Pages

nuffnag

Thursday, May 15, 2014

Krabi by Car 2

Assalamualaikum.. uitt..
Kita sambung pasal trip ke Krabi.

Sebenarnya, trip ke Krabi ni asalnya adalah rombongan dengan Backpacker Group. Mungkin ada yang dah join group ni dalam Facebook Ceq baru je join, tapi sekadar silent reader je la. :D Tapi group ni naik bas dari KL terus ke Krabi. Kami dari Utara naik kereta je la. Orang terakhir buat keputusan la kata. Tapi endingnya tak jumpa pun gang naik bas ni sebab jadual kami tak sama. Trip dengan 2 buah kereta dan 9 orang termasuk seorang kanak-kanak.

Kami bertolak malam 30hb. Letak kereta kat rumah abang Man (Baman) dan gerak ke Gurun. Sebelum tu sempat p makan dulu. Macam biasa, aku naik kereta ja, buat taik mata la. Sedaq dah sampai Gurun. Tunggu Kak Risya and family dari Pahang sampai. Bila depa sampai, kami terus bertolak ke Changloon sebabnya masing-masing tak tukaq duit lagi dan akan buat insurans kereta sekali. 

Kami sampai kat CTC kat Changloon tak salah aku 3am lebih. (Aku lupa apa nama penuh tempat tu). Sebabnya Baman cakap dia bukak pukul 4am. Dan kami sampai dia tak bukak lagi. Maka sambung tidoq lagi la aku. Letih sebab jadi kuli lebih masa hari tu.huhu.. Bila dia bukak ja, kami serbu p tukaq duit. Masing-masing tukaq serba sedikit ja sebab bukan trip p shopping. Trip ni trip menghayati keindahan alam ciptaan yang Maha Esa. ;D

Selesai terus bertolak ke... aku pun tak sedaq sebab sambung lena balik, kalau Baman jual aku pun aku memang tak sedaq punya. (Nampak tak, nak p saja berapa kali aku lena!) Tapi sedaq-sedaq dah sampai masjid. Kat sini boleh la nak siap-siap comel-comel tapi tak payah la nak vogue sangatkan.



Dah selesai semayang bagai, kami bertolak la. Tapi singgah breakfast dulu. Untuk makluman, kami masuk border Wang Kelian. 

Una punya turn

Dah sampai border tu, kat imegresen kita bagi je pasport kat driver dia tunjukkan. Dah selesai bila masuk imegresen Thailand, semua kena turun dan pastikan anda sediakan RM2 dalam pasport anda tu. Yang driver selesai pasport, kena settlekan kereta plak. Nampak Baman bawak salinan geran kereta dia. Pagi tu tak ramai pun kat border atau masih awal atau Wang Kelian memang tak ramai orang. Tak tau plak aku.
Sambil tunggu Baman, maka pakat bergambaq la. Bila selesai, bergerak la kami.

Kami akan menuju ke Trang. Cerita kat Trang scary sikit.hehe..

 Sambil tu jom layan gambaq. Otw tu, tak payah cakap la berapa lama aku buat taik mata.


Kat pintu masuk, gerai tutup

Orang Malaysia ni

Jalan smooth sungguh, aman ja kalau drive ni

Berselirat ja nengoknyer

Bersambung yer. Panjang ja rasa entry ni. Nanti bosam plak..



Pilih episod kat sini hokey ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...