Penginapan Bajet di Kundasang Rosewood Home Cottage, Sabah 6

Assalamualaikum, aipp...

Selesai tengok lembu, mula cari bilik. Time ni la hujan turun lebat sangat. Pusing-pusing jumpa jugak la.

Safely arrived at Kundasang Rosewood Cottage!!

 Aku pilih duduk kat sini, sebab kat sini la paling bajet. Kami berdua tak pa, tapi sebab kena pikiaq untuk Aq (our bodyguard) kena la cari yang berbaloi. Nak duduk dorm, macam tak selesa, so bilik kat sini la menjadi pilihan hati.

Satu malam RM80 satu bilik, semua ada kecuali tv, hehe. Kira ok la, sebab bukan nak tengok tv main tab, meyembang pas tu zzzz...

Lekaih ambik no telefon!

Bilik aku dengan Wafa

Banyak homestay, hotel kat sini, so jangan risau pasal penginapan. Cuma lebih elok kalau tempah awal. :)

Nampak tak paip hitam kat tepi pokok kat gambaq atas? Paip air tu, dia up dari bawah waktu gempa bumi hari tu. So, nak park kereta kena turun ke klinik bawah dulu baru masuk park kereta.

Tudia baru nampak kesan sebab gegaran tu. Kalau tak mai mana nak tau kan.

Terima kasih kat owner bagi penerangan serba sikit nak cari makan and tempat menarik kat sini waktu ambik kunci tu.

Amik dari Kundasang Rosewood Cottage :)
Sebab apa aku kata berbabaloi, sebab ni la. Kalau mai ramai boleh ambik bilik paling murah RM80/4 dan sorang rm20 sahaja. Berbaloikan. Nak elok sikit amik mahal sikit.

Kat depan ni siap ada taman sayoq lagi, bahagia rasa
Ni bilik aq kat bawah sikit
Aq dalam bilik dia
Aku lupa Aq amik bilik yang mana, tapi patern lebih kurang ja.
Jalan terus ni p Klinik Kesihatan Kundasang

Buat apa yang patut, rest sat kami keluaq plak. Saja tengok Pekan Kundasang ni. Tapi sebab malam awai, round-round dekat saja la.

Kami p gerai tepi jalan jual bunga, sayur bagai tu. Saja la tengok-tengok. Aq kan mat bunga. Tapi susah nak bawak balik, cuci mata saja la.

Lepas tu p makan kat kedai makan kat atas bukit sikit. Lupa dah nama apa. Kalau mai sini, jangan lupa makan kepak ayam apa ntah.

Balik bilik pakat dok cerry berry lepas tu. Mula Wafa kat kedai lagi, lepas tu Aq last aku. Memulas tak tau nak habaq laaaaa..... Nasib baik kat bilik dah, bayankan kalau dalam kereta dari Kudat, perghhhh.... Boleh buang tepi pokok kelapa sawit gamaknya.. ;) Tapi nasib 3 kali ja p membuang.

Sama ada makan roti canai, maggi, susu or nasi goreng kat kedai tak sat. Pasrah saja la. Klinik dekat ja, kalau tak berenti jugak, boleh p menapak ke klinik. No hal! (set dalam otak time tu)

Esok nak bangun awai, jadi tak payah nak buat tidoq serupa kat semenanjung no. Lena la kami awai... konon....hehehe



Morningggg !!!!!!

Gunung Kinabalu

Again 

Macam mana depa yang duduk kat kaki bukit tu

Ok, ready nak ke next loction plak!

Macam mana nak cari Kundasang Rosewood Home Cottage ni?



Tempek maps kat sini senang nak cari.

Atau boleh p kat address ni

http://www.kundasangrosewoodhomecottage.com/

Boleh la pilih pakej mana yang sesuai ye..

Nota kaki: Weh tak dak idea nak menaip, sila la cepat habis

Desa Dairy Farm Sabah 5

Asaalamualaikum.. haiii

Dah sampai kat Kundasang tu, kami cari makan dulu. Makan tengahari ni memang special tau!

Tadaaaaa.....

Maggi je ok. haha.. Pening tak tau nak makan mana, so singgah Petronas tambah air ja. 20 sen ja. Rasa sedap gilaaaaa maggi tu. haha.

Kami dah terlajak dari kundasang masa tu. Lupa nama apa ntah tempat tu. Sebab dok kompius nak p tengok lembu ka, nak ke lain dulu.

Keputusan dibuat, gerak tengok lembu, senang.




Sampai la kami kat check point seterusnya, New Zealand Malaysia @ Desa Dairy Farm :)

Bayaran
 Kat sini ada aktiviti perah susu, bagi susu kat anak lembu and proses susu. Tapi ada masa-masa la. Nak tau macam kat atas tu la.


Lembu

Barn
ada kawan suka selfie macam ni la

Tadaa, nampak dah
Dalam ni ada jual souvenir macam baju, fridge magnet dan macam-macam la. Jangan lupa beli susu tau, minum sampai cirit, hahaha.. Ada macam-macam boleh try, kek ada tak salah, lupa dah.

tutup sebab Jumaatkan
Nak bagi susu boleh la, bayaran dan masa macam kat atas

Model susu, huahuahua

Lepas kira lembu tak cukup
Gambaq sangat banyak, so aku pilih yang ni ja la, Satgi muntah hijau plak.

Kami sampai tu, orang koi ramai, Jangan lupa ambik gambaq kat pagaq putih sebelum masuk, serius macam over sea kau mak!! Pastikan tak hujan la. hehe

Cuaca tak panas sangat bila kami sampai, sebab nak hujan. Alhamdulillah, kami sempat posing maut gambaq berjuta kat sini. ;)

Macam mana nak mai sini, nah maps tempek sini ok!



Tempat wajib kalau hampa p Sabah noo..

 Selesai mengedik kat sini, mula la cari bilik yang aku dah tempah sebelum p. Nanti kita sambung part seterusnya ok.

Nota kaki: Sila la cepat habis menaip nok oiii!!

Maranjak Long House - Kudat ke Kundasang, Sabah 4

Assalamualaikum, uit... malas gila uols nak mengarang. Rasa lepas ni nak rakam video ja. (poyonos!!)

Godek-godek baru perasan, Wafa ambik gambaq kat bilik sini. Tak payah cakap la, katil macam tongkang pecah, sampai-sampai terus boom!!

Keesokan paginya, kemas beg, bawak turun beg siap-siap, p breakfast roti canai depan tu. Turun dah ramai orang kat bawah. Mungkin hari bekerja kot.



Aku tapau roti canai sebijik beda bekai nak gerak Kundasang. Mau tau la jalan nak gerak p jauh kot dan belum tentu ada r&r nak singgah kencin ka, bebe, ka kan. P top up minyak, p menyimpan sekali. Selesai gerak la.

Wajib la ambik gambaq kat sign ni!!

Balai baru kot ni

Sign ni lain

Otw, kami singgah la kat Rumah Panjang Maranjak. Sebab lalu, saja la singgah. Rumah ni agak jauh ke dalam. Macam dah tak terjaga pun ada jugak. Hati-hati ada anjing kat sini. Bayaran masuk tak salah RM5. Lupa la.

yang ni lain, taram ja la.. :)
Rumah ni mungkin dulu buat sewa, sebab nampak macam ada tempat masak, bantal, tilam, kelambu la. Tapi mungkin sebab kurang sambutan, tempat ni tak terjaga la kot. Overall ok la kalau sapa yang tak pernah tengok rumah macam ni, macam aku, jakun ja nak naik tangga pun, hehe.

Welcome bebeh!

Sedikit info mengenai rumah panjang
Bilik-bilik

Tempat istirehat

Laluan rumah
Posing sebentar

us, ftchingu

Tempek maps nak p sini

Selesai bergambor bagai, kami gerak la. Otw ke Kundasang, kami amik la gambaq sepanjang perjalanan. Tengok bukit-bukit dia yang nampak rumput macam cantik ja. Apa lagi, berhenti la ambik gambaqkan.

ni gaya-gaya

Macam-macam gaya

mamat ni memang kaki posing
Nampak tak atas bukit tu, macam rumput yang sangat cantik (salah focus)
Welcome to Ranau bah!!

Signboard 

Bundu tuhan depan tu meh

Nota kaki: Gambaq banyak gila, satgi hampa meroyan plak tengok gambaq kami, ;)

Esplanad Sidek, Kudat Sabah 3

Assalamualaikum.. uitt! 

Sambung story part 3

Dah sampai pekan Kudat, mula-mula cari tempat makan. Pak Mud dah cakap, nak makan seafood, makan puas-puas kat Kudat. Jadi kami p makan kat Esplanade Sidek. Rasa kami sampai tak la lewat sangat, tapi tempat dia macam suram sikit. Mungkin sebab kat sini malam awaikan.



Semua orang not in the mood, so makan biasa-biasa saja la. Udang butter, kangkung goreng belacan tak salah. Lupa dah makan apa. Hehe.. Tak mahai pun, araound RM60 sahaja. (Tak ambik plak gambaq  kedai makan ni)

Dah tak banyak

Sapa-sapa yang mai Kudat jangan lupa makan seafood ok. (Tidak digalakkan untuk berpenyakit gout ;) )

Sudah makan, gerak p cari tempat tidoq la plak. Time ni, adalah sesi tawaf ye kawan-kawan. Nak cari hotel.

Pi mai, pi mai akhirnya dapat jugak la bilik. Kami sewa kat Kian Dai Hotel. Bilik motel biasa ja. Sesuai la dengan bajet. RM80 satu malam, ada tv, aircond ngan wifi lagi ye. Ayaq pun laju, nak mandi pun tak ralat la. Bilik pun luas jugak. Apek dengan Maknya motel ni ok. Tak dak la plak aku tengok nyombong, siap dok habaq ada free wifi bagai.

Cek bagi password siap-siap kat hampa, hehe

 Tapi kalau bajet mak datin, lupakan la nak duduk kat bilik macam ni ok, nanti dok maki berjambu plak.

Bestnya, kat bawah ada bank kalau tak cukup duit, depan ada kedai makan. So tak gaduh nak menapak jauh-jauh.


Dah check in, mandi solat bagai, keluaq jalan-jalan. Cari tempat nak lepak tak nampak plak port elok. Lastly p balik kat Esplanade Sidek, menikmati angin laut. Angin laut la sangat, dengan anjing bersepah, aku dah tak tenteram la weh. Scary tengok anjing.




Ni maps untuk ke Restoran Seafood tu, kat Esplanade Sidek

Nota kaki:
hari pertama memang tak dak gambaq, siap habaq. Sebab memasing tak sihat. Tunggu hari ke2

Sesat di Tanjung Simpang Mengayau @ The Tip of Borneo 2

Assalamualaikum duhai hati. Uit!!Sambung entry  p Sabah ok.

Siap posing amik gambaq dan menyimpan serba sikit kat toilet, maka kami pun gerak ke Pekan Kudat.

Kegigihan ambik gambaq 


 Bila dah masuk jalan Simpang Mengayau ni, dah perasan jalan kat sini berbatu-batu. Kami ikut signboard nak ke Pekan Kudat. Maka keluar simpang yang memula sekali ada tulis Kudat sebelah kanan. Maka kami amik simpang kanan. Tapi jalan berbatu-batu dan kebetulan ada myvi kat depan. Kami follow je la. Tetiba Myvi tu uturn dan kami dah berbolak balik nak uturn ka dak. So, kami uturn jugak. Hajat hati nak follow myvi tu, tapi dah hilang. Dan ada vios jugak kebetulan belakang kami, bila dia dah potong kami dengan pecut sekuat vios, mana la mampu nak ligan dengan jalan berbatu-batu. Mula la aksi cuak mencuak.hahaha!!


Time ni dah mula la drive ikut suka. Main redah ja. Berapa kali uturn tak tau la. Sebabnya jalan yang kami p tak macam kami mai tadi. Kami dah decide nak ikut jalan mai tadi nak menuju ke jalan besaq dan terus ke Kudat. Tapi jalan yang kami cari tu tak jumpa!!

Kejadian ciptaanNya

So, sila bayangkan gelap time maghrib yang dah meghelop ni,  kami bertiga sesat!! Time ni aku dah pikiaq, mungkin macam ni la orang dok cerita kalau p berjalan tempat luar biasa, akan ada benda yang tutup pandangan mata kita. Boleh paham nooo… Tapi dalam masa yang sama jugak aku pikiaq, Allah saja nak uji hamba Dia, nak tawakal, berusaha mohon padaNya. J

Dalam dok drive cari jalan tu, tetiba aku perasaan ada satu kereta ni dok follow macam hilux tu. Bila slow, dia pun slow, bila tekan minyak sikit dia pun laju. Time tu, Ya Allah, dalam hati aku dah cuak bak hang!! Dok cakap dalam hati, “YaAllah, lindungi la aku dan kawan-kawanku,” berapa kali dok doa tak tau la…

Sampai la aku pikiaq nak uturn ja sebab dah jumpa jalan berbatu-batu. Yang si Aq ni plak, time ni la dok nak tukaq driver. Tengah kebun kelapa sawit gelap gelita ni dia nak tukaq, bukan masa dia laaa…. 

Bila berhenti nak uturn, tengok orang tu bukak tingkap tanya, (lebih kurang macam ni la)

Auntie Hilux: nak ke KK ke?
Kami: tak, Kudat. (bukak tingkap sikit ja, aku bukan dengaq sangat)

Lepas tu dia uturn, kami pun uturn jugak nak follow dia. Ya la, sebab nak keluaq ke jalan besaqkan. Time tu, rasa Alhamdulillah, selamat. Nasib kami baik, bukan apa, kalau jadi apa-apa, haaa.. sebab kawasan tu sangat la sunyi. (tak payah cakap la benda tak elok ni kan)

Sekali lagi kami tertinggal dengan hilux tu. Maka time ni, jawapan dia ikut kata hati la. Jalan punya jalan, bersyukur akhrinya jumpa jalan besaq.

Tak tau nak habaq, perasaan aku macam mana bila dah masuk pekan Kudat. Yala, tadi dok pusing dalam ladang kelapa sawit ja. Hampa bayangkan, please bayangkan…

Tanjung Simpang Mengayau @ Tip of Borneo, Sabah

Assalamualaikum.. lama dah nak tulis pasai Sabah ni, finally dapat jugak menaip. Sibuk semedang. Sekadar simpan sebagai memori akan datang. J

Muka happy sebelum bertolak

Percutian ni macam dah tak jadi sebab memasing sibuk. Lepas tu last minit decide macam-macam.
Flight kami dari Penang lebih kurang jam 10am. Dari Penang nak ke Sabah lebih kurang sejam lebih. Perkara paling tak boleh blah adalah tak beli makan. Mana taknya, tengok orang sebelah makan, mak aii, meguji keimanan nau! Satu lagi, orang kiri kanan aku dok sok sreh, sok sreh selsema. Masa tu pikiaq, tolong la jangan berjangkit L

Aq sebelum membuta sambil nganga mulut bersama bunyi dengkuran


Ahamdulillah, boleh lena dan selamat sampai 11am lebih. Muka happy memasing biarpun Wafa tak sihat.

ohsem baby!!

Bab kereta Wafa yang urus dan bila sampai kereta dah tunggu. Kami sewa dari sorang ustaz. Orang yang mai hantaq kereta kami panggil Pak Mud orang Kedah, tapi dah lama duduk Sabah. Kawin pun orang Sabah, orang Kudat.

Pak Mud ni la yang guide kami kat mana nak makan, nak beli barang kat mana, kat mana murah. Thanks Pak Mud!! J

Okey,sambung story balik.

Dapat kereta kami p hantaq Pak Mud balik kebetulan satu jalan dan singgah makan. Tempat pertama yang kami tuju adalah Tip of Borneo @ Tanjung Simpang Mengayau. Yeehaa!! Kat mana Simpang Mengayau ni? Jawapannya kat Kudat bebeh!!

Kudat ni plan last minit. Memula tu cakap-cakap ja tapi tetiba jadi sungguh. So tempat pertama kami p adalah Kudat.

Sepanjang perjalanan ikut signboard, maps dan kata hati, boleh tara tu, hahaha.. Sepanjang perjalanan jugak hujan je. Tapi tak la lebat. Kira okey la, tak panas sangat sebab perjalanan makan masa dekat 3 jam kot! Mak cik kat stesen minyak kami singgah, bila tanya nak p Kudat, dia cakap “jauhhhhhhhh!” Aku cuak sebenaqnya, tapi tawakal saja la. InsyaAllah, nak p tengok bumi tuhankan..

Menipu ja aku baca maps

Tukang bawak kereta mesti la si Aq. Berderau jugak mamat ni bawa keta. Tawakal jugak la. Kami kejar masa sebab matahari terbenam pukul 5. 45pm macam tu.

Dah nak sampai si Aq sakit kepala la, pening la. Mungkin makan tak kena kot. Aku pun time tu perut dah meragam sebab makan skip. Perut aku ni, kena jamu selalu kalau tak jam.. L Tapi kesian plak kat Aq, Wafa pun tak sihat, semangat aku ja la yang kuat. Time tu dah tukaq driver aku plak drive. Pulun la aku pun dok ligan matahari, ending dia tak dan jugak, azan dulu. Tapi tak jauh dah la.  Sempat sikit la.

Simpang Mengayau

Nak p sini masuk dalam ikut signboard ja .........
and ikut kata hati. :b hehe
Alhamdulillah sampai.


 Sedikit info mengenai Tanjung Simpang Mengayau @ Tip of Borneo :-

Ia terletak kat hujung Borneo di Daerah Kudat yang terletak di Negeri Sabah. Simpang Tanjung Mengayau ni jugak adalah titik bertemunya dua laut iaitu Laut China Selatan dan Laut Sulu.

Kalau nak tau, ni dulu tempat lanun-lanun mendarat tau!! chilllah, hahah!! 
Sumber wiki!!






Nota kaki:

Ada kejadian  yang tak diingini terjadi time balik. Jeng jeng jeng…
Bersambung JJJ