Trip malas-malas ke Thailand (Kancanaburi-Bangkok) Part 1

 Assalamualaikum.. 

weh, trip p Taiping pun tak habis, pastu aku sakan nak update p Siam, camna ni.. hahaha

Alkisahnya, plan nak naik ketapi ni, lama dah berzikir, tapi tak sampai-sampai. Ni baru sampai. Nak kata plan, tak pun, dia macam tibai ja la, hihih..

18/8/2023, pagi-pagi lagi dah gerak, mintak tolong Aq hantarkan kami 2 orang p stesen KTM SP. Sampai sana, amik train sampai Padang Besar. 


Dah sampai Padang besar, terus cari van nak ke Hatyai. Kat stesen KTM tu, ada booth kot, kat situ habaq dia nak p Hatyai, nanti dia akan cukupkan orang, baru jalan. Kat sini jugak, boleh isi siap-siap whitecard tu. 


no booth dia. Bila dah bayaq akan dapat resit ni. 

isi white card

Tiket harga RM30, kalau sapa nak balik Malaysia balik, boleh call no kat tiket tu, dia akan ambik dari Hatyai, bayaran lupa dah. 

Tunggu nanti dah cukup, dia akan panggil kita. Dari situ, naik teksi sat sampai imigresen Malaysia. Lepas tu naik van yang akan bawak kita sampai Hatyai. Kat imigrsen Thailand kena turun bag dulu la. 
Nanti cakap kat dia kita nak turun kat mana. Kami habaq nak turun kat stesen keretapi.

Selamat dalam van dah

Sepanjang perjalanan, aku hanyalah membuta sahaja, walaupun gang belakang sembang tak ingat dunia.
Van yang kami naik, selamat sampai.

Kami singgah makan depan stesen ja. Malas nak jalan jauh. Lepas tu pikiaq nak letak bag kat mana la. Tempat letak bag dah tak dak dalam stesen train. Nasib baik kak kedai makan sudi tumpangkan letak bag kami sat. Boleh la jalan-jalan cari makan sat.




Jalan kat dekat-dekat ja la. Tapau untuk makan dalam keretapi. 




bila dh nak dekat, kami pun decide p la. Train dah sampai. So, p tengok yang mana satu coach kami. Rupanya, yang depan gila tu, pastu jauh plak tu. Menapak la kami. 






Ada tv, boleh la tengok time nak sampai, kat mana dah kita duduk, toilet ada orang guna ka tak. 


Acah comel


Bilik kami dah ready untuk tidoq. Dah mandi siap boleh la guling-guling, walaupun sempit.

Oh, ada staf kemaskan katil buat tempat tidoq sebelum tu.



Sebenarnya, kami dah tersalah beli tiket 2nd class. hihihi.. Rugi la duit kami yang 2nd class tu. Yang tu mintak tolong orang beli. Padahal dah pesan kat orang tu, nak beli 1st class. Time dapat tau kata salah beli tu, blur sat. Lepas tu aku decide nak beli 1st class jugak. Sebab aku memang nak naik 1st class. Nasib baik aku memang dah daftar online, so time nak beli tu, tengok ada kosong lagi, bincang ngan Wafa, terus grab la. Walaupun rugi duit sikit, tapi puas hati naik 1st class. Nak sembahyang pun okey, dan rasa ada privacy la sikit. Paling best, 1st class tak sejuk sangat banding 2nd class. Kalau tidak, beku kami.

Katil yang sepatut kami duduk




Malam tu lena jugak la walau bergoyang teruk, hahaha.. Tapi puas hati la dapat naik. hihihi..

Okey sambung nanti. Aku dah blur la nak taip hahahahah...



Jual Kamera

 Assalamualaikum.. 

Aku dah jual kamera olympus EPL7 aku. Bertagak lama nak jual. Sebab apa jual, sebab dah jarang pakai. So better jual.

Memula jual dalam carousell, lepas tu masuk mudah.my pulak. Aku pulak 1st time guna menda alah ni. So macam terhegeh-hegeh la jugak.. hahahaha..

Lama jugak la, and ramai yang tanya. Tapi aku malas nak pos. Alhamdulillah, dapat jugak pembeli setelah sekian lama.



Dapat jual kat mudah. Harga okey la.


Tada... terpaksa blur, aku nampak dia cam segan-segan. Aku dah pesan kat dia jaga elok-elok, hahah.. Si Ali ni pun kalut tak dan nak tunjuk apa-apa, dia nak p mancing. Dia percaya kat aku sungguh.. 

Semoga dapat berkhidmat dengan baik ya my kamera,,sob..sob..sob..


Alamak!! Hello 2023


 

Weh, lama nak mampus tak update weh, hahaha.. kemalasan dan sibuk weh.. hahahaha..

Last p taiping ja aku update. Agak2 boleh dak ha nak update? hahahah...

i'll try ye.