The Heirs Korean Drama

Assalamualaikum.. uit..

Hari tu aku dok dengaq la ramai sangat la orang dok seronok tengok The Heirs ni. Si Wafa pun dok cerita lagu seronok sungguh la cerita ni. Tapi aku,.........

Pandang sepi ja cerita ni Mai plak adik-adik aku dok habaq kata best. Bukan apa, aku sangka ni crita stail budak-budak sekolah. Yo la, sejak umuq koi meningkat ni, cerita budak sekolah tak berapa minat nak layan. Tak pa la, maka cucuk x hdd, layannnn....

photo sumber google
Bermula la episod suka duka bersama Kim Tan... (melting)

Melting tak kawan-kawan tengok jejaka-jejaka kacak ini (photo sumber fanpop)

Cerita mengisahkan tentang Kim Tan (Lee Min Ho) adalah jejaka yang kacak bergaya dan bonusnya dia datang dari keluarga berada.Tapi dia dihantar untuk tinggal di Amerika adalah kerana si abang Kim Won (Choi Jun Hyuk) tak dapat menerima Kin Tan sebagai adik sebab Kim Tan adalah anak luar nikah. Sewaktu di Amerika ni lah dia berkenalan dengan Cha Eun Sang (Park Shin Hye) yang tengah mencari kakak dia kononnya nak kawin. Cha Eun Sang pula adalah anak orang gaji di rumah Kin Tan.

Dalam keadaan tidak sedar rupanya depa jatuh cinta. Jeng..jeng..jeng..  Kat sini macam-macam konflik terjadi sebab cinta antara dua darjat ni tak dapat restu bapaknya si KimTan ni. Dan dalam masa yang sama Kim Tan ni pun dah bertunang sebarnya dengan Rachel Yoo.

Sedar tak sedar bekas sahabat baik Kim Tan, Choi Young Do (Kim Woo Bin) pun dah jatuh hati dengan Cha Eun Sang. Tapi kesian kat Young Do, sebab cinta dia tak berbalas.

Alamak banyak sangat watak dalam ni, kalau nak tau kena tengok. Tapi aku yakin ramai yang dah tengok, dan aku adalah antara orang yang lewat layan drama ni.

Part yang aku suka part Chan Young (Kang Min Hyuk) dengan Lee Bo Na (Krystal). Lawak! Especially Lee Bo Na memang watak dia menjadi part gedik tu. Yang sedihnya kat Young Do la. Jadi mangsa keadaan.

Sikit-sikit sudah la. Layan video kat bawah.

Video belakang tabir

Layan trailer sikit

Video sumber Dramafever

Seoul Garden Amanjaya Mall

Assalamualaikum..helloooo..

Baru ni aku dengan gang FTChingu outing bersama. Tujuan utama nak p melantak di Seoul Garden kat Amanjaya Mall. Tapi sebelum tu tu p main boling dulu. Gila lama tak main tau, kira longkang dan aku umpama sahabat sejati doh!!

Oleh sebab ada yang pertikai, "Halal ke Seoul Garden tu?", aku pun ambik inisiatif email la pihak yang berkenaan untuk tau status tu. Kebetulan aku tengok blogger Zack ni pun ada bertanya menda yang sama. Email ja ke info@seoulgarden.com.my. Jawapan yang diberikan adalah kedai depa ni memang berkonsepkan halal, so tak perlu ragu-ragu lagi. Nak show email tu dah tak dak. Akibat kevongokkan aku, aku terdelete mail tersebut. (Memang nak marah diri sendiri!! ) Tapi kalau ada yang masih was-was better tak payah makan la yer. :)

Serius memang sedap! (ok, sebenaqnya aku lapaq..) Ala buffet, maka haruslah makan secara berjemaah. Hasil selalu tengok Dad, Where Are We Going, maka tak la tercangak bila nak amik makanan tu. 

Seoul Garden Amanjaya Mall

Dah Ready untuk Ngap!!
Meja penuh!
Kimchi soup dah surut

Seoul Garden

Kepala je la



Kepada yang tinggal berdekatan Sg. Petani, dari nak terjah ke Penang dah boleh ke sini, dekat sikit ye tak. P Amanjaya Mall tu tingkat 2, depan boling. Kalau nak main boling depan Seoul Garden plak. heee..

49 Days Korean Drama

Assalamualaikum..  uit!!
 Nak share cerita ni dah lama, tapi tak berkesempatan. Cerita ni tahun 2011 punya dah best layan. Mesti ada yang dah tengok.

sumber photo google

Nak share sinopsis sikit.

Cerita ni mengisahkan Ji- Hyun ( Nam Gyu- Ri) yang terlibat dalam kemalangan. Tiba-tiba dia terpandang dirinya sendiri  terlantar selepas kemalangan tu. Semua orang kat situ tak nampak si Ji Hyun kecuali lelaki bermotosikal ( Jung Il- Woo ) saja yang nampak. Lelaki tu adalah Sceduler .(konon-kononnya la dalam cerita ni) Sceduler bagitau Ji- Hyun kalau dia nak hidup balik, dia kena pastikan tiga orang ( selain ahli keluarga ) menangis dengan hati yag ikhlas dalam tempoh 49 hari. Jika berjaya, dia akan akan terjaga dari koma dan dia boleh hidup lagi. Dia hanya terfikirkan tunang dan dua sahabat baiknya saja.
Untuk 49 hari seterusnya, Ji- Hyun menggunakan badan Lee- Kyung (Lee Yo –Won) dalam usahanya untuk mencari tiga oang tersebut . Kemudian untuk meneruskan kehidupan itu jugak, Ji- Hyun bekerja  di restoran milik rakannya, Han Kang. (Jo Hyun- Jae )

Kisah sebenar  yang menyebabkan kemalangan tu adalah kerana  Ji- Hyun ternampak  kawan baik dan tunangnya berdua-duaan.  

Ending cerita ni memang tak di sangka. Kalau nak tau tengok ok. :)