Pages

nuffnag

Sunday, December 6, 2015

Upside Down Museum Penang

Assalamualaikum, uitt..

Seperti yang dijanjikan, ceq nak cerita pasai muzium terbalik ni. Alkisah bermula, lepas balik dari majlis kawin sepupu ceq. Malam tu bincang adik beradik nak p mana la, sebab kalau balik terus rugi la. Dah alang-alang kat sini dah, apa salahnya riki tempat barukan. Baru la teringat, ada yang share kat BBM pasai muzium terbalik ni. So, keesokkannya, kami p la.



Muzium ni terletak kat Lebuh Kimberly. Kena park jauh sikit la. Kalau nasib baik, hampa boleh la dapat parking dekat. Sampai-sampai mak aii, ramai orang dok beratuq dah. Beratur la kami. Harga adalah:

My kad : Dewasa RM16.00
               Kanak-Kanak 5-12 tahun RM8.00

Tanpa Mykad: Dewasa ; RM27.00
                        Kanak-kanak 5-12 tahun RM16.00


Lepas dah beli tiket, belum boleh masuk. Kena tunggu turn la. Ada orang keluar, baru kita boleh masuk. Nak masuk kena bukak kasut. Tapi jangan risau, yang pakai kasut mahal ada rak kasut berkunci. Boleh la simpan kasut dalam tu. Pakai selipar cabuk macam ceq, letak tepi saja pun tak pa.




Dalam ni, ada banyak ruang antaranya, ruang tamu, bilik tidur, dapur, kedai dan macam-macam la. Mai la tengok sendiri. Jangan risau, boleh ambik gambar dan tak dikenakan sebanrang caj kamera. Siap staf kat situ tolong ambilkan lagi dengan siap suruh kita posing macam mana yang sepatutnya ikut keadaan terbalik tukan.




Memang besar beb. Ada 2 tingkat dan sebelah atas ada toilet. So, kalau dah lama berjambu dalam tu, mesti ada yang nak menyimpan, boleh la kat tingkat atas.

Overall, staf pun ok, membantu dan tak rugi la mai sini.

Ni address dia45, Lebuh Kimberley, George Town, 10100, Pulau Pinang, Malaysia






Kalau tak jumpa jugak, ni dia peta tempek sini.

Nota kaki: pendrive kena virus, dok cari pembunuh tak jumpa lagi, so gambaq ni ja i tempek ye ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...