lagi. Sabaq ja la kami ni. Una
fly dari LCCT sebab dia dari Melaka. Flight dia lagi la awai, kol 6.55pm tapi
mesej cakap delayed 15minit. So bayangkan dia tunggu kami punya la lama kat Jakarta tu.
Perjalanan kami malam tu dari Penang
ambik masa 2jam 35minit untuk ke Bandara Soekarno Hatta, Jakarta. So kami sampai sana 12am lebih waktu Malaysia ,
kalau waktu Jakarta
11pm lebih la. Waktu di Malaysia cepat sejam berbanding di Jakarta
dan Bandung .
(Kalau kat Bali dulu waktunya sama.) Keluaq ja
pintu aiport dah nampak si Una tercongok.hehe.. Malam tu Tour Guide kami
namanya Pak lily. (Aku jadi bingung nak sebut nama dia)
Kalau ikut jadual kami akan stay kat Jakarta
dulu, tapi last minit berubah lagi, kami terus gerak ke Bandung . Perjalanan ambik masa dalam 2 ½ jam
hingga ke 3 jam bergantung kepada jalan. Tapi dah tengah malam ni, tak de nak
‘macet’ la. Awal perjalanan mata boleh celik lagi, tapi kemudia mula la
zzzzzzz….
Celik-celik mata tengok dah sampai hotel. Kat Bandung ni
kami stay kat Hyper Inn. Kira hotel budget la ni. Hotel baru ni, sebab nampak
segalanya serba baru.
Ini pintu bilik dan toiletnya. Tak la besaq tapi muat la bukan nak tidoq dalam tu punkan
Ni biliknya, katil aku berselerak tabak so tak payah tengok. Yang ni bini orang haruslah rajin mengemaskan
Hotel ni sebenaqnya sebelah stesen keretapi. Jadinya akan kerap kedengaran la bunyi keretapi. Untuk yang tidoq mati macam aku, tak sedaq apa dah punya. Berdekatan hotel ni jugak,ada Masjid sebab tiap kali Subuh, kedengaran la Azan. Tak susah la nak bangun pagi. :)
Kalau nak makan kat luaq, hotel ni berdekatan dengan tempat makan. Serius banyak giler.Jalan kaki ja. Nama tempatnya Paskal Food Market.
Bersambung
No comments:
Post a Comment